Skip to main content

Mood nak balik semenanjung

Gilos..tiba-tiba nak update pasal last week balik semenanjung..bagi sesetengah orang, benda ini adalah biasa tapi bagi aku ini adalah benda yang paling excited dalam hidup... Bayangkan dah 3 bulan tak balik, tiba-tiba dapat balik, memang rasa nak bagi tau satu dunia....teruja tahap gaban kot..hahah...

Rabu lepas 18/12, aku dengan atin balik semenanjung sebab 19/12 tu aku konvo..yeahhh congrats kepada semua classmates yang konvo hari khamis lepas..Moga-moga kejayaan menjadi milik kalian.. tapi konvo kali ini tak best sangat sebab ada 10 orang aje yang konvo..tak best sebab tak dapat konvo sekali..tak pe nanti time korang konvo,InshaAllah we all akan meraikan korang semua..hahaha

ok berbalik dari cerita tadi, aku punya la excited nak balik sampai rasa nak tidur dekat airport..hahaha..nampak tak kepoyoannya disitu??..mengalahkan orang yang duduk overseas bertahun2 je..Tapi serius dari hari Ahad aku dok countdown hari nak balik..bila dah sampai hari rabu, sampaikan masa kelas hari rabu tu memang dah tak boleh nak fokus dalam kelas..dok terbayang dalam kepala nak buat apa balik ipoh, nak makan ape, nak jumpa siapa...hoyeaahhh dok buat percaturan la kononnya..hahah...sekali lagi memang poyos kan!!

Flight asalnya pukul 4.15..lepas tu delay pukul 8.45 malam pulak..haishhh suka-suka hati je nak delay...aku dah semangat nak balik boleh pulak delay..hahaha..pukul 6 petang dah gerak pergi Airport kuching, lagi excited bila mama, abah dengan abang dok mesej aku..weeee tak sabar gila...rasa nak terbang je..haha..

Tunggu punya tunggu, pukul 8.15 diorang buat announcement cakap flight akan delay pukul 9.10pm...Goshhhhh!!!..Ape kebenda nih..hadoiii...sabar aja..mama dah mesej cakap pukul berapa nak sampai kalau asyik delay...hadoiii..perghh lepas ni memang tak naik dah airasia.. itu lah kali pertama dan terakhir...dah pukul 9.10 baru terkedek2 nak masuk flight, bukan 9.10 berlepas.. pukul 9.30 baru la berlepas..Dushhhh!!!


Borink punya pasal, duduk dengan atin memang kerja posing je la..haha...btw blouse and skirt from Thepoplook...Aku memang regular customer Thepoplook..baju, dress, kurung memang superbb lah..lawa sangat..Banyak artis yang pakai baju thepoplook macam Lisa Surihani, Fazura, Sazzy Falak..ramai lah..


Dengan wajah kesayangan hamba..Walaupon kitorang ni selalu gaduh tapi aku sayang kat atin..haha..mama selalu cakap kalau aku duduk dekat dengan atin memang asyik gaduh..Tak ada chemistry langsung!!


Muka happy nak balik...siap sikit punya awal..:-)

 Bosan beratur, ambik gambar benda ni..Alhamdulillah selamat sampai KL dengan selamat....Masa nak mendarat memang teruja tengok Kl..sebab dah lama tak tgk kl...dok sarawak serius bosan..haha..Rasa nikmat gila bila dah sampai semenanjung..Ipoh here i coming...tak sabar nak balik..so continue next entry pasal konvo..hoyeahhh!!

Comments

Popular posts from this blog

Kerat14

hari tu, 1st time i tengah movie dengan my young sis atin..dia ni peghak sikit tak pernah pergi cinema..haha..masa datang tgv kat jj ni tersangat lah excited..and 1st time dapat tengok wayang malam..haha..tuh pun semua atas permission mama..kalau abah,jangan harap lah..haha..movie yang i tengok it's kerat14.. I tersangat lah minat dekat si Aaron aziz dengan siti saleha..Ya ampun mereka sangat awesome untuk digandingan bersama..cerita kerat14 ni suspen laa...cerita pasal bunuh2..haaaaa..Aaron sangat hensemm..i likeeee!! Cerita  kerat14 mengisahkan haziq yang bercinta dengan zara. Percintaan pada mulanya indah, akhirnya memakan diri apabila haziq bergaduh dengan Aril..Lelaki yang cuba mengorat zara dekat kelab malam..dalam pergaduhan itu, haziq secara tak sengaja telah menikam Aril..Untuk menutup kesalahan dari diketahui orang, haziq telah kerat badan aril kepada 14 bahagian sebelum dibuang di tong sampah. So kepada yang tak tengok lagi kerat14,sila lah tengok..:-) Kerat14 menemu...

6 Trik elak keinginan mengunyah..

Halluuuuu dan Assalamualaikum...horay2 lamanya tak mengupdate blog..wink2....busy kot...hahah..so back the topic,entry kali ini tiba-tiba terbaca sebuah artikel dari majalah rapi..tajuk dia 'Trik elak keinginan mengunyah'...almaklum lah aku ni memang suka mengunyah..tu pasal badan jadik macam ini...hehe...so jom kita check macam mana untuk kita elakkan diri daripada asyik nak mengunyah aje..:-) 1.NIKMATI YANG DIINGINI Mengelak dari menikmati makanan yang kita inginkan akan membuatkan kita makan makanan lain dengan lebih banyak. Jadi nikmati sahaja tapi cuba kawal jumlahnya. Jika inginkan kek,beli sepotong dan kongsilah bersama dengan orang lain...hehe...orang kata sharing is caring kann!!...:-) 2. MUSNAHKAN PUNCANYA Adakah anda seorang yang gemar melepaskan tekanan dengan makan..??kajian oleh Brian Wansink yang juga pengarang buku 'Mindless Eating',apabila anda pulang ke rumah selepas kerja dan terus menghala ke bilik tanpa singgah di dapur akan berupaya mengurangkan ...

Wedding Abang ( Kak Nurul Side )

Haluuu and Assalamualaikum semua...Hope semua sihat2 belaka dan ceria2 sokmo..haha...orait lepas update pasal akad nikah,continue update kenduri untuk sebelah perempuan...1st masa mama bagi tau kena sampai rumah pengantin dalam pukul 11...aku terpinga2 sekejap..ehhh kenapa awal sangat??..bukan ke selalu kenduri pengantin akan tiba dalam pukul 1 or 1.30??..rupanya bila ditanya,family kak nurul nak buat bersanding untuk kedua2 belah pihak keluarga sahaja..maksud yang lebih jelas lagi,tak ada orang luar yang akan tengok sesi bersanding tu..hanya untuk keluarga terdekat sahaja..Good Idea!!..sebab dalam islam sendiri kan, tidak membenarkan memperlihatkan kecantikan seorang isteri kepada orang luar selain daripada suaminya sendiri??..betul tuh..sokong sangat2..lepas mama explain baru aku faham, kenapa laa kitorang kena siap awaiii gilerrr...mane taknyaa pukul 9 dah kena bangun..haishhh time tengah lending atas katil tuh..haha Pukul 11.15 kot kalau tak silap kami semua sampai ke rumah penga...