Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Family

Pertemuan Pertama

Malam ni aku tergerak hati nak update blog pasal abah, entah kenapa malam ni tiba2 rasa syahdu semacam, rasa rindu yang membuak-buak dekat arwah abah. Seolah-olah aku ternampak abah dekat dalam rumah ni. Tambah2 lagi area rumah aku memang tengah hujan lebat gila, seolah-olah tengah faham yang aku betul2 rindukan abah. Rindu yang paling sakit adalah rindu orang yang dah tak ada. Lagi teruk aku rasa perasaan rindu ni daripada masa putus cinta dengan ex-boyfriend aku dulu. Masa putus dulu, aku fikir lantak kau lah nak ada perempuan lain ke apa, nak kahwin ke apa, kau punya pasal. Tapi rindu dekat arwah abah ni perasaan dia lain sangat, tak tau aku nak gambarkan macam mana, end up kalau aku rasa sakit sangat rasa rindu tu, aku akan menangis. Sebab aku rasa dengan menangis tu dapat melegakan rasa sakit dekat hati aku. Masa mula2 aku sampai ipoh 13/1/2017 lepas, aku dengan bersemangat waja nak pergi pusara abah bila sampainya aku kat ipoh, tapi siapa kita nak menghalang perancangan Tuhan. ...

Masa Untuk Pulang- Part 2

Ok sambung part 2 pulak, bangun je tidur sabtu tu, harapan aku adalah aku akan nampak abah tengah duduk makan kurma kat ruang tamu rumah. Tempat favourite abah dekat sofa shape L tu. Tu kira memang port lepak abah lah. Sambil update bisnes dia, abah akan mengunyah kurma lah, muruku lah, kacang, gajus segala mak nenek tu lah. Lepas tu dia akan letak semua makanan tu atas sofa.. Hahah mak lah yang akan kutip semua makanan tu then letak kat dapur. Homaiiii rindu nya moment2 tu. Tapi aku hampa bila bangun tidur memang tak jumpa dan tak nampak pun kelibat abah kat ruang tamu tu. Sunyi sepi je rumah, kosong!!...sekosong rasa hati aku. Then mak panggil breakfast sama2 dengan dia. Actually tak breakfast sangat pun sebab dah pukul 12 masa tu. Tapi entah kenapa aku tak lapar. Memang selera makan hilang entah mana2 dia pergi. So aku skip breakfast. Memang aku banyak diam je kat rumah. Hilang terus keceriaan aku yang suka jerit2 bila dekat rumah. Adik2 aku pun tak berani sangat nak tegur. Ala je l...

Masa Untuk Pulang - Part 1

Hari jumaat 13/1/2017, jumaat kedua dalam tahun 2017, selepas seminggu abah pergi tinggalkan aku. Jumaat pagi lagi aku dah rasa serba tak kena. Tak tau kenapa, yang pasti aku rasa takut sangat nak balik ipoh. Takut nak jejakkan kaki kat rumah. Kau bayangkan flight aku jam 6.40 petang, pukul 3 petang baru aku kemas luggage aku. Aku pakai masuk je apa yang aku rasa nak masukkan dalam beg tu. Dah macam lembap dah otak aku nak fikir apa, blur jangan cakap lah. Ahbear banyak kali cakap apasal kau blur sangat ni ainaa..huhu ntah lah, aku pun tak ada jawapan untuk soalan kau tu bear. Sampai airport kuching jam 5.30 petang aku terus check in luggage semua then aku whatssap mak aku cakap ''mak ena takut lah nak balik, tak tau kenapa''..Lepas tu mak aku macam faham lah perasaan aku then dia bagi semangat. Aku tau walaupun dia bagi semangat, tapi jauh dekat sudut hati dia, dia pun sebenarnya tak kuat lagi, still lemah semangat tu. Sementara tunggu flight, aku perhatikan kawasan ...

Abah dan Hari Jumaat

6/1/2017 hari yang tak pernah aku jangka, hari yang tak pernah untuk aku bersedia menerima erti sebuah kehilangan. Ya, kehilangan orang yang tersayang, kehilangan tonggak keluarga, ketua keluarga, Dia lah Abah. Jumaat pertama tahun 2017, kesedihan yang pertama dalam tahun 2017 buat aku dan seluruh ahli keluarga. Aku baru pasang azam tak nak sedih-sedih if ada ujian yang menimpa, tapi siapalah aku untuk melawan takdir dan kuasa Allah. Segalanya bermula jam 7.00 pagi bila tiba-tiba kakak aku call, aku dengan tengah sedap tidur jawab lah call macam biasa, tapi kenapa suara kakak aku lain?, kenapa suara dia  macam tengah nangis?, kenapa kakak nangis?...Hish pelik sangat rasa time tu... Aku pun tanya lah kenapa call, ya lah faham lah kan bila tidur kena ganggu of course tanya kenapa kan... soalan pertama kakak aku, baca tak whatssap mak kat group?..Aku pun terus tengok hp, then cakap dekat kakak, ''mana ada whatssap mak kat group''. Aku pun tanya lah awat ni dok gheyau?......

Happy Birthday dan Selamat Bersara Mak

14.3.2016 hari yang sangat istimewa untuk aku dan seluruh family aku..haha..happy birthday mak, my wish for mak adalah: 1. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. 2. Dikurniakan kesihatan yang baik. 3. Dapat pergi umrah lagi tahun ni. 4. Abah cakap nak jalan2 dengan mak pergi travel 1 dunia..woohoooo betul ke tuh..haha 5. Semoga bertambah amal ibadah 6. Jangan asyik naik angin je..haha 7. Boleh lah datang sarawak selalu pasni 8. Nak rasa masakan mak selalu.. tak nak asyik masak nasi je, pastu beli lauk dekat kedai..waaaaa Dannnnnnn tahun 2016 ni jugak tahun yang terakhir mak berkhidmat dalam kementerian pelajaran sebagai cikgu.. yuhuuuu merdeka lah mak tak payah pergi sekolah dah, tak payah nak rempit pergi sekolah sebab lambat, tak payah balik malam2 macam selalu, tak payah buat soalan exam, tak payah buat minit mesyuarat n bla bla bla lagi lah kerja cikgu yang sepatutnya kena buat.. Dannnnnnnnn aku pun merdekaaaaaa.... tak payah mak kejut 2-3 pagi semata2 nak kena buat...

Milo Breakfast Days 2015

Assalamualaikum semua....dah bosan buat assignment yang belambak macam bukit, jadi rest kejap dan bukak blog untuk update entri terbaru... Ini adalah hobi aku sebenarnya, menulis walaupun bukan lah pro sangat, dan kadang-kadang bahasa yang aku gunakan memang kelaut... ''laut china selatan''!! Ok so hari ini nak update pasal Milo Breakfast days 2015 yang aku dengan adik beradik aku join... Program Milo Breakfast Days anjuran Milo lah kan, dah nama pun Milo...haha...Actually program ini berlangsung dekat 3 buah negeri iaitu Ipoh (tanah tempat tinggal aku, bukan tanah tumpah darah), lepas tu di Kuching (tempat aku belajar) dan last sekali di Putrajaya. Jadi program yang berlangsung di Kuching ini adalah 26 April 2015. Aku dengan adik beradik aku ambil larian keluarga iaitu sejauh 3 km sahaja. Kalau 'single running' adalah 7km...semput jugak tu kalau nak lari 7 km... Bayaran yang dikenakan adalah serendah RM50 untuk satu keluarga..murah kan??..Milo akan bagi T-shi...

Istiadat Konvokesyen Kali ke-6

Yeszaaa haluu dan Assalamualaikum..sempat nak update blog di petang hari dikala cuti study week.. Serius malas sangat nak study.. tak tau kenapa, dah tak ada mood nak study, yang ada mood nak balik Ipoh..Yeszaa 2 minggu lagi nak balik.. tak sabar nak tunggu 12.1.2014.. Last week aku balik Ipoh, semata-mata nak konvo.. so sambung entry  Mood nak balik semenanjung ...Sampai aje LCCT pukul 12.30pm..Sepatutnya sampai 10.45 tapi disebabkan flight Delay, makanya lewat lah sampai LCCT. Abang ambik dekat LCCT then terus bawak aku dengan atin dekat pejabat abah dekat Putrajaya. Abah dah lama tungguh dari pukul 9.. Haishhh kesian kat ayahandaku..sorry abah, bukan salah kami..hehehe... So, sampai aje dekat abah, terus balik Ipoh..Dalam hati terfikir pukul 1 pagi baru nak gerak balik Ipoh. Pukul berapa nak sampai???...kalau abah mengantuk, mesti berhenti kat mana2...hishhh kesian gila dekat abah...Abah berhenti dekat RNR Rawang, abah minum kopi dengan pau...aku pulak makan mee rebus..wuuuu...

Mood nak balik semenanjung

Gilos..tiba-tiba nak update pasal last week balik semenanjung..bagi sesetengah orang, benda ini adalah biasa tapi bagi aku ini adalah benda yang paling excited dalam hidup... Bayangkan dah 3 bulan tak balik, tiba-tiba dapat balik, memang rasa nak bagi tau satu dunia....teruja tahap gaban kot..hahah... Rabu lepas 18/12, aku dengan atin balik semenanjung sebab 19/12 tu aku konvo..yeahhh congrats kepada semua classmates yang konvo hari khamis lepas..Moga-moga kejayaan menjadi milik kalian.. tapi konvo kali ini tak best sangat sebab ada 10 orang aje yang konvo..tak best sebab tak dapat konvo sekali..tak pe nanti time korang konvo,InshaAllah we all akan meraikan korang semua..hahaha ok berbalik dari cerita tadi, aku punya la excited nak balik sampai rasa nak tidur dekat airport..hahaha..nampak tak kepoyoannya disitu??..mengalahkan orang yang duduk overseas bertahun2 je..Tapi serius dari hari Ahad aku dok countdown hari nak balik..bila dah sampai hari rabu, sampaikan masa kelas hari rabu...

Miss You!!

Goshhh lama gila tak update blog..huh alasan standart ''busy''..dah tak ada masa nak update blog...sibuk dengan assigment, buat slideshow untuk presentation lah...jadi harini, ada masa lapang nak update blog...ini pun sebab tiba-tiba teringatkan dua insan yang i sayang gila-gila..Perasaan rindu bertambah menjadi-menjadi mungkin sebab nak balik ipoh rabu ni kot..hahah... Mama, Abah...ketahuilah andakandamu kini merinduimu...rindu sangat2...tak terucap kata-kata rindu ni..tak sabar sangat nak balik..bak kata atin ''rasa nak tidur kat Airport je sampai hari rabu ni''..masing-masing excited plus seronok plus tak sabar nak balik jumpa orang-orang yang disayangi..heeee....dulu masa belajar dekat Kuala Kangsar, setiap minggu balik, tapi bila belajar kat sarawak, bayangkan setahun mungkin 2-3 kali je balik...Goshhhh....zzzzzzz lamanyaaaa!!! Rindu mama, rindu abah, rindu kakak, rindu semua yang ada kat ipoh..Rindu nak cium bau ipoh, jusco, aeon, rindu nak sho...

The Steak House

Hello and Assalamualaikum..lama tak update blog..busy menjadi2 sejak akhir2 ni..haha..poyos aje..ngeee..so nak update pasal satu kedai dekat area rumah aku ni...almaklum laa aku kan suka makan, so semua restoran, warung or ape2 yang sewaktu dengannya konferm aku akan update..kedai makan ni dekat je dengan rumah aku, nama kedai ni The Steak House..paling best spagheti bolognese..perghhh sedap wooo..hehehe..lapaq pulak sebab dah update pasal makanan..memandangkan aku penggemar spagheti, so aku boleh katakan spgheti dia dalam kategori ok laa..not bad... Aku siap pergi makan dengan mama pakai seluar tidoq lagi...weiiii ade aku kesah??? janji aku datang nak makan kan??aku bukan kacau orang pon..hahaha...Nasi goreng kat kedai ni pun not bad tapi aku suka dengan mushroom soup and roti perancis dia...perghh cicah dengan sup yang panas2 memang terangkat...:-) Ice lemon tea...:-) Chicken chop with black pepper sauce..ni meal atin...aku tak rasa pulak chicken chop ni sedap ke tak..tap...

Selamat Menuntut Ilmu..

Dear my readers sorry lama gila tak update dekat blog..lepas habis exam bulan 6 haritu terus tak jenguk langsung blog..hehe..sian kat u yea blog..haha..ini entry pertama selepas berbulan tak update..perghh lama kan..mungkin tak dak masa kot..haishhh So entry kali ni ditujukan khas buat adik kesayangan I iaitu atin and ala..sorang dekat terengganu, sorang lagi dekat sarawak..so atin ala belajar rajin2, make sure setiap sem dapat result yang gempak2 belaka..dok kat tempat orang pandai2 bawak diri, pilih kawan yang elok2 bukan kawan yang melingkup...banyak pulak merepek neh..lenguh dah jari menaip..almaklum laa update blog guna phone..heee Ni gambar kenang-kenangan we all masa beli barang atin dengan ala dekat Aeon station 18...dah tak tau nak cakap apa sebab rasa macam susah aje update blog dekat phone. .

Kerat14

hari tu, 1st time i tengah movie dengan my young sis atin..dia ni peghak sikit tak pernah pergi cinema..haha..masa datang tgv kat jj ni tersangat lah excited..and 1st time dapat tengok wayang malam..haha..tuh pun semua atas permission mama..kalau abah,jangan harap lah..haha..movie yang i tengok it's kerat14.. I tersangat lah minat dekat si Aaron aziz dengan siti saleha..Ya ampun mereka sangat awesome untuk digandingan bersama..cerita kerat14 ni suspen laa...cerita pasal bunuh2..haaaaa..Aaron sangat hensemm..i likeeee!! Cerita  kerat14 mengisahkan haziq yang bercinta dengan zara. Percintaan pada mulanya indah, akhirnya memakan diri apabila haziq bergaduh dengan Aril..Lelaki yang cuba mengorat zara dekat kelab malam..dalam pergaduhan itu, haziq secara tak sengaja telah menikam Aril..Untuk menutup kesalahan dari diketahui orang, haziq telah kerat badan aril kepada 14 bahagian sebelum dibuang di tong sampah. So kepada yang tak tengok lagi kerat14,sila lah tengok..:-) Kerat14 menemu...

Penang part 4-All about food

Last entry pasal penang..post sebelum ni pun i've told you that penang memang syurga makanan..makanan dia ya Allah sedappp sangat..lagi2 dekat Restoran cahaya warisan,perghh memang superbb nasi daging dengan fresh dadih..kalau nak tau dadih dia memang femes dari zaman aku umur 7 tahun..dulu kalau balik kampung konferm akan singgah kedai ni dulu makan dadih, and yang paling syiokk dadih dia langsung tak berubah dari segi rasa dan saiz mangkuk dia...btw sorry sebab memang tak sempat gila nak snap gambar dadih dengan nasi daging...lapaq gila time ni..heheh... orait time ni we all 1 family makan dekat original chicken chop house dekat Teluk air tawar..betul2 dekat dengan rumah pakteh dengan makteh..dah lama sebenarnya nak try makan kat kedai ni, tapi asyik tak sempat aje,u know la abah macam mana..abah tak berapa suka sangat nak makan makanan ala2 western nih..masa kitorang datang kedai ni teramat laa penuh sampai nak carik meja kosong pun susah, tapi nasib baik la ada meja kosong...

Penang Part 3-Batu Feringghi

Lepas makan dekat Zairie Laksa House,we all semua terus pergi masjid..Masjid Jamek Ar-Rahman,Batu Feringhi..jalan2 jugak tapi solat jangan lupa,right??..selepas solat,we all terus pergi batu feringghi untuk lepak2 and ambil gambar...kami cadang nak tidur dekat Batu Feringghi tapi hotel dia mak aiii mahal nak mampos..RM900++ per night??gila tak..hohoho..memang tak laa kan...dah tu just ada 1 katil sahaja??tak berbaloi langsung kan..hahah.. so keputusan telah dibuat..bye2 batu Feringghi..main celup2 kaki aje laa..hahha...tapi masa dekat batu feringghi,mama laa orang yang paling excited habis..nak bergambar punya pasal,segala batu semua dia redah and panjat..aku and kakak dah risau yang amat..yelaa mama dah laa pakai baju kurung..kalau jatuh nanti macam mana kan??...kerisauan berada di tahap yang tertinggi lah..hehehe..harus lahh risau..ngeee... comel gila mama pakai telekung warna hitam..mula solat tuh tak perasan mama pakai telekung hitam yang ada dekat masjid tuh..elok aje aku h...

Penang Part 2- Zairie Laksa House

Haluuuu next entry pasal penang..haha..serius penang memang syurga makanan..makanan dia sangat2 super duper sedapp yang amat...kalau terus dok sini,alamatnya gemuk laa aku..macam2 aku tibai dekat penang ni...semua makanan sedap2 belaka...so macam biasa laa kalau negeri utara ni femes dengan laksa...tapi laksa penang ni berbeza sekali dengan laksa kedah...selalu aku makan laksa kedah aje tapi ni lah kali pertama makan laksa penang..laksa penang ni lain sikit sebab garnishing dia ada nenas dengan bunga kantan..kalau laksa kedah tak ada nenas dengan bunga kantan..just ada timun,bawang aje..and rasa laksa penang ni kuat gila dengan otak udang..so rasa dia manis sangat..dah la ada nenas tambah dengan otak udang plus plus manis rasanya... kitorang makan laksa penang dekat Zairie Laksa House dekat Batu Feringghi..nampak macam best aje laksa house die sampai sepanjang jalan penuh dengan signboard kedai ni..haha.. Kau tengok laksa tuh..penuh bungan kantan..hahah...atin pun boleh taha...

Penang Part 1-Botanical Garden

6.12.2012 adalah family trip ke penang without abang,kak nurul,abah,apit and ala...semua perempuan..yeahhh..best giler!!..mama laa paling sporting nak mampos..dah macam bercuti dengan kawan2 aja..nak apa semua boleh, seronok sangat2..haha..nasib baik plan nak pergi penang jadik sebab sebelum tu mama plan nak pergi MAHA and jumpa abang dengan kak nurul tapi mama pulak demam,lepas tu my turn pulak demam..so just say hye hye bye bye to maha la..haha.. pergi penang ni pun sebenarnya tak dirancang sangat pun,tu main redah aja..haha...aku pun tak sempat nak google apa yang best dekat penang ni..so tempat 1st yang kitorang pergi Botanical Garden . Mama cakap ni tempat nostalgia mama dengan maklang kalau tak silap..masa kecik2 selalu pergi sini..Dulu ada macam2 kat sini..ada beruang,orang utan macam2 lah tapi sekarang ada beruk aje...tak excited langsung nak tengok beruk..hahaha..beruk kat sini jahat gila..suka curik makanan orang,kalau nak datang sini jangan bawak beg plastik..kalau bawak j...