Skip to main content

Gemuk Air..??

korang pernah dengar tak istilah Gemuk Air...???rasenyer ada yang penah dengar n maybe ada yang tak pernah dengar kot istilah gemuk air ni...ni nak kongsi info kesihatan neh..ngeh3...

Gemuk Air berpunca daripada tindak balas makanan dan mengakibatkan air disimpan dalam tubuh.Jika anda mengalami tanda2 sebegini,anda mungkin gemuk Air:
-Muka sembap terutama di sekeliling mata
-Apabila menekan abdomen dengan jari,anda boleh merasakan kehadiran air seperti kelihatan kembung atau buncit.
-Lengan sembap dan tidak dipenuhi otot dan lemak tulen
-Buku lali ke bawah membengkak
-Jari membengkak
-kulit kering dan berkelemumur
-Pertambahan berat badan secara mendadak (dua hingga tiga hari)
-Payudara mengeras
-Mudah mengalami alahan
-Cuba tekan kawasan2 tubuh yang anda rasa ada air bertakung.Jika berlekuk selepas anda mengangkat jari,ada air yang bertakung.


Gemuk Air...???teringat kawan2 sekolah cakap buncit air..ngeh3

Apa Punca Gemuk Air?
-Nutrien atau zat jika diambil tidak bersesuaian boleh menjejaskan keseimbangan biokimia tubuh.

-Gula Berlebihan.Setiap molekul gula memegang molekul air,tidak kira sama ada ia bersendirian seperti glukosa atau bergabung dengan molekul lain seperti 'glycogen' dan lemak,Jadi gula berlebihan dalam tubuh sememangnya tidak diperlukan.

-Kekurangan lemak-Air disimpan dalam sel2 yang mempunyai membran terdiri daripada pelbagai jenis lemak.Jika lemak dalam diet rendah,anda akan kehilangan keupayaan untuk mempertahankan jumlah air yang stabil.Ini kerana essential fatty asid (EFAs) diperlukan oleh tubuh untuk membina prostaglandin yang antara lain berfungsi mengawal keseimbangan paras air.

-Keadaan buah pinggang yang kurang sihat akibat paras glukosa yang tinggi akan menganggu fungsi menapis darah dan mengawal air yang perlu disimpan dalam tubuh.Kesannya,buku lali kaki akan membengkak.Oleh sebab itu kebanyakan pesakit diabetis mengalami masalah buah pinggang.Bagi mambantu meredakan masalah ini,pesakit boleh mengantikan garam2 terproses yang digunakan dalam masakan dengan garam gunung Himalaya.Ambil hidangan buah2an lima kali sehari kerana ia membantu membekalkan kalium bagi mengimbangi natrium dan magnesium..

Thanx to majalah Nur for this information..credit to majalah Nur..ngeh3....

Comments

  1. jd jgn makan besulam dgn air ye, nanti buncit ayo...

    ReplyDelete
  2. hahah..tu pun salah 1 petua jugak..hehe..tp kdg2 bwt jugok tu yg buncit ayor tuh..hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerat14

hari tu, 1st time i tengah movie dengan my young sis atin..dia ni peghak sikit tak pernah pergi cinema..haha..masa datang tgv kat jj ni tersangat lah excited..and 1st time dapat tengok wayang malam..haha..tuh pun semua atas permission mama..kalau abah,jangan harap lah..haha..movie yang i tengok it's kerat14.. I tersangat lah minat dekat si Aaron aziz dengan siti saleha..Ya ampun mereka sangat awesome untuk digandingan bersama..cerita kerat14 ni suspen laa...cerita pasal bunuh2..haaaaa..Aaron sangat hensemm..i likeeee!! Cerita  kerat14 mengisahkan haziq yang bercinta dengan zara. Percintaan pada mulanya indah, akhirnya memakan diri apabila haziq bergaduh dengan Aril..Lelaki yang cuba mengorat zara dekat kelab malam..dalam pergaduhan itu, haziq secara tak sengaja telah menikam Aril..Untuk menutup kesalahan dari diketahui orang, haziq telah kerat badan aril kepada 14 bahagian sebelum dibuang di tong sampah. So kepada yang tak tengok lagi kerat14,sila lah tengok..:-) Kerat14 menemu...

The Best Thing Cooking To My Family

Haluuuu dan Assalamualaikum...Alhamdulillah pada minggu ini,keluarga aku termasuk abang dan abah balik minggu ini sempena nak meraikan sedara sebelah mama yang kahwin ahad ini yang kebetulan jatuh tanggal pada hari lahir aku..besttt giler!!.. Tapi yang tak bestnya mama kena pergi sekolah hari ini walaupun hari sabtu sebab ada sukan..tak apa lah,tapi yang tak bestnya mama suruh pergi pasar beli ikan,hadoii dah lah aku ni jenis yang susah sikit nak kenal ikan,yang aku kenal ikan siakap,talapia,keli,kembung,patin,bawal dan ikan sardin tapi mama suruh beli ikan merah,mampuss aku tak kenal ikan itu..last2 mama suruh beli ikan siakap dan sotong sebab sotong tu favourite abang..:-) Nak dijadikan cerita lepas subuh pagi tadi terus lah tidur,banyak juga 'missed calls' dari mama,agaknya sebab nak kejut aku bangun pergi pasar...Dekat pukul 10 juga lah pergi pasar,nasib baik ramai lagi orang kat pasar,kalau tak ada orang malunyer maklum lah anak dara bangun lambat..hahaha Selepas beli sega...

Sahabat Kerana Allah

Haluuuu dan Assalamualaikum..Alhamdulillah baru aje lepas makan,tiba2 ada mood dan terlebih rajin untuk update blog lah kan..hahah....so entry kali ini berkisar mengenai persahabatan..sure 100% korang semua mesti ada sahabat,kawan and seangkatan dengannya lah kan..hehehe...so jom baca entry kali ni yang penuh dengan pengajaran and macam2 lah kan..:-) Banyak kata-kata yang dicipta bagi melambangkan kesetiaan seorang sahabat.Antaranya ''bersahabat dengan penjual minyak wangi,kita juga akan menjadi wangi,''sahabat yang baik membawa ke syurga,''dan sebagainya. Jelas menunjukkan bahawa persahabatan adalah penting dalam sesuatu perhubungan yang diterapkan dengan kejujuran,kasih sayang,hormat menghormati dan juga bersahabat kerana Allah...so jom check adakah kita bersahabat kerana Allah..?? 1. Memberitahu teman kita bahawa anda kasih dan sayang kepadanya. Nabi Muhammad SAW bersabda : ''Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temann...