Skip to main content

Milo Breakfast Days 2015

Assalamualaikum semua....dah bosan buat assignment yang belambak macam bukit, jadi rest kejap dan bukak blog untuk update entri terbaru... Ini adalah hobi aku sebenarnya, menulis walaupun bukan lah pro sangat, dan kadang-kadang bahasa yang aku gunakan memang kelaut... ''laut china selatan''!!

Ok so hari ini nak update pasal Milo Breakfast days 2015 yang aku dengan adik beradik aku join... Program Milo Breakfast Days anjuran Milo lah kan, dah nama pun Milo...haha...Actually program ini berlangsung dekat 3 buah negeri iaitu Ipoh (tanah tempat tinggal aku, bukan tanah tumpah darah), lepas tu di Kuching (tempat aku belajar) dan last sekali di Putrajaya. Jadi program yang berlangsung di Kuching ini adalah 26 April 2015. Aku dengan adik beradik aku ambil larian keluarga iaitu sejauh 3 km sahaja. Kalau 'single running' adalah 7km...semput jugak tu kalau nak lari 7 km... Bayaran yang dikenakan adalah serendah RM50 untuk satu keluarga..murah kan??..Milo akan bagi T-shirt, No larian, beg goodies barang-barang Milo dan Nestle, makan pagi, maddle, dan kau minum la milo sampai rasa nak muntah..boleh minum sebanyak mana yang kita suka..hahah itu yang best...


Ok inilah baju Milo dan No siri larian yang akan ditampal di baju masa larian nanti... barang yang selebihnya seperti goodies bag, maddle dan segala mak nenek yang lain akan diberi pada hari kejadian.

Jadi seawal 6 pagi aku dengan kakak dan atin bertolak pergi ke majlis Bandaraya Kuching Selatan..MBKS ni dekat dengan Grand Continental dan berdepan dengan Kuching park Hotel kalau tak silap aku... Cari punya cari parking, memang tak jumpa..Last2 parking tepi jalan je,... Dah parking kereta cuak sebab dengar pengumuman peserta larian akan dilepaskan tak lama lagi..haha memang lambat sampai pun masa tu..sepatutnya pukul 6 pagi dah kena ada kat sana, tapi kitorang pukul 6 pagi baru gerak dari rumah...haha...belasah je lah... Sampai2 tengok peserta yang 7km yang akan dilepaskan dahulu...Punya la banyak manusiaaaaa.....

Lepas peserta 7km dilepaskan, kitorang pun ambil tempat kat garisan yang disediakan sebab penganjur dah umumkan akan lepaskan peserta dari kategori keluarga..Kategori aku lah tu!!... tapi comel2 sesiapa yang join kategori keluarga sebab banyak budak-budak comel semangat nak lari.. dengan baju milo yang besar, dah macam pakai skirt...haha...Aku dengan kakak dan atinsempat selfie-selfie dulu sebelum lari...hobi kan???..pantang nampak kamera!!

Tiba lah masa untuk berlari..haha..tapi tak boleh nak lari sangat sebab punya ramai orang depan aku, takut terlanggar orang...jadi kalau nak lari jugak masa tu memang kena pandai menyelit... Selit punya selit maka dapat lah berlari...So akhirnya aku tiba di garisan penamat setelah 30 minit berlari sejauh 3 km..ok lah tu kan sebab niat datang nak makan sahaja.. dah habis lari aku pun tunggu la kakak dengan atin..mana la diorang ni tak sampai-sampai lagi..aku dah siap tawaf keliling tempat tu tengok makanan...

Lepas atin dengan kakak habiskan larian, kami pun pergi la cari tempat nak makan...mula-mula masuk khemah dapat air mineral, pisang, goodies bag dengan maddle...lepas tu ingat nak makan, tengok ada orang buat zumba, join sekaki dulu sebelum makan...maka mengedik la kitorang menari masa tu..ntah betul atau tak, belasah sahaja la labuuu!!!...

Dah habis zumba, apa lagi kitaaa serannnggggg!!..aku pergi ambil air milo dulu, dahaga yang amat...dah bantai 2 cawan pi ambil nasik ayam..nasi ayam sangatt superbbb...kakak ambil bihun goreng...makanan yang heavy yang ada masa tu nasik ayam, bihun goreng, sandwich. yang sampingan koko krunch, air milo.. Lepas tu ada jualan barang-barang milo dan nestle...ada maggi, milo tin, milo sachet, nescafe...yang lain aku tak ingat apa...



Koko krunch ni aku bantai dalam 3 cup kot kalau tak silap..haha


Nasi ayam, milo dan pisang...pisang lah yang paling banyak dapat..haha..milo aku tak ingat berapa banyak aku minum sampai rasa nak kencing,....haha


Sebelum makan sempat selfie dengan maddle..konon2 macam menang lah kan...:-)




Muka puas plus happy bila berjaya habiskan larian...bravo la kakak..:-)


Tengah gigih dan menikmati breakfast from Milo...Tengkiu Milo..:-)

Semoga tahun depan ada lagi dekat Kuching, see u again..:-)

p/s: masa larian ni lah 1st time tengok dron secara dekat sebab biasa tengok dalam tv sahaja..punya la 'peghrak' tengok dron... tau tak dron tu apa??, kalau tak tau sila google..haha

Comments

Popular posts from this blog

Kerat14

hari tu, 1st time i tengah movie dengan my young sis atin..dia ni peghak sikit tak pernah pergi cinema..haha..masa datang tgv kat jj ni tersangat lah excited..and 1st time dapat tengok wayang malam..haha..tuh pun semua atas permission mama..kalau abah,jangan harap lah..haha..movie yang i tengok it's kerat14.. I tersangat lah minat dekat si Aaron aziz dengan siti saleha..Ya ampun mereka sangat awesome untuk digandingan bersama..cerita kerat14 ni suspen laa...cerita pasal bunuh2..haaaaa..Aaron sangat hensemm..i likeeee!! Cerita  kerat14 mengisahkan haziq yang bercinta dengan zara. Percintaan pada mulanya indah, akhirnya memakan diri apabila haziq bergaduh dengan Aril..Lelaki yang cuba mengorat zara dekat kelab malam..dalam pergaduhan itu, haziq secara tak sengaja telah menikam Aril..Untuk menutup kesalahan dari diketahui orang, haziq telah kerat badan aril kepada 14 bahagian sebelum dibuang di tong sampah. So kepada yang tak tengok lagi kerat14,sila lah tengok..:-) Kerat14 menemu...

6 Trik elak keinginan mengunyah..

Halluuuuu dan Assalamualaikum...horay2 lamanya tak mengupdate blog..wink2....busy kot...hahah..so back the topic,entry kali ini tiba-tiba terbaca sebuah artikel dari majalah rapi..tajuk dia 'Trik elak keinginan mengunyah'...almaklum lah aku ni memang suka mengunyah..tu pasal badan jadik macam ini...hehe...so jom kita check macam mana untuk kita elakkan diri daripada asyik nak mengunyah aje..:-) 1.NIKMATI YANG DIINGINI Mengelak dari menikmati makanan yang kita inginkan akan membuatkan kita makan makanan lain dengan lebih banyak. Jadi nikmati sahaja tapi cuba kawal jumlahnya. Jika inginkan kek,beli sepotong dan kongsilah bersama dengan orang lain...hehe...orang kata sharing is caring kann!!...:-) 2. MUSNAHKAN PUNCANYA Adakah anda seorang yang gemar melepaskan tekanan dengan makan..??kajian oleh Brian Wansink yang juga pengarang buku 'Mindless Eating',apabila anda pulang ke rumah selepas kerja dan terus menghala ke bilik tanpa singgah di dapur akan berupaya mengurangkan ...

Wedding Abang ( Kak Nurul Side )

Haluuu and Assalamualaikum semua...Hope semua sihat2 belaka dan ceria2 sokmo..haha...orait lepas update pasal akad nikah,continue update kenduri untuk sebelah perempuan...1st masa mama bagi tau kena sampai rumah pengantin dalam pukul 11...aku terpinga2 sekejap..ehhh kenapa awal sangat??..bukan ke selalu kenduri pengantin akan tiba dalam pukul 1 or 1.30??..rupanya bila ditanya,family kak nurul nak buat bersanding untuk kedua2 belah pihak keluarga sahaja..maksud yang lebih jelas lagi,tak ada orang luar yang akan tengok sesi bersanding tu..hanya untuk keluarga terdekat sahaja..Good Idea!!..sebab dalam islam sendiri kan, tidak membenarkan memperlihatkan kecantikan seorang isteri kepada orang luar selain daripada suaminya sendiri??..betul tuh..sokong sangat2..lepas mama explain baru aku faham, kenapa laa kitorang kena siap awaiii gilerrr...mane taknyaa pukul 9 dah kena bangun..haishhh time tengah lending atas katil tuh..haha Pukul 11.15 kot kalau tak silap kami semua sampai ke rumah penga...