Skip to main content

Gemuk Air..??

korang pernah dengar tak istilah Gemuk Air...???rasenyer ada yang penah dengar n maybe ada yang tak pernah dengar kot istilah gemuk air ni...ni nak kongsi info kesihatan neh..ngeh3...

Gemuk Air berpunca daripada tindak balas makanan dan mengakibatkan air disimpan dalam tubuh.Jika anda mengalami tanda2 sebegini,anda mungkin gemuk Air:
-Muka sembap terutama di sekeliling mata
-Apabila menekan abdomen dengan jari,anda boleh merasakan kehadiran air seperti kelihatan kembung atau buncit.
-Lengan sembap dan tidak dipenuhi otot dan lemak tulen
-Buku lali ke bawah membengkak
-Jari membengkak
-kulit kering dan berkelemumur
-Pertambahan berat badan secara mendadak (dua hingga tiga hari)
-Payudara mengeras
-Mudah mengalami alahan
-Cuba tekan kawasan2 tubuh yang anda rasa ada air bertakung.Jika berlekuk selepas anda mengangkat jari,ada air yang bertakung.


Gemuk Air...???teringat kawan2 sekolah cakap buncit air..ngeh3

Apa Punca Gemuk Air?
-Nutrien atau zat jika diambil tidak bersesuaian boleh menjejaskan keseimbangan biokimia tubuh.

-Gula Berlebihan.Setiap molekul gula memegang molekul air,tidak kira sama ada ia bersendirian seperti glukosa atau bergabung dengan molekul lain seperti 'glycogen' dan lemak,Jadi gula berlebihan dalam tubuh sememangnya tidak diperlukan.

-Kekurangan lemak-Air disimpan dalam sel2 yang mempunyai membran terdiri daripada pelbagai jenis lemak.Jika lemak dalam diet rendah,anda akan kehilangan keupayaan untuk mempertahankan jumlah air yang stabil.Ini kerana essential fatty asid (EFAs) diperlukan oleh tubuh untuk membina prostaglandin yang antara lain berfungsi mengawal keseimbangan paras air.

-Keadaan buah pinggang yang kurang sihat akibat paras glukosa yang tinggi akan menganggu fungsi menapis darah dan mengawal air yang perlu disimpan dalam tubuh.Kesannya,buku lali kaki akan membengkak.Oleh sebab itu kebanyakan pesakit diabetis mengalami masalah buah pinggang.Bagi mambantu meredakan masalah ini,pesakit boleh mengantikan garam2 terproses yang digunakan dalam masakan dengan garam gunung Himalaya.Ambil hidangan buah2an lima kali sehari kerana ia membantu membekalkan kalium bagi mengimbangi natrium dan magnesium..

Thanx to majalah Nur for this information..credit to majalah Nur..ngeh3....

Comments

  1. jd jgn makan besulam dgn air ye, nanti buncit ayo...

    ReplyDelete
  2. hahah..tu pun salah 1 petua jugak..hehe..tp kdg2 bwt jugok tu yg buncit ayor tuh..hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hang Out with my baby demok...

apabila kebosanan ini laaaa hasilnya..haha..tak ingat laa bila tarikh keluar tapi rasanya lama dah..keluar dengan jiah pergi tesco dengan cttrend..apa lagi kalau pergi sana untuk shopping...hehe Ok semua inilah model terbaru dari butik kami yaa...butik ct trend..hehe Tudung fesyen baru kat cttrend n demostrasi pakai tudung..ngeh3...pinjam jap model from tambun..ngeh3..ngeeee..haha Ipoh parade..ngeh3... haluuuuuu semuaaa....ngeh3... Makcik tomeiii sempat lagi ambil gambar time tengah nak makan...hehehe Thailand food...our menu is: -me with laksa lemak and soft drink-revive -baby with bihun tomyam and same soft drink with me...hehe baby with bihun tomyam..sedapnye tengok ketam tu..hehe

Selamat Pengantin Baru Dear BFF Khalish

23 Julai 2016 bersamaa 18 Syawal adalah hari yang mungkin biasa bagi sesetengah orang tapi hari tu merupakan hari yang bersejarah untuk bff aku si lish ..hahaha..aku terus terang rasa sedih gila bila dia dah jadi bini orang..rasa macam arrr apsal kau cepat sangat kahwin, tapi dah mungkin jodoh kau kan, so kena redha. Tahun ni dua orang bff aku kahwin, lepas ni watip pulak yang menyusul.. tu lagi sedih, bff aku sejak zaman kolej kot, kawan dari tahun 2010 sampai sekarang. Satu-satunya kawan yang paling penyabar dengan karenah aku sebab dulu masa muda belia aku sangat lah terkenal dengan sifat panas baran...hahaha sikit-sikit melenting, ntah apa-apa je perangai. Banyak bela setan kot. Hishh Astagfirullah. Dengan si lish ni aku rasa lawak sebab moment dengan dia banyak moment sengal, masuk air plus perangai yang ntah apa-apa. Kau bayangkan dia punya nak sembunyi status dia, ahahah aku ingat lagi dia nak beli cincin tunang. Choiii beria macam beruk nak ajak aku pergi India Street dekat K...

Happy Birthday dan Selamat Bersara Mak

14.3.2016 hari yang sangat istimewa untuk aku dan seluruh family aku..haha..happy birthday mak, my wish for mak adalah: 1. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. 2. Dikurniakan kesihatan yang baik. 3. Dapat pergi umrah lagi tahun ni. 4. Abah cakap nak jalan2 dengan mak pergi travel 1 dunia..woohoooo betul ke tuh..haha 5. Semoga bertambah amal ibadah 6. Jangan asyik naik angin je..haha 7. Boleh lah datang sarawak selalu pasni 8. Nak rasa masakan mak selalu.. tak nak asyik masak nasi je, pastu beli lauk dekat kedai..waaaaa Dannnnnnn tahun 2016 ni jugak tahun yang terakhir mak berkhidmat dalam kementerian pelajaran sebagai cikgu.. yuhuuuu merdeka lah mak tak payah pergi sekolah dah, tak payah nak rempit pergi sekolah sebab lambat, tak payah balik malam2 macam selalu, tak payah buat soalan exam, tak payah buat minit mesyuarat n bla bla bla lagi lah kerja cikgu yang sepatutnya kena buat.. Dannnnnnnnn aku pun merdekaaaaaa.... tak payah mak kejut 2-3 pagi semata2 nak kena buat...