Skip to main content

Selamat Pengantin Baru Tepppp

Finally bff zaman kolej since 2010 nak kahwin dah. Sumpah rasa sedih gila, dah lah jarang dah jumpa budak pendek ni.. Tup tup nak kahwin, wuuuu tacing mak..haha.. Tanggal 20 Ogos 2016 selamat dah tepp ni jadi isteri dekat Putra. To be honest, aku tak kenal dan tak pernah jumpa langsung si Putra ni, tapi aku yakin dia lelaki yang baik, yang mampu jaga kawan kesayangan aku ni... Tapi aku yakin jauh di sudut hati tepp ni mesti sedih sebab mak ayah tak ada di hari bahagia dia. Bayangkan mak dia meninggal seminggu sebelum nikah, kalau tak silap aku lah. Ingat lagi menangis2 aku dengar cerita dia bila tepp cakap ''aku tak tau rasa apa, tak tau nak nikah ke tak''.. Allahurabbi berat betul dugaan kau sayang. Tapi aku tau kau memang kuat kan. Semoga pakcik dan makcik di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Dulu masa zaman kolej, kalau tepp balik lenggong dia selalu bawak makanan yang mak dia masak. Ada satu makanan tu yang aku suka mak dia masak, ikan masak lemak cili api, tapi tak tau tu ikan apa. Yang aku tau ikan tu ya rabbi punya lah banyak tulang. Selalu kalau kitorang makan, tepp lah yang selalu perisi ikan tu sebab aku selalu bising plus merengek sebab banyak tulang, tercekik lah apa lah.. tampo laju-laju kang... Wuuuu rindu sangat zaman kolej dulu. Aku boleh gila dengan kau dan Amin aja. Dengan orang lain macam kena behave je.. Choiii..

Aku pun tak tau napa sampai sekarang susah nak panggil budak pendek ni Awatif, nama sedappp wei.. tapi dapat kat aku jahanam nama orang.. tinggal tepppppp... kalau jerit pun sebatu boleh dengar tepppppppp..hahahah,.. perangaiiii... Teppp ni lah satu-satu kawan, bff, bestie, bestfriend semua lah yang seangkatan dengannya yang aku tak malu nak nangis, tak malu nak merengek, tak malu nak manja, semua lah tak malu..hahaha.. dia ada satu hobi masa zaman kolej, menyanyi dalam jamban. Hari-hari aku jerit dari katil (masa duduk dekat hostel luar), hoiiiii aku tak suka kau melalak dalam jamban macam syaitonnn tau dak..hahaha.. tapi dia ni hati kering, peduli lah sedap ke tak, hostel runtuh ke apa, janji sepanjang dia tengah mandi memang kerja melalak...ohhhhh rinduu nya zaman kolej dulu.. aku rasa tuh lah zaman paling sweet, the only friend yang paling penyabar dengan perangai aku sebab masa tu aku memang terkenal dengan sikap panas baran. Pantang salah sikit nak melenting, yuckkkk apa teruk sangat zaman jahiliah aku dulu. Thank you weiii sebab sabar dengan aku.

Aku nak mintak maaf sangat-sangat dekat kau sebab tak dapat datang majlis bahagia kau. Sedih sangat rasa masa tu. kau pun tau masa tu aku ada masalah dengan ex boyfriend aku yang gila. Tak gunaa betul bila ingat... Nangis-nangis aku cerita dekat kau malam sebelum majlis kau kan. Kalau aku datang majlis kau mesti bengkak-bengkak mata. Kadang-kadang rasa kenapa lah aku boleh kenal malaun spesies macam ini. Ya Allah time tu punya struggle lah nak hadap perasaan ni and sekarang Alhamdulillah aku malas nak layan malaun tu. Lantak pi lah kat dia, who cares!!.. Semoga jodoh aku tak sesat lama-lama dan jangan bercinta dengan jodoh orang..hahahah..tu ayat aku selalu cakap kat tepp..hahah konon nak hiburkan hati sendiri. Thanks lagi weiii sebab selalu ada time aku bermasalah. Sumpah masalah ni lah yang mematangkan aku. Akan ada hikmah di sebalik semua yang berlaku, percaya je dengan kekuasaan Allah kan...

Bila aku tengok majlis kahwin kau, aku happy sangat sebab kawan aku happy. Semoga kau bahagia sayang. Kau cantikkkkk gilaaaa..rasaa nak peluk cium kau je, biar make up kau comot..haha itu satu kedengkian yang nyata..tak pe lah  bagi chance kau cantik tapi kalau kau tak make up pun kau memang cantik... Eeeee dah apasal aku puji kau??? geli makkk macam lesbian je...

Selamat pengantin baru Awatif Abu Bakar, semoga berbahagia hingga ke syurga, dapat anak yang soleh solehah. Kalau ada masalah rumah tangga dengan putra duduk bincang sama-sama, saling tolak ansur dan yang paling penting aku rasa jujur dengan pasangan masing-masing sebab bagi aku rahsia kebahagiaan rumahtangga adalah bila kita jujur dengan pasangan. Sekali kita tipu pasangan kita, susah dah kita nak bentuk kepercayaan yang dibina, wahh kelass kau jahhh cakap macam fadhilah kamsah...hahaha... Muahhhh ciket...:-).


omggggg cantikkk sangat sekali pandang macam patung barbie, dua kali pandang macam orang gila..hahahahha..tak de lah gurau lah..:-)

Awatif and putra, konferm time ni putra lega gila lepas akad nikah..


Tengah acah-acah jadi Ramlal dengan Pogo lah tuh..hahah..

Comments

Popular posts from this blog

Kerat14

hari tu, 1st time i tengah movie dengan my young sis atin..dia ni peghak sikit tak pernah pergi cinema..haha..masa datang tgv kat jj ni tersangat lah excited..and 1st time dapat tengok wayang malam..haha..tuh pun semua atas permission mama..kalau abah,jangan harap lah..haha..movie yang i tengok it's kerat14.. I tersangat lah minat dekat si Aaron aziz dengan siti saleha..Ya ampun mereka sangat awesome untuk digandingan bersama..cerita kerat14 ni suspen laa...cerita pasal bunuh2..haaaaa..Aaron sangat hensemm..i likeeee!! Cerita  kerat14 mengisahkan haziq yang bercinta dengan zara. Percintaan pada mulanya indah, akhirnya memakan diri apabila haziq bergaduh dengan Aril..Lelaki yang cuba mengorat zara dekat kelab malam..dalam pergaduhan itu, haziq secara tak sengaja telah menikam Aril..Untuk menutup kesalahan dari diketahui orang, haziq telah kerat badan aril kepada 14 bahagian sebelum dibuang di tong sampah. So kepada yang tak tengok lagi kerat14,sila lah tengok..:-) Kerat14 menemu...

Apabila suara Azan Memanggil

kepada keluarga yang tersayang,Mr Aifa,kawan2 yang dikasihi dan seluruh muslimin dan muslimat...Apabila suara azan memanggil,bersegeralah menunaikan tanggungjawab kita kepada yang Maha Esa...Renung2kan dan bermuhasabah dan hayati bait2 lirik suara azan from Fitri Haris ex UNIC... bagi sesiapa nak dengar lagu ni,kene tutup music blog ni yang kat bahagian bawah tu..haha..karang pening pale pulok dengar 2 version lagu...huuuu...

Hang Out with my baby demok...

apabila kebosanan ini laaaa hasilnya..haha..tak ingat laa bila tarikh keluar tapi rasanya lama dah..keluar dengan jiah pergi tesco dengan cttrend..apa lagi kalau pergi sana untuk shopping...hehe Ok semua inilah model terbaru dari butik kami yaa...butik ct trend..hehe Tudung fesyen baru kat cttrend n demostrasi pakai tudung..ngeh3...pinjam jap model from tambun..ngeh3..ngeeee..haha Ipoh parade..ngeh3... haluuuuuu semuaaa....ngeh3... Makcik tomeiii sempat lagi ambil gambar time tengah nak makan...hehehe Thailand food...our menu is: -me with laksa lemak and soft drink-revive -baby with bihun tomyam and same soft drink with me...hehe baby with bihun tomyam..sedapnye tengok ketam tu..hehe