Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ownership story

Pertemuan Pertama

Malam ni aku tergerak hati nak update blog pasal abah, entah kenapa malam ni tiba2 rasa syahdu semacam, rasa rindu yang membuak-buak dekat arwah abah. Seolah-olah aku ternampak abah dekat dalam rumah ni. Tambah2 lagi area rumah aku memang tengah hujan lebat gila, seolah-olah tengah faham yang aku betul2 rindukan abah. Rindu yang paling sakit adalah rindu orang yang dah tak ada. Lagi teruk aku rasa perasaan rindu ni daripada masa putus cinta dengan ex-boyfriend aku dulu. Masa putus dulu, aku fikir lantak kau lah nak ada perempuan lain ke apa, nak kahwin ke apa, kau punya pasal. Tapi rindu dekat arwah abah ni perasaan dia lain sangat, tak tau aku nak gambarkan macam mana, end up kalau aku rasa sakit sangat rasa rindu tu, aku akan menangis. Sebab aku rasa dengan menangis tu dapat melegakan rasa sakit dekat hati aku. Masa mula2 aku sampai ipoh 13/1/2017 lepas, aku dengan bersemangat waja nak pergi pusara abah bila sampainya aku kat ipoh, tapi siapa kita nak menghalang perancangan Tuhan. ...

Masa Untuk Pulang- Part 2

Ok sambung part 2 pulak, bangun je tidur sabtu tu, harapan aku adalah aku akan nampak abah tengah duduk makan kurma kat ruang tamu rumah. Tempat favourite abah dekat sofa shape L tu. Tu kira memang port lepak abah lah. Sambil update bisnes dia, abah akan mengunyah kurma lah, muruku lah, kacang, gajus segala mak nenek tu lah. Lepas tu dia akan letak semua makanan tu atas sofa.. Hahah mak lah yang akan kutip semua makanan tu then letak kat dapur. Homaiiii rindu nya moment2 tu. Tapi aku hampa bila bangun tidur memang tak jumpa dan tak nampak pun kelibat abah kat ruang tamu tu. Sunyi sepi je rumah, kosong!!...sekosong rasa hati aku. Then mak panggil breakfast sama2 dengan dia. Actually tak breakfast sangat pun sebab dah pukul 12 masa tu. Tapi entah kenapa aku tak lapar. Memang selera makan hilang entah mana2 dia pergi. So aku skip breakfast. Memang aku banyak diam je kat rumah. Hilang terus keceriaan aku yang suka jerit2 bila dekat rumah. Adik2 aku pun tak berani sangat nak tegur. Ala je l...

Masa Untuk Pulang - Part 1

Hari jumaat 13/1/2017, jumaat kedua dalam tahun 2017, selepas seminggu abah pergi tinggalkan aku. Jumaat pagi lagi aku dah rasa serba tak kena. Tak tau kenapa, yang pasti aku rasa takut sangat nak balik ipoh. Takut nak jejakkan kaki kat rumah. Kau bayangkan flight aku jam 6.40 petang, pukul 3 petang baru aku kemas luggage aku. Aku pakai masuk je apa yang aku rasa nak masukkan dalam beg tu. Dah macam lembap dah otak aku nak fikir apa, blur jangan cakap lah. Ahbear banyak kali cakap apasal kau blur sangat ni ainaa..huhu ntah lah, aku pun tak ada jawapan untuk soalan kau tu bear. Sampai airport kuching jam 5.30 petang aku terus check in luggage semua then aku whatssap mak aku cakap ''mak ena takut lah nak balik, tak tau kenapa''..Lepas tu mak aku macam faham lah perasaan aku then dia bagi semangat. Aku tau walaupun dia bagi semangat, tapi jauh dekat sudut hati dia, dia pun sebenarnya tak kuat lagi, still lemah semangat tu. Sementara tunggu flight, aku perhatikan kawasan ...

Abah dan Hari Jumaat

6/1/2017 hari yang tak pernah aku jangka, hari yang tak pernah untuk aku bersedia menerima erti sebuah kehilangan. Ya, kehilangan orang yang tersayang, kehilangan tonggak keluarga, ketua keluarga, Dia lah Abah. Jumaat pertama tahun 2017, kesedihan yang pertama dalam tahun 2017 buat aku dan seluruh ahli keluarga. Aku baru pasang azam tak nak sedih-sedih if ada ujian yang menimpa, tapi siapalah aku untuk melawan takdir dan kuasa Allah. Segalanya bermula jam 7.00 pagi bila tiba-tiba kakak aku call, aku dengan tengah sedap tidur jawab lah call macam biasa, tapi kenapa suara kakak aku lain?, kenapa suara dia  macam tengah nangis?, kenapa kakak nangis?...Hish pelik sangat rasa time tu... Aku pun tanya lah kenapa call, ya lah faham lah kan bila tidur kena ganggu of course tanya kenapa kan... soalan pertama kakak aku, baca tak whatssap mak kat group?..Aku pun terus tengok hp, then cakap dekat kakak, ''mana ada whatssap mak kat group''. Aku pun tanya lah awat ni dok gheyau?......

Milo Breakfast Days 2015

Assalamualaikum semua....dah bosan buat assignment yang belambak macam bukit, jadi rest kejap dan bukak blog untuk update entri terbaru... Ini adalah hobi aku sebenarnya, menulis walaupun bukan lah pro sangat, dan kadang-kadang bahasa yang aku gunakan memang kelaut... ''laut china selatan''!! Ok so hari ini nak update pasal Milo Breakfast days 2015 yang aku dengan adik beradik aku join... Program Milo Breakfast Days anjuran Milo lah kan, dah nama pun Milo...haha...Actually program ini berlangsung dekat 3 buah negeri iaitu Ipoh (tanah tempat tinggal aku, bukan tanah tumpah darah), lepas tu di Kuching (tempat aku belajar) dan last sekali di Putrajaya. Jadi program yang berlangsung di Kuching ini adalah 26 April 2015. Aku dengan adik beradik aku ambil larian keluarga iaitu sejauh 3 km sahaja. Kalau 'single running' adalah 7km...semput jugak tu kalau nak lari 7 km... Bayaran yang dikenakan adalah serendah RM50 untuk satu keluarga..murah kan??..Milo akan bagi T-shi...

Our Precious Moment With Classmates

Rabu lepas seperti yang dijanjikan aku dengan beberapa orang lagi classmates batch KSL2010 Kuisas dengan rasminya berjumpa selepas setahun rasanya tak jumpa..Walaupun tak semua ada tapi suasana memang superbb gila..meriah lagi2 ada lia yang potpet potpet bercerita itu ini..Walaupun pada mula perbincangan minggu lepas macam ramai yang akan join tapi akhirnya beberapa aja yang datang...but its ok, tak kisah sebenarnya mungkin yang lain tak dapat join sebab ada hal or ada benda lain yang perlu di settlekan..Husnuzon..hehe..:-) Aku gerak dari rumah pun pukul 1.00 petang..itu pun sebab berebut kereta dengan abah..kalau ikutkan tak sanggup nak bawak kereta besaqq gedabaq tuh tapi disebabkan abah awal2 pagi dah bawak lari kereta mama pergi penang, maka dengan rasminya terpaksa bawa 'Lori Kontena' pergi Kuala Kangsar...rasa-rasa boleh hangkut satu kelas..ekeke...Aku pergi Kuala kangsar dengan my neneks yang sengal...rindu gila kat beliau...dah setahun tak jumpa neneks, sebelum nenek ...

Rindu Wani

Last post entry bulan januari hari tu..dah hampir 2 bulan blog i terbengkalai...sejak masuk belajar ni ,makin tak ada masa pula...tak tahu kenapa..Mungkin sebab busy??tapi tak jugak..alasan paling selamat sebab malas kot..haha..So sebelum itu, hello march, walaupun dah nak hujung bulan tetap nak wish jugak. before that, happy birthday sweet 56th years old mama.. rindu mama sangat2..semoga panjang umur dan Allah pelihara mama dari sebarang melapetaka dan kejahatan manusia.. Tak sabar nak balik jumpa mama..yeahhh counting day..hello ipoh dan semenanjung...:-) Post entry ni saja-saja nak buat sebab tadi i menulis guna pen yang wani bagi..so secara tiba2 tertoucing la pulak,...ambik handphone then belek2 gambar kitorang pergi tengok wayang, shopping...ohhhh you know how much i miss u??..nak gosip2..Actually pen yang wani bagi itu dia bagi bulan 12 haritu before balik sarawak..i balik ipoh pun sebab konvokesyen..so wani datang rumah bagi ini hadiah, dan ini hadiah diterbangkan dari ipoh k...

Istiadat Konvokesyen Kali ke-6

Yeszaaa haluu dan Assalamualaikum..sempat nak update blog di petang hari dikala cuti study week.. Serius malas sangat nak study.. tak tau kenapa, dah tak ada mood nak study, yang ada mood nak balik Ipoh..Yeszaa 2 minggu lagi nak balik.. tak sabar nak tunggu 12.1.2014.. Last week aku balik Ipoh, semata-mata nak konvo.. so sambung entry  Mood nak balik semenanjung ...Sampai aje LCCT pukul 12.30pm..Sepatutnya sampai 10.45 tapi disebabkan flight Delay, makanya lewat lah sampai LCCT. Abang ambik dekat LCCT then terus bawak aku dengan atin dekat pejabat abah dekat Putrajaya. Abah dah lama tungguh dari pukul 9.. Haishhh kesian kat ayahandaku..sorry abah, bukan salah kami..hehehe... So, sampai aje dekat abah, terus balik Ipoh..Dalam hati terfikir pukul 1 pagi baru nak gerak balik Ipoh. Pukul berapa nak sampai???...kalau abah mengantuk, mesti berhenti kat mana2...hishhh kesian gila dekat abah...Abah berhenti dekat RNR Rawang, abah minum kopi dengan pau...aku pulak makan mee rebus..wuuuu...

Mood nak balik semenanjung

Gilos..tiba-tiba nak update pasal last week balik semenanjung..bagi sesetengah orang, benda ini adalah biasa tapi bagi aku ini adalah benda yang paling excited dalam hidup... Bayangkan dah 3 bulan tak balik, tiba-tiba dapat balik, memang rasa nak bagi tau satu dunia....teruja tahap gaban kot..hahah... Rabu lepas 18/12, aku dengan atin balik semenanjung sebab 19/12 tu aku konvo..yeahhh congrats kepada semua classmates yang konvo hari khamis lepas..Moga-moga kejayaan menjadi milik kalian.. tapi konvo kali ini tak best sangat sebab ada 10 orang aje yang konvo..tak best sebab tak dapat konvo sekali..tak pe nanti time korang konvo,InshaAllah we all akan meraikan korang semua..hahaha ok berbalik dari cerita tadi, aku punya la excited nak balik sampai rasa nak tidur dekat airport..hahaha..nampak tak kepoyoannya disitu??..mengalahkan orang yang duduk overseas bertahun2 je..Tapi serius dari hari Ahad aku dok countdown hari nak balik..bila dah sampai hari rabu, sampaikan masa kelas hari rabu...

Miss You!!

Goshhh lama gila tak update blog..huh alasan standart ''busy''..dah tak ada masa nak update blog...sibuk dengan assigment, buat slideshow untuk presentation lah...jadi harini, ada masa lapang nak update blog...ini pun sebab tiba-tiba teringatkan dua insan yang i sayang gila-gila..Perasaan rindu bertambah menjadi-menjadi mungkin sebab nak balik ipoh rabu ni kot..hahah... Mama, Abah...ketahuilah andakandamu kini merinduimu...rindu sangat2...tak terucap kata-kata rindu ni..tak sabar sangat nak balik..bak kata atin ''rasa nak tidur kat Airport je sampai hari rabu ni''..masing-masing excited plus seronok plus tak sabar nak balik jumpa orang-orang yang disayangi..heeee....dulu masa belajar dekat Kuala Kangsar, setiap minggu balik, tapi bila belajar kat sarawak, bayangkan setahun mungkin 2-3 kali je balik...Goshhhh....zzzzzzz lamanyaaaa!!! Rindu mama, rindu abah, rindu kakak, rindu semua yang ada kat ipoh..Rindu nak cium bau ipoh, jusco, aeon, rindu nak sho...