Skip to main content

Abah dan Hari Jumaat

6/1/2017 hari yang tak pernah aku jangka, hari yang tak pernah untuk aku bersedia menerima erti sebuah kehilangan. Ya, kehilangan orang yang tersayang, kehilangan tonggak keluarga, ketua keluarga, Dia lah Abah. Jumaat pertama tahun 2017, kesedihan yang pertama dalam tahun 2017 buat aku dan seluruh ahli keluarga. Aku baru pasang azam tak nak sedih-sedih if ada ujian yang menimpa, tapi siapalah aku untuk melawan takdir dan kuasa Allah.

Segalanya bermula jam 7.00 pagi bila tiba-tiba kakak aku call, aku dengan tengah sedap tidur jawab lah call macam biasa, tapi kenapa suara kakak aku lain?, kenapa suara dia  macam tengah nangis?, kenapa kakak nangis?...Hish pelik sangat rasa time tu... Aku pun tanya lah kenapa call, ya lah faham lah kan bila tidur kena ganggu of course tanya kenapa kan... soalan pertama kakak aku, baca tak whatssap mak kat group?..Aku pun terus tengok hp, then cakap dekat kakak, ''mana ada whatssap mak kat group''. Aku pun tanya lah awat ni dok gheyau?...Kakak aku diam sekejap, then dia cakap '' Enaaa abah dah tak ada, abah dah meninggal''. Aku punya reaksi dari tengah baring tu terkejut terus bangun and berdiri, aku cakap betul2 lah kakak, jangan main-main, benda ni tak lawak tau..Kakak aku cakap betul lah, mana ada main-main..mana ada orang nak bergurau pasal kematian...Aku terus letak hp..Masa ni tak rasa apa2 sebab keliru, tak percaya sebab rasa aku mimpi kot.. Sampai lah aku restart balik hp then semua whatssap family aku masuk dalam hp..Allahhhh ape benda ni?, dugaan apa ni?.. Abang sulung aku terus whatssap aku, sebab dia tau aku benda-benda macam ni agak lemah, emosi aku rapuh, apa2 aku akan menangis, dekat hospital jaga abah pun aku hari2 nangis, lagi lah benda2 macam ni...

Dalam kepala aku masa ni tak fikir apa dah, yang aku tau, aku nak balik tengok abah buat kali terakhir. Sekali lagi aku rasa macam batu besar menghempap kepala bila mak aku tak izinkan aku balik. Allahurabbi meraung aku macam orang gila... aku nak balik, tolong lah faham... Tiga kali aku call mak aku merayu-rayu mintak izin nak balik tengok arwah abah buat kali terakhir, aku nak peluk abah, nak cium abah, nak bisik dekat abah yang aku sayangkan abah.. Ralat tu sampai sekarang aku rasa, lagi bertambah ralat bila mak aku cakap bapak aku banyak kali tanya bila ena nak balik... Sampai sekarang bila setiap kali aku bangun tidur, aku akan tengok last seen whatssap abah, aku berharap semua benda yang aku dengar ni semua mimpi belaka...Tapi betul lah orang kata satu hakikat yang memang susah nak terima bila orang yang kita sayang dah tak ada..

Patut lah dalam seminggu tu, aku betul-betul rasa tak sedap hati, aku rasa macam ada benda yang nak berlaku tapi tak tau apa benda sampai lah selasa 3/1/2017 aku mimpi abah.. Selasa tu aku ada exam rehabilitation counseling dengan ICS..aku ada dua paper, so tau je lah penat macam orang gila bila kau struggle study dua paper, then dalam masa yang sama exam pagi petang.. So malam tu aku letih yang teramat sangat, aku tidur jam 10.30 malam sampai jam 10.30 pagi esoknya.. tapi aku terbangun jam 4.00 pagi.. Aku mimpi abah, ya mimpi abah...Aku mimpi abah meninggal hari jumaat (6/1/2017).. Dalam mimpi tu aku nampak semua yang berlaku, aku nampak aku menangis sampai sakit kepala, aku nampak dalam mimpi tu aku tak makan satu hari, aku nampak dalam mimpi tu aku tak study langsung sebab aku masih ada 1 paper esoknya, aku nampak semuanya dalam mimpi tu..and guess what?, apa yang berlaku pada hari jumaat 6/1/2017 tu sama macam dalam mimpi aku...Ya Allah, aku tak sangka sangat, aku ingat tu hanya mainan tidur...habis exam CIS, aku dengan ahbear n lish pergi makan dekat viva city, tengah makan tu aku secara tak sengaja terpandang jubah yang aku pakai.. Sekali lagi aku terkejut.. tau sebab apa? sebab jubah tu lah yang aku nampak dalam mimpi aku, aku pakai jubah tu pergi exam CIS... Allah sekali lagi aku terdiam, terkelu lidah aku..serius masa aku nak pergi exam, aku tak fikir nak pakai baju apa, aku pakai capai je baju tu..baju tu yang aku nampak...Aku tak sangka tuhan nak bagi aku hint sampai macam ni sekali.. Sebab tu lepas je mimpi abah selasa tu, hari khamis sehari sebelum abah meninggal, aku betul2 tergerak hati nak whatssap abah..aku whatssap abah tanya khabar, makan apa semua...tu lah last conversation aku dengan abah..huhu

Bila mak aku dah tak bagi aku balik, aku frust, aku dah tak nak merayu dah lagi... Menangis2 aku call mak aku mintak tolong kat mak aku.. aku mintak mak aku tolong peluk dan cium abah untuk aku.. tolong bisik kat abah yang ena sayang abah, ena sedih tak dapat tengok abah buat kali terakhir, ena nak sangat peluk abah, masa kat hospital abah janji nak tunggu ena balik, kenapa abah tinggalkan ena?, abah kata nanti waktu intern kat kwsp, abah nak tolong ena, tapi abah pergi tinggalkan ena, abah janji nak sihat, tapi abah mengalah, abah kata nak datang konvo ena...Meraung mak aku dengar permintaan aku ni sampai mak aku tak dapat cakap masa dalam call tu...Masa tu kak zura, dia ni lah jiran yang paling baik dengan kami..masa ni dia lah yang tolong jawab call mak aku untuk aku sebab mak aku dah tak dapat nak cakap. Permintaan kedua aku pulak, aku suruh mak aku simpan baju, kain pelikat, selimut abah untuk aku..aku tak izinkan mak aku basuh. Tu je kenangan yang aku ada..Alhamdulillah mak aku buat semua yang aku mintak, aku tak sabar nak balik tengok pusara abah.. Sampai sekarang aku lost, aku tak dapat terima and percaya semua ni berlaku..

Mak aku hari-hari whatssap aku cakap lepaskan abah dengan tenang, terima kenyataan, terima hakikat, belajar redha.. sebab dia nampak aku macam susah nak lepaskan abah, aku macam susah nak terima kenyataan... InshaAllah aku akan redha, bagi aku masa, sebab aku masih terkejut, tak percaya...

Dear abah, semoga abah tenang di sana, dah sampai masa abah untuk berehat.. tiga bulan abah bertarung lawan sakit, banyak jenis ubat yang dah masuk dalam badan abah....bila abah sedar dari koma abah merungut kat doktor sebab abah sakit bila diorang ambil darah abah setiap hari. Jangkitan kuman dalam paru-paru buat abah lemah, buat abah susah nak bernafas, sesak nafas. Badan abah jadi lemah, buah pinggang abah rosak. Ena sentiasa doakan abah walau dimana pun ena berada...

Harini 10.1.2017 hari lahir abah yang ke 63. Abah pergi empat hari sebelum hari lahir abah, tak sempat nak rai birthday abah...huhu ..Alhamdulillah pagi tadi ena dah bagi hadiah kat abah..ena bagi bacaan Al-Fatihah dan Yassin sebagai hadiah hari lahir abah.. Hadiah yang abah tunggu..tahun ni ena tak dapat nak wish birthday abah macam tahun-tahun lepas...Ena doa semoga dapat bertemu dengan abah dalam mimpi, terus terang ena rindu abah.. Semoga Allah jaga abah untuk ena, semoga kubur abah diterangi cahaya, semoga Allah lapangkan dan luaskan kubur abah, semoga Allah tempatkan abah dalam kalangan orang beriman...Selamat hari lahir abah..ena sayang abah dunia akhirat.

Dalam Kenangan,
HJ NAZMI  BIN MD NOOR
10/1/1954- 6/1/2017



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Pengurniaan Anugerah Dekan

Assalamualaikum Febuari..cepatnya masa berlalu..dah habis bulan januari so maknanya ada lebih kurang 3 bulan setengah nak habis diploma..Hopefully dipermudahkan,InshaAllah..Sepanjang jadi student 18 januari 2013 adalah detik paling best, walaupun bukan konvo lagi..and i've totally sure that amin and yana pun excited kan???..kalau x excited nampak beno nipunya...hahah... so what happen that 18th of january???...biasa dengar tak anugerah dekan??..18 hb januari julung2 kalinya diadakan anugerah dekan..and anugerah dekan kali ni buat pertama kali memperkenalkan anugerah timbalan rektor...auuuu dahsyat sapa yang dapat..anugerah timbalan rektor ini khas untuk student2 yang dapat pointer 3.9 above..above kira 4 flat lah kan..Congrats laa sapa yang dapat..:-)... Hari jumaat tuh laa jugak ada midterm perbandingan agama..huwaaaaa tak dapat nak seronok2..benda yang paling worst sekali hari tuh adalah masa start program lambat yang amat..pleaseee laaa tolong laa punctual wahai mereka-merek

David's Diner Truly American Food

Since aku memang suka makan dan memang suka cuba kedai-kedai makan yang baru, ada jugak yang tanya, eh ainaa, kau kan suka makan??...so dengan muka blur aku jawab ''memang la, suka sesangat-sangat, dah tu kenapanya???...kawan aku cakap ''apsal kau tak update entry pasal kedai-kedai makan yang pernah kau pergi, mesti belambak-lambak kan kedai makan yang penuh dalam entry kau..aku pun terfikir, ''haah la kan, kot-kot boleh buat review ke''.. so kawan aku pun cakap lagi '' ko kan belajar dekat sarawak, boleh la review kedai-kedai makan yang best dekat sarawak, senang la kalau-kalau aku or sapa-sapa nak pergi melancong''..ok la sahabat, demi kau, aku pun mula gigih update blog pasal makanan..hihi..dah macam jalan-jalan cari makan kan.. jadi last week aku memang tiba-tiba teringin nak makan makanan western siang-siang 'rengak' macam ni, kat ipoh susah nak cari kedai makan western siang-siang, selalu ada malam je... jadi aku terfikir

Masa Untuk Pulang- Part 2

Ok sambung part 2 pulak, bangun je tidur sabtu tu, harapan aku adalah aku akan nampak abah tengah duduk makan kurma kat ruang tamu rumah. Tempat favourite abah dekat sofa shape L tu. Tu kira memang port lepak abah lah. Sambil update bisnes dia, abah akan mengunyah kurma lah, muruku lah, kacang, gajus segala mak nenek tu lah. Lepas tu dia akan letak semua makanan tu atas sofa.. Hahah mak lah yang akan kutip semua makanan tu then letak kat dapur. Homaiiii rindu nya moment2 tu. Tapi aku hampa bila bangun tidur memang tak jumpa dan tak nampak pun kelibat abah kat ruang tamu tu. Sunyi sepi je rumah, kosong!!...sekosong rasa hati aku. Then mak panggil breakfast sama2 dengan dia. Actually tak breakfast sangat pun sebab dah pukul 12 masa tu. Tapi entah kenapa aku tak lapar. Memang selera makan hilang entah mana2 dia pergi. So aku skip breakfast. Memang aku banyak diam je kat rumah. Hilang terus keceriaan aku yang suka jerit2 bila dekat rumah. Adik2 aku pun tak berani sangat nak tegur. Ala je l