Skip to main content

Kesengalan sebelum final exam

Taraaaaaa....aku berani jamin semua orang kalau tiba musim2 peperiksaan,sure akan stress,gila meroyan dan sebagainya..hahaha..tak terkecuali we alls...Ya Allah bayangkan 1st paper adalah kaunseling kelompok..hadoihhhh..nak tembak ape???....so en fahrizal asmy anda boleh berbangga dengan Amira Asniza..Why???...dia adalah cikgu tusyen kitorang waktu tutorial..hahaha....boleh replaced tempat en Asmy..kah kah

Cara kitorang study adalah melalui tutorial..konsep tutorial ni adalah seseorang akan dipilih untuk mengajar subjek atau sesuatu tajuk tertentu..so anak2 murid dia bebas bertanya apa sahaja..senang cakap si tukang pengajar ni expert laa dalam sesuatu bab..after dia dah selesai mengajar,akan ada soal jawab..haaaa tu lah konsep study kitorang..bukan apa,boleh aja kalau nak membaca tapi borink dan sangat bosan...tapi biasa laa kadang2 kesengalan dan kestressannn tu tetap muncul..haha..

Alhamdulillah,tutorial kitorang segalanya berjalan dengan lancar sehinggalah suatu hari..jeng jenggggg..:-)


Semuanya dalam keadaan ok dan terkawal masa ni..haha..masa ni belum lagi sengal..kah kah
                                               
                                                                        Dan tiba-tiba.......


Segalanya bertukar menjadi tidak terkawal...gilaaaaaa stressss nak mampos..dan inilah hasilnya..itu pasal dalam kelas pun belajar pakai payung..sediakan payung sebelum hujan,It's is right??....jadi ikutilah teladan yang baik ini,sediakan payung sebelum hujan...ngeee


Dan keadaan bertambah tidak terkawal..bese laa dah petang2 study inilah jadinya..dari duduk atas kerusi,hilang semua kerusi...duduk atas lantai terus,kesian macam orang susah pun ada...watip and mira bertafakur jap,mintak hujan berenti..hahaha..

Tak kira la sengal ke stres,or apa2 sekalipun..study kena jugak,dan bagi aku sendiri sem 5 ni memang agak mencabar sikit dengan takhrij hadith..Ya ampun itu pun satu hal..subjek ini memang gila susah,dah macam student usuluddin aja..naik juling mata tengok hadith2 semua dalam bahasa arab klasik..hadoii..hope sem ni result struggle and dapat dekan lagi..hopefully laa...all the best to my bestfriend Awatif and Mira..study sama2 dan harap result kita tak jauh beza,InshaAllah..:-)...Jangan lupa sem depan dengan azam yang baru and TESIS.....jangan lupaa,karang tak pasal2 kena tambah sem sebab tesis uncompleted!!!

Comments

Popular posts from this blog

Kerat14

hari tu, 1st time i tengah movie dengan my young sis atin..dia ni peghak sikit tak pernah pergi cinema..haha..masa datang tgv kat jj ni tersangat lah excited..and 1st time dapat tengok wayang malam..haha..tuh pun semua atas permission mama..kalau abah,jangan harap lah..haha..movie yang i tengok it's kerat14.. I tersangat lah minat dekat si Aaron aziz dengan siti saleha..Ya ampun mereka sangat awesome untuk digandingan bersama..cerita kerat14 ni suspen laa...cerita pasal bunuh2..haaaaa..Aaron sangat hensemm..i likeeee!! Cerita  kerat14 mengisahkan haziq yang bercinta dengan zara. Percintaan pada mulanya indah, akhirnya memakan diri apabila haziq bergaduh dengan Aril..Lelaki yang cuba mengorat zara dekat kelab malam..dalam pergaduhan itu, haziq secara tak sengaja telah menikam Aril..Untuk menutup kesalahan dari diketahui orang, haziq telah kerat badan aril kepada 14 bahagian sebelum dibuang di tong sampah. So kepada yang tak tengok lagi kerat14,sila lah tengok..:-) Kerat14 menemu...

Pertemuan Pertama

Malam ni aku tergerak hati nak update blog pasal abah, entah kenapa malam ni tiba2 rasa syahdu semacam, rasa rindu yang membuak-buak dekat arwah abah. Seolah-olah aku ternampak abah dekat dalam rumah ni. Tambah2 lagi area rumah aku memang tengah hujan lebat gila, seolah-olah tengah faham yang aku betul2 rindukan abah. Rindu yang paling sakit adalah rindu orang yang dah tak ada. Lagi teruk aku rasa perasaan rindu ni daripada masa putus cinta dengan ex-boyfriend aku dulu. Masa putus dulu, aku fikir lantak kau lah nak ada perempuan lain ke apa, nak kahwin ke apa, kau punya pasal. Tapi rindu dekat arwah abah ni perasaan dia lain sangat, tak tau aku nak gambarkan macam mana, end up kalau aku rasa sakit sangat rasa rindu tu, aku akan menangis. Sebab aku rasa dengan menangis tu dapat melegakan rasa sakit dekat hati aku. Masa mula2 aku sampai ipoh 13/1/2017 lepas, aku dengan bersemangat waja nak pergi pusara abah bila sampainya aku kat ipoh, tapi siapa kita nak menghalang perancangan Tuhan. ...

Masa Untuk Pulang - Part 1

Hari jumaat 13/1/2017, jumaat kedua dalam tahun 2017, selepas seminggu abah pergi tinggalkan aku. Jumaat pagi lagi aku dah rasa serba tak kena. Tak tau kenapa, yang pasti aku rasa takut sangat nak balik ipoh. Takut nak jejakkan kaki kat rumah. Kau bayangkan flight aku jam 6.40 petang, pukul 3 petang baru aku kemas luggage aku. Aku pakai masuk je apa yang aku rasa nak masukkan dalam beg tu. Dah macam lembap dah otak aku nak fikir apa, blur jangan cakap lah. Ahbear banyak kali cakap apasal kau blur sangat ni ainaa..huhu ntah lah, aku pun tak ada jawapan untuk soalan kau tu bear. Sampai airport kuching jam 5.30 petang aku terus check in luggage semua then aku whatssap mak aku cakap ''mak ena takut lah nak balik, tak tau kenapa''..Lepas tu mak aku macam faham lah perasaan aku then dia bagi semangat. Aku tau walaupun dia bagi semangat, tapi jauh dekat sudut hati dia, dia pun sebenarnya tak kuat lagi, still lemah semangat tu. Sementara tunggu flight, aku perhatikan kawasan ...