Skip to main content

Tragedi Di Machang

Haluuuu and Assalamualaikum semua...hope pembaca blog saya sihat and ceria harini...hehe...Alhamdulillah hari ni dah boleh mula update story pre wedding abang saya..dah ada member2 yang tanya bila nak update story pasal abang saya??haaaaa tunggu yeaa....tak silap ada sampai part 4 kot pasal wedding abang saya..tapi saya akan update satu persatu lah...wait and see yaaa!!..hehe

Orait back to entry...apa yang jadi kat machang??tragedi apa??..kah kah...memang tak dapat diduga akan jadi sampai macam ni..haishh...pada permulaan perjalanan kami,Alhamdulillah tak ada apa yang berlaku but sampai dekat simpang machang,Apit (my 2nd bro) maybe tak nampak simpang machang tu then dia terus aje...Abah dah lama masuk simpang machang tuh..kira kes kena tinggal laa..hahah...

Then sampai satu kawasan tu apit nak buat u-turn...masa apit buat u-turn tu hujan turun lebat..agaknya apit terover pulas stereng sampai kereta masuk lopak..Ya Allah,lopakkkk dia sikit punyaaa dalam..hahhhh tayar dah tersekat..perghhh mengelabah semua dalam kereta time tuh..aku,apit,kakak and alaa...haaaaahhh kita nak buat apa neh??suspen gilaa....mama and abah taktau lagi time ni...hadushhh..dah laa hujan time tuh,terpaksa laa keluar kereta...aku dengan demam time tuh..haishh redha aje laa...haha

Apit terus suruh aku duduk kat tempat pemandu,dia suruh tekan minyak...puas apit buang lopak dekat tayar tuh..tapi usaha sia2 belaka...still kereta tak mau jalan..after that apit suruh aku tekan minyak and dia dok pegang tayar sebab nak buang lopak...gilaa takut kot time ni,sebab takut tergilis tangan dia..bayangkan tayar tengah berpusing and tangan apit dekat tayar..lagi laa aku takut nak tekan minyak,memang tekan tak habis la..and tibaaaaaa2 apit marah aku..cissss!!nak kena...apit cakap:''cepattttttttttlaaaaaaa tekannn,tekannnnn sampaiiii habisss''..apa lagi bergaduh jap aku ngan apit...aku cakap dekat apit:''Gilaaaa ke apa???kalau tergilis tangan awak macam mana???haishhhhh...

Kakak and ala pun dah takuttt time tuh then kakak decide bagi tau mama pasal benda ni..apa lagi abang mengelabah laaaa...mana tak mengelabah segala mas kahwin and duit hantaran ada dalam tuh..hilang nayaaa aja..Kalau aku jadi abang pun mengelabah tahap gaban..dah laa kawasan dekat2 hutan,sunyi pulak tuh..macam2 boleh jadi...haishhh dugaan2...mujur laaa time tu ada seorang pakcik yang prihatin datang tolong...dia cakap nak tarik kereta..peghhh bersyukur tak terkata...dalam setengah jam lepas tuh,abah pun sampai...tengok laaa muka abang..sekali pandang nak cari gaduh dengan aku..huhhh...abang cari duit mas kahwin tak jumpa..then abang cari aku..''Ena mana duit mas kahwin??''...fulamakkk muka,memang nak cari gaduh betuiii...i've said:''ada dalam kereta laaaaaaa''..


Perghhhhh belemoehhh kereta,dah laaa warna putih..hahah...masa ni tengah tunggu masa nak ditarik aja..Abang dah cuak plusss mengelabah tahap gaban dah..jap2 panggil aku..suruh tengok bumper..takut2 tercabut masa tarik...haha..rileksss laa bro...:-)


Detik2 kereta ditarik..percubaan pertama gagal..tali terlepas pulak...time tuh berbunyi bumper abang..apa lagi,cepat2 abang suruh aku tengok bumper kesayangan kereta dia..haha...Alhamdulillah tak ada apa2..haha..time ni aku and ala dok seronok gelak..sakan kitorang ketawa...ekekkekeke..ala and aku memang laaa..time2 suspen kitorang boleh seronok...teringat masa kereta kakak rosak dekat highway..kakak dah cuak pluss takut...tapiiiiiii aku dengan ala dok mengekek gelak...hahah..bak kata mama:''seronok tak bertempat''..hahah


Haaaaa tudiaaaa lopak...dah sama besar dengan tayar dah..haishhh apa punya ayat laaa..haha...menurut pakcik yang tarik kereta tu,dia kata kawasan ni memang selalu kereta terkandas sebab tayar masuk lopak..lori pun ada tapi sorry laa abang2 lori..tak dapat laaa pokkcikkk nak tarik lori..silap2 kereta pokcikkk yang tercabut bumper and segala mak nenek lagi..hahah

Terimaaa kasihhh pakcik diatas pertolongan kalian..really appreciate...Alhamdulillah legaa sangat..lepas tu kami pun meneruskan perjalanan and singgah makan dekat satu restoran..perghhhh best gila makan sup belut...first time makan sup belut and rasanyaaaa!!! wowwwww mantapssss sangat..terus jatuh cinta dengan sup belut...lagi satu belut ni banyak sangat khasiat dia..mama laa bagitau,mama cakap orang kampung kalau nak sihat selalu makan sup belut...woww marveloussss..:-)

Alhamdulillah kami sampai homestay dalam pukul 1.30 pagi  lepas makan dekat rumah family kak nurul..mata dah bagi macam2 signal dah time tuh...haha...naik kematu badan dok dalam kereta lama2...keletihan yangg amaaattt....haha

Comments

Popular posts from this blog

Kerat14

hari tu, 1st time i tengah movie dengan my young sis atin..dia ni peghak sikit tak pernah pergi cinema..haha..masa datang tgv kat jj ni tersangat lah excited..and 1st time dapat tengok wayang malam..haha..tuh pun semua atas permission mama..kalau abah,jangan harap lah..haha..movie yang i tengok it's kerat14.. I tersangat lah minat dekat si Aaron aziz dengan siti saleha..Ya ampun mereka sangat awesome untuk digandingan bersama..cerita kerat14 ni suspen laa...cerita pasal bunuh2..haaaaa..Aaron sangat hensemm..i likeeee!! Cerita  kerat14 mengisahkan haziq yang bercinta dengan zara. Percintaan pada mulanya indah, akhirnya memakan diri apabila haziq bergaduh dengan Aril..Lelaki yang cuba mengorat zara dekat kelab malam..dalam pergaduhan itu, haziq secara tak sengaja telah menikam Aril..Untuk menutup kesalahan dari diketahui orang, haziq telah kerat badan aril kepada 14 bahagian sebelum dibuang di tong sampah. So kepada yang tak tengok lagi kerat14,sila lah tengok..:-) Kerat14 menemu...

The Best Thing Cooking To My Family

Haluuuu dan Assalamualaikum...Alhamdulillah pada minggu ini,keluarga aku termasuk abang dan abah balik minggu ini sempena nak meraikan sedara sebelah mama yang kahwin ahad ini yang kebetulan jatuh tanggal pada hari lahir aku..besttt giler!!.. Tapi yang tak bestnya mama kena pergi sekolah hari ini walaupun hari sabtu sebab ada sukan..tak apa lah,tapi yang tak bestnya mama suruh pergi pasar beli ikan,hadoii dah lah aku ni jenis yang susah sikit nak kenal ikan,yang aku kenal ikan siakap,talapia,keli,kembung,patin,bawal dan ikan sardin tapi mama suruh beli ikan merah,mampuss aku tak kenal ikan itu..last2 mama suruh beli ikan siakap dan sotong sebab sotong tu favourite abang..:-) Nak dijadikan cerita lepas subuh pagi tadi terus lah tidur,banyak juga 'missed calls' dari mama,agaknya sebab nak kejut aku bangun pergi pasar...Dekat pukul 10 juga lah pergi pasar,nasib baik ramai lagi orang kat pasar,kalau tak ada orang malunyer maklum lah anak dara bangun lambat..hahaha Selepas beli sega...

Sahabat Kerana Allah

Haluuuu dan Assalamualaikum..Alhamdulillah baru aje lepas makan,tiba2 ada mood dan terlebih rajin untuk update blog lah kan..hahah....so entry kali ini berkisar mengenai persahabatan..sure 100% korang semua mesti ada sahabat,kawan and seangkatan dengannya lah kan..hehehe...so jom baca entry kali ni yang penuh dengan pengajaran and macam2 lah kan..:-) Banyak kata-kata yang dicipta bagi melambangkan kesetiaan seorang sahabat.Antaranya ''bersahabat dengan penjual minyak wangi,kita juga akan menjadi wangi,''sahabat yang baik membawa ke syurga,''dan sebagainya. Jelas menunjukkan bahawa persahabatan adalah penting dalam sesuatu perhubungan yang diterapkan dengan kejujuran,kasih sayang,hormat menghormati dan juga bersahabat kerana Allah...so jom check adakah kita bersahabat kerana Allah..?? 1. Memberitahu teman kita bahawa anda kasih dan sayang kepadanya. Nabi Muhammad SAW bersabda : ''Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temann...