Skip to main content

Our Precious Moment With Classmates

Rabu lepas seperti yang dijanjikan aku dengan beberapa orang lagi classmates batch KSL2010 Kuisas dengan rasminya berjumpa selepas setahun rasanya tak jumpa..Walaupun tak semua ada tapi suasana memang superbb gila..meriah lagi2 ada lia yang potpet potpet bercerita itu ini..Walaupun pada mula perbincangan minggu lepas macam ramai yang akan join tapi akhirnya beberapa aja yang datang...but its ok, tak kisah sebenarnya mungkin yang lain tak dapat join sebab ada hal or ada benda lain yang perlu di settlekan..Husnuzon..hehe..:-)

Aku gerak dari rumah pun pukul 1.00 petang..itu pun sebab berebut kereta dengan abah..kalau ikutkan tak sanggup nak bawak kereta besaqq gedabaq tuh tapi disebabkan abah awal2 pagi dah bawak lari kereta mama pergi penang, maka dengan rasminya terpaksa bawa 'Lori Kontena' pergi Kuala Kangsar...rasa-rasa boleh hangkut satu kelas..ekeke...Aku pergi Kuala kangsar dengan my neneks yang sengal...rindu gila kat beliau...dah setahun tak jumpa neneks, sebelum nenek merajuk better jumpa...hahaha..

Sampai Kuala Kangsar dalam pukul 1.45 petang terus pergi rumah sewa Lia dengan Aton....Homaiii lalalala nampak aje muka lia dengan aton terus rasa macam nak melompat dalam kereta...nampak tak perangai tak senonohnya...excited plus kerinduan nak gila bila jumpa diorang...Last jumpa lia dengan aton bulan 2 haritu masa apit kahwin..Rindu nak gosip dengan lia dengan aton...Lepas ambil aton dengan lia terus pergi The gate Cafe nak lunch..lapar gila time nih...

Lepas order, dalam 10 minit baru la nampak watip muncul..Hamboii makngah serba pink gitu...perempuan melayu terakhir...Finally macam2 cerita we all gossip...haha..mana boleh cerita dalam ini..Bahaya!!...Tapi sayang nya bila dapat tau aton tolak tawaran UMT....mungkin aton ada pilihan lain kot..Aton wish you success in your life, aku sentiasa doakan ko..InshaAllah....Maka dengan rasminya watip dengan erni aje lah yang akan menjadi penduduk tegar bumi terengganu.. Jaga diri korang elok2..Belajar rajin-rajin..one fine day, InshaAllah you all became a great counsellor..Ameen...:-)...


With lia, sambil tunggu makanan sampai sempat selfie dan gosip2..:-)


Dengan orang yang akan menjadi penduduk terengganu..Petang2 makan sotong celup tepung la watip..Balik Lenggong cuti sem jangan sampai kena Gout pulak sebab overdose makan seafood..hehe


Woot woot besaqnya mata aton macam mata maryam...;-)....perut kenyang ambil gambar banyak2..


Khusyuknya nenekss tengok menu..macam nak tembus menu...macam biasa fav menu dia spgheti bolognese ayam...


Wajah-wajah kesayangan hamba..lepas ni lagi susah nak jumpa sebab semua dah jauh...:-(


Finally ada juga kumbang di celah-celah bunga.pheww..tapi abg afiq datang lambat lah time kitorang semua dah habis makan..kalau tak boleh makan sama2 sambil gosip2 pasal diri masing-masing...


Habis aje makan terus pergi kolej nak jumpa en asmy...masa makan tadi terus whatssap en asmy taya dia ada ke tak dekat kolej..takut terjah, sekali tengok tak ada orang...nasib baik ada kat kolej...masa sampai depan pintu kolej, jumpa pak guard jap, buat riuh dengan pakguard dulu..haha...lawak..bak kata pakcik kami ni semua 'student yang dah pencen'..haha...pencen pun pencen lah pakcik...Gambar ni betul2 depan tandas..haha...:--)


Tadaaaaa, meet our lovely lecturer...satu2nya lecturer yang sporting dan kamcing gila...


En Asmy buat2 busy..:-)


Candid...:-)


En asmy jumpa kawan dia dekat sayong then kitorang pun ikut jugak..haha...En Asmy belanja ABC dengan Cendol...Thank you En Asmy..Pergi rumah En Asmy belanja makan pau pulak..yeayyy mekaseyy daun keladi..:-)


Finally we meet Maryam Khadijah...#Maryambelipat..Homaiiii debab nyer ini budak...geram tengok mata dan pipi yang serba serbi bulat...cukup zat la cik yam kita nih..sweetnya aje muka dia main dengan lia..haha..


Homaiiiiiii...pipi dia....geramnya tengok rasa macam nak cubit2 aje..besar nanti jadi anak yang solehah yea maryam jangan nakal macam bapak, sweet  macam ibu tau..hahaha...

Tak puas rasanya jumpa, rasa nak dok lama2 lagi tapi apakan daya time kitorang balik dari rumah en asmy pun dekat nak maghrib dah...Watip pulak dah berapa kali ayah dia call,ada hal..jadi nak tak kena la balik awal..hehe...hopefully ada lagi masa terluang macam ini lagi lepas ini..bulan 11 ni ubai nak kahwin...maigooooot tahniah ubai tapi tak dapat attend..semoga bahagia sehingga akhir hayat....cepatnya ubai kahwin..:-)..

Special thanks to ainunnnnnn sebab sudi layan kitorang yang sudi selfie ni...belambak2 gambar dia tolong ambilkan....thanks en asmy sebab belanja makan abc dengan cendol, pergi rumah makan lagi...thanks kak tikah buat air..air ape ntah nama nya lupa tapi sedapp..haha..

Mood: Menghitung hari untuk menyumpit.Goshhh!!!

Comments

Popular posts from this blog

Kerat14

hari tu, 1st time i tengah movie dengan my young sis atin..dia ni peghak sikit tak pernah pergi cinema..haha..masa datang tgv kat jj ni tersangat lah excited..and 1st time dapat tengok wayang malam..haha..tuh pun semua atas permission mama..kalau abah,jangan harap lah..haha..movie yang i tengok it's kerat14.. I tersangat lah minat dekat si Aaron aziz dengan siti saleha..Ya ampun mereka sangat awesome untuk digandingan bersama..cerita kerat14 ni suspen laa...cerita pasal bunuh2..haaaaa..Aaron sangat hensemm..i likeeee!! Cerita  kerat14 mengisahkan haziq yang bercinta dengan zara. Percintaan pada mulanya indah, akhirnya memakan diri apabila haziq bergaduh dengan Aril..Lelaki yang cuba mengorat zara dekat kelab malam..dalam pergaduhan itu, haziq secara tak sengaja telah menikam Aril..Untuk menutup kesalahan dari diketahui orang, haziq telah kerat badan aril kepada 14 bahagian sebelum dibuang di tong sampah. So kepada yang tak tengok lagi kerat14,sila lah tengok..:-) Kerat14 menemu...

Happy New Year,Welcoming 2012 and check out your Azam...

Phewww tak sangka sekarang dah masuk tahun 2012..cepat betul masa berlalu kan,tup tup dah habis tahun 2011 dan bermula episod baru untuk tahun 2012..eh lupaa pulak nak bagi salam...haluuuu dan Assalamualaikum semua..hehehe..walaupun hari ini 4.1.2012,kira belum terlambat lagi lah kan untuk update and wish happy new year...sorry sangat2 sebab lambat update blog,ni pun curi sikit masa sebab tadi baru sahaja settlekan my assigment..fuhhhhh lega gilerss assgment dah siap..boleh dah buat prepare untuk present esok..wahcaaaa..:-) So untuk tahun baru ni orang mesti kaitkan dengan azam baru kan..???hahaha..begitu jugak dengan aku...masa penghujung 2011 tu dah 'berjaya' list kan segala azam and segala mak nenek lagi lah..hahaha..sebenarnya pendapat aku sendiri lah kan,bagus sebenarnya pasang azam tahun baru,supaya dengan azam tu dapat memotivasikan kita and lebih kepada memberi semangat kan...heheh... Dan menjadi kemestian apabila nak masuk tahun baru aje akan ada bunga api..cantik kan...

6 Trik elak keinginan mengunyah..

Halluuuuu dan Assalamualaikum...horay2 lamanya tak mengupdate blog..wink2....busy kot...hahah..so back the topic,entry kali ini tiba-tiba terbaca sebuah artikel dari majalah rapi..tajuk dia 'Trik elak keinginan mengunyah'...almaklum lah aku ni memang suka mengunyah..tu pasal badan jadik macam ini...hehe...so jom kita check macam mana untuk kita elakkan diri daripada asyik nak mengunyah aje..:-) 1.NIKMATI YANG DIINGINI Mengelak dari menikmati makanan yang kita inginkan akan membuatkan kita makan makanan lain dengan lebih banyak. Jadi nikmati sahaja tapi cuba kawal jumlahnya. Jika inginkan kek,beli sepotong dan kongsilah bersama dengan orang lain...hehe...orang kata sharing is caring kann!!...:-) 2. MUSNAHKAN PUNCANYA Adakah anda seorang yang gemar melepaskan tekanan dengan makan..??kajian oleh Brian Wansink yang juga pengarang buku 'Mindless Eating',apabila anda pulang ke rumah selepas kerja dan terus menghala ke bilik tanpa singgah di dapur akan berupaya mengurangkan ...