Skip to main content

Wedding Abang ( Ipoh SIde )

Haluuu and Assalamualaikum semua..hope semua sihat and ceria2 selalu..ok ni part yang terakhir yang akan di update dalam blog..dari akad nikah sampai laa majlis yang terakhir ni..memandangkan abang anak sulung,so kami semua tak ada pengalaman nak uruskan majlis ni..faham2 aje laa kenduri ni agak kelam kabut...nasib baik goodies dah siap semua,kalau tak bertambah pening kepala..dengan baju tema yang kitorang pakai...cuba bayangkan kenduri hari ahad,hari sabtu baru kami carik baju..gilaaa tak??..aku rasa memang gilaaa..and pukul 3 pagi,aku tengah masukkan goodies dalam beg untuk family sebelah Terengganu..so lagi sekali memang kerja gila kan??...and besok pagi (Ahad 3.6.2012) pukul 9 pagi,aku and kakak tengah prepare bilik pengantin..gila tak???pukul 10 jahit samping abah..gilaaaa tak???...pukul 11 pasang pintu gerbang and red carpet..gilaaaa tak???semuanyaaa kerja gilaaa...tolongggg laaaa untuk next wedding tak nak lagi jadik macam ni...sumpah macam nak mampos rasanya...

Ok pukul 12 tepat aku dah siap2 tapi kakak,ala and atin tak siap apa lagi...lagi gilaaaa...tak mandi lagi??whatss????..memang gila...so tetamu dah mula datang..and bermakna aku laa yang kene uruskan goodies bag..mak aiii memang huru hara..nasib baik makcik and abang izam tolong..huuu..terima kasihhhh...jasa kalian takkan dilupakan...pengantin datang dalam pukul 12.30 and yang paling best team kompang...fulaaaamakkkk awesome gilaaaa...team kompang datang pukul 11.30..diorang start selawat and marhaban dalam rumah..perghhh memang meriah gilersss...tapi sangat 'dissapointed' dengan DJ..DJ just pasang lagu..tak ada cakap ape pun...gila betul..dah bayar mahal2 just pasang lagu sahaja???berbaloi ke??..kalau pasang lagu aku pun boleh..Ambik speaker just pasang lagu dekat laptop...Ceittttt sorry laa bro lepas ni takkan panggil korang dah...buat mengotor rumah orang adalah...siap smoking and buang rokok merata2..heyyyy what the hell laaa..suka hati aja buang rokok merata2..ingat rumah korang ke...ceitttt tak cukup kesedaran sivik betui laaa....hangin gilersss!!!


Tengokkk muka kakak??amboiii busynyaa beliau...tak sempat nak angkat muka dah..dekat pukul 2.30 baru laaa ada masa nak berposing..so memang tak ada gambar family dekat pelamin..huuuuu tak best..


Haaaa baju last minute kami..haha..but still awesome...kenapa warna grey??..kenapa tak purple??...haaa jawapannya pelamin purple,khemah purple segala2 purple..so kami as a family nak mencari kelainan...sebab saudara mara yang datang pun pakai purple..so tak best laa semua purple kan..jadi kami decide nak pakai grey..hehe



4 beradik perempuan..heheh....satu hati satu jiwa..haha


with kanak2 cilik...anak pakcik and makcik...macam2 ragam mereka..hehe


Me and Alaaa...time ni dah penat nak mampos...dah tak larat nak berjalan dh..duduk ajalahh jalan yang terbaik..hehe


With kak ipaqqq..kak nurul sangat gorgeousss!!


Atin and kak Nurul...Me and ala depan pintu gerbang..:-)


We are family..Selamat datang kak nurul dalam keluarga besar kami..hahah..


Finally baru ada gambar abah..tapi gambar mama and apit tak ada laa...mereka sangat busy..apit pulak jaga rumah kat dalam sebab dalam rumah tak ada orang..takut juga orang2 masuk ada barang yang hilang..harus berhati2..


Time posing dalam rumah puloksss...kami pulak naik pelamin..hahah..


Bilik Pengantin yang simple..tak sempat nak buat yang meriah2...but nice ajelaa...haha

To Abang and kak nurul,selamat pengantin Baru..semoga kalian berada dibawah rahmat and kasih sayang Allah..jalani lah kehidupan suami isteri dengan harmoni sekali..jangan gadoh2..heheh..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerat14

hari tu, 1st time i tengah movie dengan my young sis atin..dia ni peghak sikit tak pernah pergi cinema..haha..masa datang tgv kat jj ni tersangat lah excited..and 1st time dapat tengok wayang malam..haha..tuh pun semua atas permission mama..kalau abah,jangan harap lah..haha..movie yang i tengok it's kerat14.. I tersangat lah minat dekat si Aaron aziz dengan siti saleha..Ya ampun mereka sangat awesome untuk digandingan bersama..cerita kerat14 ni suspen laa...cerita pasal bunuh2..haaaaa..Aaron sangat hensemm..i likeeee!! Cerita  kerat14 mengisahkan haziq yang bercinta dengan zara. Percintaan pada mulanya indah, akhirnya memakan diri apabila haziq bergaduh dengan Aril..Lelaki yang cuba mengorat zara dekat kelab malam..dalam pergaduhan itu, haziq secara tak sengaja telah menikam Aril..Untuk menutup kesalahan dari diketahui orang, haziq telah kerat badan aril kepada 14 bahagian sebelum dibuang di tong sampah. So kepada yang tak tengok lagi kerat14,sila lah tengok..:-) Kerat14 menemu...

The Best Thing Cooking To My Family

Haluuuu dan Assalamualaikum...Alhamdulillah pada minggu ini,keluarga aku termasuk abang dan abah balik minggu ini sempena nak meraikan sedara sebelah mama yang kahwin ahad ini yang kebetulan jatuh tanggal pada hari lahir aku..besttt giler!!.. Tapi yang tak bestnya mama kena pergi sekolah hari ini walaupun hari sabtu sebab ada sukan..tak apa lah,tapi yang tak bestnya mama suruh pergi pasar beli ikan,hadoii dah lah aku ni jenis yang susah sikit nak kenal ikan,yang aku kenal ikan siakap,talapia,keli,kembung,patin,bawal dan ikan sardin tapi mama suruh beli ikan merah,mampuss aku tak kenal ikan itu..last2 mama suruh beli ikan siakap dan sotong sebab sotong tu favourite abang..:-) Nak dijadikan cerita lepas subuh pagi tadi terus lah tidur,banyak juga 'missed calls' dari mama,agaknya sebab nak kejut aku bangun pergi pasar...Dekat pukul 10 juga lah pergi pasar,nasib baik ramai lagi orang kat pasar,kalau tak ada orang malunyer maklum lah anak dara bangun lambat..hahaha Selepas beli sega...

Sahabat Kerana Allah

Haluuuu dan Assalamualaikum..Alhamdulillah baru aje lepas makan,tiba2 ada mood dan terlebih rajin untuk update blog lah kan..hahah....so entry kali ini berkisar mengenai persahabatan..sure 100% korang semua mesti ada sahabat,kawan and seangkatan dengannya lah kan..hehehe...so jom baca entry kali ni yang penuh dengan pengajaran and macam2 lah kan..:-) Banyak kata-kata yang dicipta bagi melambangkan kesetiaan seorang sahabat.Antaranya ''bersahabat dengan penjual minyak wangi,kita juga akan menjadi wangi,''sahabat yang baik membawa ke syurga,''dan sebagainya. Jelas menunjukkan bahawa persahabatan adalah penting dalam sesuatu perhubungan yang diterapkan dengan kejujuran,kasih sayang,hormat menghormati dan juga bersahabat kerana Allah...so jom check adakah kita bersahabat kerana Allah..?? 1. Memberitahu teman kita bahawa anda kasih dan sayang kepadanya. Nabi Muhammad SAW bersabda : ''Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temann...