Haluuu dan Assalamualaikum..Malam ini rasanya mood sangat-sangat 'fresh' untuk update blog...Sekarang ini suka pula baca info-info atau pun artikel mengenai kesihatan,mungkin dapat kesedaran kot mengenai penjagaan kesihatan,InsyaAllah harap sentiasa sihat..:-) Pada Entry kali ini,saya nak kongsi serba sedikit mengenai hati kita.adakah kita mengenali hati kita dengan sebaiknya,fungsinya dan sebagainya..jom kita baca 10 fakta yang menarik mengenai hati kita..:-) 1. Hati adalah organ terbesar kedua di dalam tubuh (setelah kulit) dan beratnya sekitar 3 paun atau 1.25 kg. 2. Ukuran Hati cukup besar,kira-kira sebesar bola ragbi. 3. Hati terletak di bawah rusuk, dibahagian kanan atas perut. Kita tidak akan dapat hidup tanpa hati. 4. Hati merupakan salah satu organ tubuh terpenting, iaitu memiliki lebih daripada 500 fungsi. 5. Hati memiliki kemasukan darah yang unik dari dua sumber. Kemasukan darah dari arteri hepatika dan dari vena porta yang berasal dari usus. Semua darah yang berasa...