Skip to main content

Selamat Pengantin Baru Dear BFF Khalish

23 Julai 2016 bersamaa 18 Syawal adalah hari yang mungkin biasa bagi sesetengah orang tapi hari tu merupakan hari yang bersejarah untuk bff aku si lish ..hahaha..aku terus terang rasa sedih gila bila dia dah jadi bini orang..rasa macam arrr apsal kau cepat sangat kahwin, tapi dah mungkin jodoh kau kan, so kena redha. Tahun ni dua orang bff aku kahwin, lepas ni watip pulak yang menyusul.. tu lagi sedih, bff aku sejak zaman kolej kot, kawan dari tahun 2010 sampai sekarang. Satu-satunya kawan yang paling penyabar dengan karenah aku sebab dulu masa muda belia aku sangat lah terkenal dengan sifat panas baran...hahaha sikit-sikit melenting, ntah apa-apa je perangai. Banyak bela setan kot. Hishh Astagfirullah.

Dengan si lish ni aku rasa lawak sebab moment dengan dia banyak moment sengal, masuk air plus perangai yang ntah apa-apa. Kau bayangkan dia punya nak sembunyi status dia, ahahah aku ingat lagi dia nak beli cincin tunang. Choiii beria macam beruk nak ajak aku pergi India Street dekat Kuching tu. Katanya nak beli cincin emas untuk birthday mak dia. Dalam hati aku rasa pelik dah. Bapak kaya nak mampus beli cincin emas, aku rasa aku yang ada business sendiri pun belum mampu nak beli cincin emas kat mak aku. Yelah emas kot, bukan emas celup. Tapi aku jenis tak banyak bunyi, tak nak lah persoalkan. Cuma pelik dalam hati je. Dan akhirnya persoalan itu pun mati kat situ aja sampai lah bukak sem baru. Hahahaha. Belum lagi bukak sem kitorang dah buat perangai dekat Airport kuching, Astagaaa perangai malaun tu merata-merata. Flight aku delay lambat gila sebab enjin flight terbakar.Wuishhhh takut aku masa tu, kau bayangkan masa tu flight nak take off pastu tiba-tiba dalam flight tu macam kelam kabut sikit pastu flight attendance buat announcement yang kitorang semua terpaksa patah balik dan tukar flight lain sebab ada masalah enjin. Bau hangit kuat kot, wuuu bayangkan kalau dah terbang tiba-tiba kat atas awan tu baru dapat tau enjin terbakar? Nauzubillah, aku tak dapat nak bayangkan. Panjang nya mukadimah. Hishhh... Aku pendekkan cerita dah sampa kuching si lish ni tidur rumah aku, sebab flight aku landing kat kuching pukul 2.30 pagi kot. So esok pagi kitorang ponteng kelas family counseling sebab dah terbabas tidur. Bangun tidur baru si gayah ni tunjuk cincin tunang dia. Aku mula-mula buat bangang je sebab dia ni jenis banyak main. Memang tak lah nak caya yang dia dah tunang. Sekali dia tunjuk gambar dia dengan tunang dia.. Aku pun Whattt???, betul ke?, tipu lah, tak caya lah. Hahaha macam-macam soalan keluar. Sehari suntuk gosip pasal benda tu aja. Last sekali dia cakap, naaaaa kau janji jangan bagi tau orang. Hek elleh makcik ni, macam baru kenal aku sejam yang lepas, beria suruh aku janji bagai. Kalau tak janji pun aku nak cerita kat sapa je pun. -)

So bermula lah fasa aku semester 6 secara tak langsung jadi penasihat tak bertauliah pasal majlis kahwin dia tak lama lagi tu. Dari kad kahwin, baju kahwin, semua lah dia ni tanya aku. Yang tak tahan soalan si gayah ni, naaaa aku nak beli quran untuk hantaran guna bauncer buku lah.. Aku pun hahhhh, choiiii kedekut tak nak keluar duit sendiri..Hahahah tapi aku tak tau dia guna bauncer ke tak. Yang tak boleh blah baju kahwin dia lah. Mula-mula dia tempah online siap dapat dengan niqab aka purdah. Aku tanya dia, kau nak jadi niqabis pulak dah ke?. Jangan nak over sangat pakai purdah pastu gelak sikit punya kuat. Buat malu je orang yang pakai purdah. hahaha. Sekali dia tunjuk baju yang dia tempah tu terus aku rasa nak lempang laju-laju je. Hoiiiii apsal lah buruk sangat?, zaman sekarang ni orang kahwin dah tak pakai satin lah gila, eeeeee what the taste lah makcik ni.. Hahahaha..Serius kalau korang tengok pun konferm cakap buruk yang amat. Kain satin ni dah lah senang nampak tak lawa lagi-lagi bila berpeluh dan terkena minyak. Aku terus suruh lish ni cancel baju tu. Aku janji dengan dia esok kita pergi carik baju kahwin kau. Sekarang orang kahwin pakai chiffon dengan lace kot. Dia ni dah ketinggalan zaman sangat ke apa..hahahha. Kau bayangkan dengan assigment berlambak masa tu, gigih aku dengan lish pergi satok carik baju kahwin dia. Nasib baik satok tu dekat juga dengan rumah aku. Alhamdulillah bersepah-sepah baju cantik dengan harga yang bagi aku affordable sangat daripada baju satin dia tu. Kau buat tidur je baju satin tu lish. Hahahah

Finally, settle dah semua kelengkapan kahwin dia, tak silap aku hantaran je kot yang tak settle lagi masa tu. Hantaran tu dia buat masa cuti semester lah sebab majlis lepas raya. Tinggal tunggu masa aku nak fly pergi johor je. First time juga mak bapak aku lepaskan aku fly sorang-sorang sejauh ni. Wuuu tak sangka kot, sebab mak bapak aku jenis susah sikit nak lepas anak-anak tambah anak perempuan jauh-jauh ni. Aku rasa macam dah besar sangat je bila dapat green light nak fly pergi Johor. Hahaha padahal Johor je kot bukannya pergi Istanbul, tapi kebebasan tuuuu, yanggg tu mahaiii habaq hang. Hampa tau apa..Haha

Aku sampai-sampai je Johor merata tinggal kesan. Maluuuu nakkkkk.. Aku tak tau nak sorok mana muka aku. Malu dia sampai rasa nak balik ipoh balik. Kau bayangkan punya khusyuk makan kacang dalam flight aku boleh tak perasaan handphone aku jatuh dalam flight tu. Lepas dah landing baru aku perasan mana handphoneeeee aku?... Haaaa mampos kau ainaa, kalau hilang nombor telefon si gayah ni mana aku hafal. Aku hafal nombor mak bapak aku, adik beradik aku je kot. Mula lah misi aku  mencari handphone dalam flight tu sambil dibantu oleh abang flight attendance. Tak guna dia sempat bahan aku. ''Haaaa tu lah makan kacang khusyuk sangat sampai tak sedar handphone jatuh''. Carik punya carik akhirnya jumpa jugak. Kakak stewardess tanya ''handphone adik yang ada love-love tu ke''?. Aku jawab lahh haaahhhh yang tu. Sekali abang stewardess yang sama-sama carik handphone dengan aku sempat bahan aku. ''amboi handphone love-love kemainnn, patut lah hilang pun tak sedar''.. Hahahaha choiiii muka aku naik tebal berinci-inci tak tau nak cakap. terus aku ucap terima kasih and blahhh terus... Jalan pun aku tunduk je, malu mukaaa makkk..hahaha... tu belum malu lagi pasal ambil luggage aku, ntah sapa punya luggage sebijik macam aku punya. Malas nak cerita yang tu. Malu aku bertimpa-timpa hari tu..Hishhh

Sampai je rumah lish terus aku jerit hoiiiii..hahhah gila tak beradap pergi rumah orang. Mak dia sampai terkejut dengar aku dengan lish jerit-jerit. Maaf lah makcik saya memang tak boleh nak behave sangat, merata-rata buat perangai. So hari tu berjalan macam biasa, aku just tolong dia potong bunga pandan and tolong gubah sikit hantaran selebihya aku membuta, penat kotttt and malam tu kerja melahapppp..ada kambingggg nakkkk...Alahai sis memang pantang nampak kambing rasa nak bela sekor je kat rumah ni jadi buat kawan, tidur sama-sama, makan sama-sama.

Esoknya hari nikah lishhh, omg omg omg aku lak yang takut, nebes, sedih semua ada. Dramaaaa sangattttt kot. Mak aku awal-awal lagi dah pesan jangan nak buat drama kat rumah orang, dia yang over lebih. Alaaaa biar lah mama, ena kan sentimental sikit...hahahah...So lish selamat jadi isteri Mazwan jam 10.50 pagi dengan sekali lafaz. Masa nak akad nikah tu, si gayah ni genggam tangan aku sampai aku rasa nak patah tulang-tulang tangan aku. Dia ni nebesss gila ke apaaaaa,...Aku tengok Mazwan tenang je, dia lak yang over. Selamat pengantin baru dear bff, semoga kau bahagia dunia akhirat, dapat anak comel-comel, aku tak sabar nak ajar macam-macam dekat anak kau macam mana aku ajar adik kau..hahahahha adehhh lawak. Dengan budak-budak pun jadi. Lepas tu, semoga kau menjadi lebih matang dalam rumahtangga, lepas ni boleh kau masakkan untuk aku..wuuuuu bestnyaaa...i love u sahabat. Muahh ciket.


Kau cantik sangatttt walau pun mekap sikit-sikit je. Cuba kalau mekap over-over ada serupa pondan tak??hahahaha... Tu lah baju yang kitorang beli kat satok, lawa kan?. Aku tak dapat bayangkan kalau si lish ni pakai baju satin dia tu...wuuuu aku tanpa segan silu boleh jerit hoiiiiiii burukkk sangat..hahaha. Perangaiiiiii

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Pengurniaan Anugerah Dekan

Assalamualaikum Febuari..cepatnya masa berlalu..dah habis bulan januari so maknanya ada lebih kurang 3 bulan setengah nak habis diploma..Hopefully dipermudahkan,InshaAllah..Sepanjang jadi student 18 januari 2013 adalah detik paling best, walaupun bukan konvo lagi..and i've totally sure that amin and yana pun excited kan???..kalau x excited nampak beno nipunya...hahah... so what happen that 18th of january???...biasa dengar tak anugerah dekan??..18 hb januari julung2 kalinya diadakan anugerah dekan..and anugerah dekan kali ni buat pertama kali memperkenalkan anugerah timbalan rektor...auuuu dahsyat sapa yang dapat..anugerah timbalan rektor ini khas untuk student2 yang dapat pointer 3.9 above..above kira 4 flat lah kan..Congrats laa sapa yang dapat..:-)... Hari jumaat tuh laa jugak ada midterm perbandingan agama..huwaaaaa tak dapat nak seronok2..benda yang paling worst sekali hari tuh adalah masa start program lambat yang amat..pleaseee laaa tolong laa punctual wahai mereka-merek

David's Diner Truly American Food

Since aku memang suka makan dan memang suka cuba kedai-kedai makan yang baru, ada jugak yang tanya, eh ainaa, kau kan suka makan??...so dengan muka blur aku jawab ''memang la, suka sesangat-sangat, dah tu kenapanya???...kawan aku cakap ''apsal kau tak update entry pasal kedai-kedai makan yang pernah kau pergi, mesti belambak-lambak kan kedai makan yang penuh dalam entry kau..aku pun terfikir, ''haah la kan, kot-kot boleh buat review ke''.. so kawan aku pun cakap lagi '' ko kan belajar dekat sarawak, boleh la review kedai-kedai makan yang best dekat sarawak, senang la kalau-kalau aku or sapa-sapa nak pergi melancong''..ok la sahabat, demi kau, aku pun mula gigih update blog pasal makanan..hihi..dah macam jalan-jalan cari makan kan.. jadi last week aku memang tiba-tiba teringin nak makan makanan western siang-siang 'rengak' macam ni, kat ipoh susah nak cari kedai makan western siang-siang, selalu ada malam je... jadi aku terfikir

Masa Untuk Pulang- Part 2

Ok sambung part 2 pulak, bangun je tidur sabtu tu, harapan aku adalah aku akan nampak abah tengah duduk makan kurma kat ruang tamu rumah. Tempat favourite abah dekat sofa shape L tu. Tu kira memang port lepak abah lah. Sambil update bisnes dia, abah akan mengunyah kurma lah, muruku lah, kacang, gajus segala mak nenek tu lah. Lepas tu dia akan letak semua makanan tu atas sofa.. Hahah mak lah yang akan kutip semua makanan tu then letak kat dapur. Homaiiii rindu nya moment2 tu. Tapi aku hampa bila bangun tidur memang tak jumpa dan tak nampak pun kelibat abah kat ruang tamu tu. Sunyi sepi je rumah, kosong!!...sekosong rasa hati aku. Then mak panggil breakfast sama2 dengan dia. Actually tak breakfast sangat pun sebab dah pukul 12 masa tu. Tapi entah kenapa aku tak lapar. Memang selera makan hilang entah mana2 dia pergi. So aku skip breakfast. Memang aku banyak diam je kat rumah. Hilang terus keceriaan aku yang suka jerit2 bila dekat rumah. Adik2 aku pun tak berani sangat nak tegur. Ala je l