Skip to main content

Pertemuan Pertama

Malam ni aku tergerak hati nak update blog pasal abah, entah kenapa malam ni tiba2 rasa syahdu semacam, rasa rindu yang membuak-buak dekat arwah abah. Seolah-olah aku ternampak abah dekat dalam rumah ni. Tambah2 lagi area rumah aku memang tengah hujan lebat gila, seolah-olah tengah faham yang aku betul2 rindukan abah. Rindu yang paling sakit adalah rindu orang yang dah tak ada. Lagi teruk aku rasa perasaan rindu ni daripada masa putus cinta dengan ex-boyfriend aku dulu. Masa putus dulu, aku fikir lantak kau lah nak ada perempuan lain ke apa, nak kahwin ke apa, kau punya pasal. Tapi rindu dekat arwah abah ni perasaan dia lain sangat, tak tau aku nak gambarkan macam mana, end up kalau aku rasa sakit sangat rasa rindu tu, aku akan menangis. Sebab aku rasa dengan menangis tu dapat melegakan rasa sakit dekat hati aku.

Masa mula2 aku sampai ipoh 13/1/2017 lepas, aku dengan bersemangat waja nak pergi pusara abah bila sampainya aku kat ipoh, tapi siapa kita nak menghalang perancangan Tuhan. Aku ingat hati aku dah cukup kuat untuk melawat abah dekat pusara abah. Tapi aku silap, aku tak kuat mana pun. Jejak kaki dalam rumah pun dah menangis, apatah lagi kalau pergi pusara abah. Mahu nya aku meraung. Mak aku pun tak izinkan aku pergi pusara abah sebab dia sendiri tengok aku belum kuat lagi, seolah-olah masih belum boleh terima kenyataan. Masa ini lah aku betul-betul strugglekan hati aku, aku cekal kan hati, aku tabahkan hati aku untuk bina kekuatan dalaman supaya aku lebih kuat. Akhirnya hari kelima aku dekat Ipoh, baru aku berani nak jejakkan kaki pergi ke pusara abah. Aku berani untuk melawat pusara abah lepas aku mimpi abah malam tu. Dalam mimpi tu aku nampak abah datang dalam mimpi aku, muka abah sangat bersih dan abah tengah senyum kat aku, lepas tu abah cakap ''kalau nak abah bahagia dekat sana, banyakkan sedekah dan niatkan sedekah tu untuk abah'', Allah mimpi itu sekejap sangat, aku tak nampak abah pakai baju apa, aku hanya nampak muka abah. Masa aku sampai depan pintu pagar tanah perkuburan, aku bercakap dengan diri sendiri seolah-olah seperti sedang bermonolog, aku cakap dengan diri aku ''abah ena datang, ena datang lawat abah, haritu masa kat hospital ena jumpa jasad abah tapi kali ini ena lawat pusara abah''. Masa ni aku pergi dengan adik aku. Atin pun macam faham2 je so dia tunjukkan pusara abah dekat aku then dia tinggalkan aku sorang-sorang dekat kubur tu. Dia tunggu aku dalam kereta.

Masa aku betul-betul sampai  depan pusara abah, aku perhati betul-betul pusara abah, Ya, inilah pertemuan pertama aku dengan abah, pertemuan pertama yang meranapkan seluruh semangat dan kekuatan aku. Aku pegang kayu yang diorang pacak dekat tanah tu sebab batu nisan abah belum siap lagi masa ni. Kayu yang aku pegang tu  dapat aku bayangkan seolah-olah aku tengah mengusap wajah abah. Aku pegang tanah-tanah yang ada dekat pusara abah seolah-olah aku sedang pegang tangan abah. Aku bagi salam dekat abah, aku bercakap dengan pusara abah seolah-olah aku tengah bercakap dengan abah. Aku sedekah kan bacaan Al Fatihah dan Yassin untuk abah. Masa ni sebak dia Tuhan je  yang tau rasanya sampai bergetar suara aku masa baca Yassin tu. Aku seolah-olah nampak abah tengah senyum dekat aku. Bermula dari saat tu lah aku jadi pengunjung tegar dekat tanah perkuburan Rapat Setia tu, setiap pagi aku datang lawat abah, cabut daun-daun yang dah layu, siram pokok dekat kubur abah. Doa aku setiap hari adalah semoga Allah pelihara abah dan semoga abah sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Ameen Ya Rabb.



Comments

  1. Dear Ena,
    semoga terus kuat dan dikelilingi dengan orang tersayang!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Majlis Pengurniaan Anugerah Dekan

Assalamualaikum Febuari..cepatnya masa berlalu..dah habis bulan januari so maknanya ada lebih kurang 3 bulan setengah nak habis diploma..Hopefully dipermudahkan,InshaAllah..Sepanjang jadi student 18 januari 2013 adalah detik paling best, walaupun bukan konvo lagi..and i've totally sure that amin and yana pun excited kan???..kalau x excited nampak beno nipunya...hahah... so what happen that 18th of january???...biasa dengar tak anugerah dekan??..18 hb januari julung2 kalinya diadakan anugerah dekan..and anugerah dekan kali ni buat pertama kali memperkenalkan anugerah timbalan rektor...auuuu dahsyat sapa yang dapat..anugerah timbalan rektor ini khas untuk student2 yang dapat pointer 3.9 above..above kira 4 flat lah kan..Congrats laa sapa yang dapat..:-)... Hari jumaat tuh laa jugak ada midterm perbandingan agama..huwaaaaa tak dapat nak seronok2..benda yang paling worst sekali hari tuh adalah masa start program lambat yang amat..pleaseee laaa tolong laa punctual wahai mereka-merek

David's Diner Truly American Food

Since aku memang suka makan dan memang suka cuba kedai-kedai makan yang baru, ada jugak yang tanya, eh ainaa, kau kan suka makan??...so dengan muka blur aku jawab ''memang la, suka sesangat-sangat, dah tu kenapanya???...kawan aku cakap ''apsal kau tak update entry pasal kedai-kedai makan yang pernah kau pergi, mesti belambak-lambak kan kedai makan yang penuh dalam entry kau..aku pun terfikir, ''haah la kan, kot-kot boleh buat review ke''.. so kawan aku pun cakap lagi '' ko kan belajar dekat sarawak, boleh la review kedai-kedai makan yang best dekat sarawak, senang la kalau-kalau aku or sapa-sapa nak pergi melancong''..ok la sahabat, demi kau, aku pun mula gigih update blog pasal makanan..hihi..dah macam jalan-jalan cari makan kan.. jadi last week aku memang tiba-tiba teringin nak makan makanan western siang-siang 'rengak' macam ni, kat ipoh susah nak cari kedai makan western siang-siang, selalu ada malam je... jadi aku terfikir

Masa Untuk Pulang- Part 2

Ok sambung part 2 pulak, bangun je tidur sabtu tu, harapan aku adalah aku akan nampak abah tengah duduk makan kurma kat ruang tamu rumah. Tempat favourite abah dekat sofa shape L tu. Tu kira memang port lepak abah lah. Sambil update bisnes dia, abah akan mengunyah kurma lah, muruku lah, kacang, gajus segala mak nenek tu lah. Lepas tu dia akan letak semua makanan tu atas sofa.. Hahah mak lah yang akan kutip semua makanan tu then letak kat dapur. Homaiiii rindu nya moment2 tu. Tapi aku hampa bila bangun tidur memang tak jumpa dan tak nampak pun kelibat abah kat ruang tamu tu. Sunyi sepi je rumah, kosong!!...sekosong rasa hati aku. Then mak panggil breakfast sama2 dengan dia. Actually tak breakfast sangat pun sebab dah pukul 12 masa tu. Tapi entah kenapa aku tak lapar. Memang selera makan hilang entah mana2 dia pergi. So aku skip breakfast. Memang aku banyak diam je kat rumah. Hilang terus keceriaan aku yang suka jerit2 bila dekat rumah. Adik2 aku pun tak berani sangat nak tegur. Ala je l