Skip to main content

Kek untuk Final Exam

Huyooooo nak exam pun ade kek???hahah..tuh ayat jeles abang sulung aku masa hantaq gambaq dekat whatssap dia..ini bikin jeles..hahah...well abang, mama yang suruh order..haha...actually balik haritu aku sebenarnya teringin nak makan cheese tart je...memang superb la cheese tart EA CAKE House....aku ni sejak azali lagi jadi regular customer kak eefa..memang kek dia super duper marvelous..sedap yang amat..tak boleh diungkap dengan kata2...hahaha...so cakap dekat mama nak makan cheese tart..mama cakap order lah..lagi satu order sekali kek carrot cake...tulis atas kek 'selamat menduduki exam'..haha...dengan rasa rendah diri, aku pun ikut la cakap mama..thank you mama...i love so much...

Hopefully final ini, aku dapat buat yang terbaik..sebenarnya aku tak dak mood sangat nak study..yang ada adalah mood nak balik ipoh 12 jan 2014 nih..tapi bila ingatkan muka mama dengan abah, terus paksa diri untuk struggle..walaupun aku tak tau result nanti macam mana..yela duduk sini memang kena struggle habis..serius pengalaman masa diploma tu tak sama masa degree...kat sini lebih tough..memang sangat2 tough..Ya Allah permudahkanlah hambaMU ini..Ameen..


Carrot cake yang super duper marvelous...aku bawak balik kek ni kat sarawak, bagi kawan2 rasa...diorang makan sampai licin..sempat cakap sedap gila kek ni..tak muak langsung..yes, kek dari EA CAKE House memang tak muak langsung..korang boleh makan sampai muntah..haha


Blueberry cheese tart..yang ni memang gila2 fav aku..kalau kat kolej dulu Watip, Mira dengan Tiqah memang gila makan benda alah ni..siap suruh aku order lagi..Goshhh teringat memori lalu..rindu mereka semua..:-)


Yang ni Strawberry cheese tart..ni pun fav aku..tapi kalau blueberry dengan strawberry, aku prefer blueberry lagi...sedappp oooo..:-)


Yang ni kek tak ingat aku tempat kat k.effa untuk celebrated ape....tapi rasanya ni kek saja2 nak buat makan..tak ade celebrated ape pun..haha...simple but marvelousss..:-)


Yang ni kek wedding abang sulung aku..aku tak pernah order Blackforest pun tapi ni 1st time order blackforest cakes..memang gila sedap nak mampos...masa abang potong kek, ramai la orang kerumun kek ni..makcik2 aku pun cakap kek ni sedap dan tak muak...Abang aku siap balun sepotong terus..haha...sangat cantik..Harga???.sangat berpatutan..so orang ipoh kalau nak order kek boleh contact kak effa..tak pun korang boleh pm dekat link FB dia yang aku bagi kat atas tadi..sapa nak tengok kek boleh tengok kat FB...Dalam blog aku pun banyak review pasal kek kak effa...antaranya besday apit, besday my dear..semua order dekat k.Effa..:-)

Comments

Popular posts from this blog

Kerat14

hari tu, 1st time i tengah movie dengan my young sis atin..dia ni peghak sikit tak pernah pergi cinema..haha..masa datang tgv kat jj ni tersangat lah excited..and 1st time dapat tengok wayang malam..haha..tuh pun semua atas permission mama..kalau abah,jangan harap lah..haha..movie yang i tengok it's kerat14.. I tersangat lah minat dekat si Aaron aziz dengan siti saleha..Ya ampun mereka sangat awesome untuk digandingan bersama..cerita kerat14 ni suspen laa...cerita pasal bunuh2..haaaaa..Aaron sangat hensemm..i likeeee!! Cerita  kerat14 mengisahkan haziq yang bercinta dengan zara. Percintaan pada mulanya indah, akhirnya memakan diri apabila haziq bergaduh dengan Aril..Lelaki yang cuba mengorat zara dekat kelab malam..dalam pergaduhan itu, haziq secara tak sengaja telah menikam Aril..Untuk menutup kesalahan dari diketahui orang, haziq telah kerat badan aril kepada 14 bahagian sebelum dibuang di tong sampah. So kepada yang tak tengok lagi kerat14,sila lah tengok..:-) Kerat14 menemu...

The Best Thing Cooking To My Family

Haluuuu dan Assalamualaikum...Alhamdulillah pada minggu ini,keluarga aku termasuk abang dan abah balik minggu ini sempena nak meraikan sedara sebelah mama yang kahwin ahad ini yang kebetulan jatuh tanggal pada hari lahir aku..besttt giler!!.. Tapi yang tak bestnya mama kena pergi sekolah hari ini walaupun hari sabtu sebab ada sukan..tak apa lah,tapi yang tak bestnya mama suruh pergi pasar beli ikan,hadoii dah lah aku ni jenis yang susah sikit nak kenal ikan,yang aku kenal ikan siakap,talapia,keli,kembung,patin,bawal dan ikan sardin tapi mama suruh beli ikan merah,mampuss aku tak kenal ikan itu..last2 mama suruh beli ikan siakap dan sotong sebab sotong tu favourite abang..:-) Nak dijadikan cerita lepas subuh pagi tadi terus lah tidur,banyak juga 'missed calls' dari mama,agaknya sebab nak kejut aku bangun pergi pasar...Dekat pukul 10 juga lah pergi pasar,nasib baik ramai lagi orang kat pasar,kalau tak ada orang malunyer maklum lah anak dara bangun lambat..hahaha Selepas beli sega...

Sahabat Kerana Allah

Haluuuu dan Assalamualaikum..Alhamdulillah baru aje lepas makan,tiba2 ada mood dan terlebih rajin untuk update blog lah kan..hahah....so entry kali ini berkisar mengenai persahabatan..sure 100% korang semua mesti ada sahabat,kawan and seangkatan dengannya lah kan..hehehe...so jom baca entry kali ni yang penuh dengan pengajaran and macam2 lah kan..:-) Banyak kata-kata yang dicipta bagi melambangkan kesetiaan seorang sahabat.Antaranya ''bersahabat dengan penjual minyak wangi,kita juga akan menjadi wangi,''sahabat yang baik membawa ke syurga,''dan sebagainya. Jelas menunjukkan bahawa persahabatan adalah penting dalam sesuatu perhubungan yang diterapkan dengan kejujuran,kasih sayang,hormat menghormati dan juga bersahabat kerana Allah...so jom check adakah kita bersahabat kerana Allah..?? 1. Memberitahu teman kita bahawa anda kasih dan sayang kepadanya. Nabi Muhammad SAW bersabda : ''Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temann...