Skip to main content

Daun Pudina Bukan Sekadar Penyegar Mulut

Haluuuu semuaaa...hari ni ainaa nak share something dengan korang semua...:-)korang kenal tak Daun Pudina..???selalu kalau makan laksa mesti ada daun pudina,kalau tak ade konfem tak sedap laksa tu..hehehe...tapi tau tak khasiat daun pudina..???Artikel ni ainaa bace dari Mingguan Wanita...Thanx to Mingguan Wanita untuk information ni...Jom kita tengok ape khasiat dia...:-)


Ni la rupa bentuk daun Pudina...:-)


Lagi Daun Pudina...:-)

Ok antara khasiat Daun Pudina ni adalah:
1. Sistem Pencernaan
Daun pudina juga turut digunakan di dalam hidangan makanan,terutama dalam sajian pembuka selera.Hidangan pembuka selera ini bersifat menyihatkan,malah aroma pudina dari daun pudina akan mengaktifkan kalenjar air liur dan kalenjar yang menghasilkan enzim pencernaan.


Baik Untuk sistem pencernaan..jadi makan banyak2 daun pudina..:-)

2. Gangguan Pernafasan
Masalah hidung tersumbat? Daun pudina juga menjadi ubatnya.Aroma pudina yang segar amat efektif untuk membantu melegakan saluran pernafasan dengan membuka laluan pernafasan pada hidung,tenggorok dan paru-paru.Kepada yang menghidap batuk,aroma pudina ini juga boleh membantu untuk mengatasinya.


berdengkur..???makan pudina banyak2...:-)

3.Rawatan Kulit
Cuba pula buat jus pekat dari daun pudina.Letakkan sedikit sahaja air,kisar atau tumbuk daun pudina dan sapukan pada wajah untuk dijadikan masker.Selain menghaluskan kulit,jangkitan,gatal-gatal dan masalah jerawat pasti dapat diatasi.Tak kurang bagusnya juga daun ini kerana ia boleh dijadikan pelindung dari gigitan nyamuk.



Jom ramai2 kita buat masker...:-)

4.Mual dan sakit kepala
Aroma pudina yang menyegarkan juga boleh dijadikan sebagai ubat yang baik untuk mengatasi masalah mual dan sakit kepala.Sapukan minyak daun pudina,atau gunakan sahaja daun pudina segar pada hidung dan hidulah bau segar yang terdapat padanya.Seiring dengan rasa mual,rasa sakit kepala juga dapat diatasi.



5.Kesihatan mulut
Umum sudah mengetahui tentang khasiat daun pudina yang begitu popular,iaitu untuk kesihatan dan kesegaran mulut.Kemampuannya untuk mengatasi kuman dan menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya didalam mulut menjadikan daun ini tumpuan pengusaha yang mengusahakan produk sedemikian.Tak hairanlah juga nafas kita berasa sentiasa segar apabila sering menggunakannya.


Mulut dan gigi yang cantik idaman semua orang kan...:-)

6.Asma
Penggunaan daun pudina secara rutin juga boleh membantu penghidap asma untuk memberikan rasa relaks disamping memberikan kelegaan pada sistem pernafasan.



7.Kanser
Kajian terbaru mendapati daun pudina mempunyai beberapa enzim yang boleh membantu melawan sel-sel kanser daripada terus merebak....wauuu satu information yang menarik untuk kesihatan kita..ngeee:-)


Peliharalah kesihatan kite semua...:-)..kata orang mencegah lebih elok dari merawat...:-)

Comments

  1. hermmm, bayak gak khasiat nye .... bru tau....
    hhehhe, em satu ag yang mybe kite bleh kongsikan bersame ialah, kalo kite nak tau kat malaysia ni bayak terdapat ulam-ulaman seperti ulam selom, pegaga, pucuk ubi, ulam tapak tiga dan bayak lagi yang tidak terdapat di di kebayakan negara... emm kite sepatut nye berase bertuah kerana mempunyai makanan yang berhasiat ini, kerana ulam2 ini byak menberi kebaikan kepada tubuh badan kita, dan yang paling penting,tidak bayak orang tahu yang ia juga boleh mengubati kebayakan penyakit kenser kalau kite mengamalkan nya.... insyaAllah.... jd mybe kite bleh mencuba nya dan menjadikan amalan dalam pemakanan kite pada setiap hari....

    ReplyDelete
  2. yerppp..thanx a lot mr afandi coz sudi jd follower n komen..byk sgt khasiat daun pudina...n more kpd kesihatan kita...jadi amalkan pemakanan yang sihat yeaa lepas ni..InsyaAllah hidup akan jadi lebih proaktif..:-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerat14

hari tu, 1st time i tengah movie dengan my young sis atin..dia ni peghak sikit tak pernah pergi cinema..haha..masa datang tgv kat jj ni tersangat lah excited..and 1st time dapat tengok wayang malam..haha..tuh pun semua atas permission mama..kalau abah,jangan harap lah..haha..movie yang i tengok it's kerat14.. I tersangat lah minat dekat si Aaron aziz dengan siti saleha..Ya ampun mereka sangat awesome untuk digandingan bersama..cerita kerat14 ni suspen laa...cerita pasal bunuh2..haaaaa..Aaron sangat hensemm..i likeeee!! Cerita  kerat14 mengisahkan haziq yang bercinta dengan zara. Percintaan pada mulanya indah, akhirnya memakan diri apabila haziq bergaduh dengan Aril..Lelaki yang cuba mengorat zara dekat kelab malam..dalam pergaduhan itu, haziq secara tak sengaja telah menikam Aril..Untuk menutup kesalahan dari diketahui orang, haziq telah kerat badan aril kepada 14 bahagian sebelum dibuang di tong sampah. So kepada yang tak tengok lagi kerat14,sila lah tengok..:-) Kerat14 menemu...

The Best Thing Cooking To My Family

Haluuuu dan Assalamualaikum...Alhamdulillah pada minggu ini,keluarga aku termasuk abang dan abah balik minggu ini sempena nak meraikan sedara sebelah mama yang kahwin ahad ini yang kebetulan jatuh tanggal pada hari lahir aku..besttt giler!!.. Tapi yang tak bestnya mama kena pergi sekolah hari ini walaupun hari sabtu sebab ada sukan..tak apa lah,tapi yang tak bestnya mama suruh pergi pasar beli ikan,hadoii dah lah aku ni jenis yang susah sikit nak kenal ikan,yang aku kenal ikan siakap,talapia,keli,kembung,patin,bawal dan ikan sardin tapi mama suruh beli ikan merah,mampuss aku tak kenal ikan itu..last2 mama suruh beli ikan siakap dan sotong sebab sotong tu favourite abang..:-) Nak dijadikan cerita lepas subuh pagi tadi terus lah tidur,banyak juga 'missed calls' dari mama,agaknya sebab nak kejut aku bangun pergi pasar...Dekat pukul 10 juga lah pergi pasar,nasib baik ramai lagi orang kat pasar,kalau tak ada orang malunyer maklum lah anak dara bangun lambat..hahaha Selepas beli sega...

Sahabat Kerana Allah

Haluuuu dan Assalamualaikum..Alhamdulillah baru aje lepas makan,tiba2 ada mood dan terlebih rajin untuk update blog lah kan..hahah....so entry kali ini berkisar mengenai persahabatan..sure 100% korang semua mesti ada sahabat,kawan and seangkatan dengannya lah kan..hehehe...so jom baca entry kali ni yang penuh dengan pengajaran and macam2 lah kan..:-) Banyak kata-kata yang dicipta bagi melambangkan kesetiaan seorang sahabat.Antaranya ''bersahabat dengan penjual minyak wangi,kita juga akan menjadi wangi,''sahabat yang baik membawa ke syurga,''dan sebagainya. Jelas menunjukkan bahawa persahabatan adalah penting dalam sesuatu perhubungan yang diterapkan dengan kejujuran,kasih sayang,hormat menghormati dan juga bersahabat kerana Allah...so jom check adakah kita bersahabat kerana Allah..?? 1. Memberitahu teman kita bahawa anda kasih dan sayang kepadanya. Nabi Muhammad SAW bersabda : ''Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temann...