Skip to main content

Masa Untuk Pulang- Part 2

Ok sambung part 2 pulak, bangun je tidur sabtu tu, harapan aku adalah aku akan nampak abah tengah duduk makan kurma kat ruang tamu rumah. Tempat favourite abah dekat sofa shape L tu. Tu kira memang port lepak abah lah. Sambil update bisnes dia, abah akan mengunyah kurma lah, muruku lah, kacang, gajus segala mak nenek tu lah. Lepas tu dia akan letak semua makanan tu atas sofa.. Hahah mak lah yang akan kutip semua makanan tu then letak kat dapur. Homaiiii rindu nya moment2 tu. Tapi aku hampa bila bangun tidur memang tak jumpa dan tak nampak pun kelibat abah kat ruang tamu tu. Sunyi sepi je rumah, kosong!!...sekosong rasa hati aku. Then mak panggil breakfast sama2 dengan dia. Actually tak breakfast sangat pun sebab dah pukul 12 masa tu. Tapi entah kenapa aku tak lapar. Memang selera makan hilang entah mana2 dia pergi. So aku skip breakfast. Memang aku banyak diam je kat rumah. Hilang terus keceriaan aku yang suka jerit2 bila dekat rumah. Adik2 aku pun tak berani sangat nak tegur. Ala je lah yang kejap2 enaaaa, kejap2 panggil enaaaa..ena buat apa, ena makan dah ke, enaaa, enaaa ,enaaa..aku pang karang budak ni. Hahaha. Aku faham ala cuba nak ceriakan semua orang dalam rumah. Tapi entah kenapa aku rasa lain. Rasa janggal gila. So end up, aku banyak menyendiri dalam bilik yang abah duduk ni. Tapi aku pelik juga bila dengar atin dengan ala panggil mak aku ummi.. Dah pehal orang dalam rumah ni. Panggilan mak aku sentiasa berubah2 tau tak..Suka hati je nak panggil apa. Kejap mama, kejap mak, dah sekarang ummi pulak.. Abang aku lagilah panggil mak aku mummy..lagi haru. Jangan lepas ni panggilan mak aku bertukar jadi omma ke, ibu, momma ke..entah apa2 je, merepek adik beradik aku ni..Last2 aku decide nak masuk bilik je..Aku sentuh semua barang abah, dari baju , kain pelikat, ubat, bedak, minyak semua lah. Dannn yang paling touching adalah aku dapat bau abah dalam bilik ni. Especially dekat selimut dengan kain pelikat abah.. Dapat rasa abah ada dekat sebelah aku, dok perhati je apa anak dara dia buat..huhuhuhu...Rinduuuu...

Part yang paling aku rasa touching bila dah masuk zohor, aku solat zohor dan baca Yassin untuk abah. Entah kenapa aku rasa pilu, sedih, luluh hati semua ada. Teresak2 aku baca Yassin, tersedu2...dannnnn kebetulan mak aku baru turun bawah untuk makan lunch, bilik bawah ni actually sebelah dapur je. Agaknya masa mak nak ambil pinggan dia terdengar aku menangis kut. Huhuhu. Tak pasal aku pun macam terdengar bunyi orang nangis. Arghhh sudah, mak nangis sebab aku lagi ke?, aku ingat lagi pesan abang kat airport, ena jangan nangis depan mak tau. Ena kena tunjuk kuat depan mak. Baru mak kuat semangat. Terus aku lap air mata aku, habiskan bacaan Yassin aku then terus aku keluar bilik tengok mak aku. Agaknya mak aku perasan kot aku baru lepas nangis sebab muka aku merah. Then dia kata mai lah makan dengan  mak. Tapi aku tak nak makan. Aku tak lapar lagi. So aku teman mak makan, aku duduk betul2 kat tempat favourite abah. Abah akan ada port2 yang dia suka. Kalau makan dia akan duduk kat kerusi meja makan yang kanan sekali, kalau dia minum, abah akan duduk dekat kerusi belah kiri. So aku just buat macam tak ada apa yang berlaku, sembang macam biasa, Tapi aku rasa aku sembang tu pelik. Janggal gila. Tak tau kenapa. Tiba2 mak aku tanya ena ok ke?, dah boleh terima kenyataan ke?.. Bila mak aku tanya macam tu, aku terus terang je lah kat mak aku. Aku tak boleh terima kenyataan, aku tak percaya, aku masih rasa semua ni mimpi. Suddenly mak aku nangis. Homaiiiii, what have you done Ainaa?...choiii berapa kali sebenarnya aku nak buat mak aku nangis ni. Ya Allah rasa berdosa gila. Tak tau nak buat apa. Pilu aku tengok mak aku nangis sambil tengah kunyah nasi. Sedihhh nya tuhan je yang tau. Aku pujuk mak aku, aku pegang tangan kiri mak. Jangan nangis mak, kita kena kuat. Ayat aku rasa macam fake. Konon kena kuat padahal diri sendiri pun entah mana2 hanyut.. Dah pujuk mak, baru mak macam ok sikit. Mak cakap dia sedih bila tengok aku macam ni. Dia rasa bersalah sebab tak bagi aku balik masa abah meninggal. Sebab dia nampak aku lost, aku macam tak boleh terima kenyataan. Entah lah, aku perlukan masa untuk terima semua benda ni. Aku ingat sampai je Ipoh konon nak terus pergi kubur abah pagi tu, tapi hati aku belum kuat. Risau meraung kat kubur naya je. Kan tak elok menangis kat kubur. Mak pun nasihatkan aku tak payah pergi kubur, tunggu dah kuat semangat baru pergi kubur. Masa sembang dengan mak tu lah, aku perasan pinggan dengan cawan yang mak guna tu pinggan arwah abah. Sekali lagi aku tersentap tengok. Mesti mak rindu abah. Bayangkan dalam rumah ni, banyak sangat jejak dan tinggalan abah. Mana2 yang aku pandang, seolah-olah nampak abah.

Masa makan tu lah mak cuba slow talk dengan aku. Mak kata orang tua-tua ada pesan kalau seorang anak tu tak sempat tengok jenazah mak dan ayah dia masa diorang meninggal, itu tandanya arwah mak atau ayah dia sayangkan dia sangat-sangat. Sebab tu kita tak dapat tengok jenazah, sebab diorang tak nak kita sedih. Aku masa tu memang tak dapat fikir, yeke?, betul ke?, aku langsung tak percaya. Aku rasa terkilan bila tak dapat tengok arwah abah. Mak ada cakap abah banyak kali tanya kat mak bila ena nak balik. Aku baru tau, abah ada plan nak buat program dekat KWSP masa aku internship nanti. Dia dah siap whatssap Pn Jamaida. Ya Allah sampai macam tu sekali perancangan abah. Patut lah abah tanya bila nak balik, mak kata dia nak sembang dengan aku pasal program tu. Besar pengorbanan abah, sakit2 pun masih fikir nak buat program. Tapi sayang, aku tak sempat nak bersembang dengan abah. Terngiang2 suara garang abah..Homaiii semua benda aku rindu pasal abah.


Ya Allah lapangkaknlah hati aku untuk menerima semua ketentuanmu ini, kau tempatkanlah arwah abah dalam kalangan orang yang beriman, kau masukkan lah arwah abah dalam syurgamu, kau lapangkanlah kubur arwah abah, kau luaskanlah kubur arwah abah, Ameen.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Pengurniaan Anugerah Dekan

Assalamualaikum Febuari..cepatnya masa berlalu..dah habis bulan januari so maknanya ada lebih kurang 3 bulan setengah nak habis diploma..Hopefully dipermudahkan,InshaAllah..Sepanjang jadi student 18 januari 2013 adalah detik paling best, walaupun bukan konvo lagi..and i've totally sure that amin and yana pun excited kan???..kalau x excited nampak beno nipunya...hahah... so what happen that 18th of january???...biasa dengar tak anugerah dekan??..18 hb januari julung2 kalinya diadakan anugerah dekan..and anugerah dekan kali ni buat pertama kali memperkenalkan anugerah timbalan rektor...auuuu dahsyat sapa yang dapat..anugerah timbalan rektor ini khas untuk student2 yang dapat pointer 3.9 above..above kira 4 flat lah kan..Congrats laa sapa yang dapat..:-)... Hari jumaat tuh laa jugak ada midterm perbandingan agama..huwaaaaa tak dapat nak seronok2..benda yang paling worst sekali hari tuh adalah masa start program lambat yang amat..pleaseee laaa tolong laa punctual wahai mereka-merek

David's Diner Truly American Food

Since aku memang suka makan dan memang suka cuba kedai-kedai makan yang baru, ada jugak yang tanya, eh ainaa, kau kan suka makan??...so dengan muka blur aku jawab ''memang la, suka sesangat-sangat, dah tu kenapanya???...kawan aku cakap ''apsal kau tak update entry pasal kedai-kedai makan yang pernah kau pergi, mesti belambak-lambak kan kedai makan yang penuh dalam entry kau..aku pun terfikir, ''haah la kan, kot-kot boleh buat review ke''.. so kawan aku pun cakap lagi '' ko kan belajar dekat sarawak, boleh la review kedai-kedai makan yang best dekat sarawak, senang la kalau-kalau aku or sapa-sapa nak pergi melancong''..ok la sahabat, demi kau, aku pun mula gigih update blog pasal makanan..hihi..dah macam jalan-jalan cari makan kan.. jadi last week aku memang tiba-tiba teringin nak makan makanan western siang-siang 'rengak' macam ni, kat ipoh susah nak cari kedai makan western siang-siang, selalu ada malam je... jadi aku terfikir