Skip to main content

9 Cara Jaga Kadar Kolesterol

Kadar kolesterol yang tinggi merupakan salah satu penyebab masalah penyakit kardiovaskular seperti strok dan lain-lain. Selain menjadi punca penyakit itu, kolesterol berlebihan juga boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan kegemukan. Jadi, bagi menjaga kadar kolesterol yang normal, amalkan langkah-langkah berikut:

1. Diet Sihat

Pengambilan makanan berlemak dan berminyak menjadi salah satu penyebab bertambahnya kadar kolesterol dalam tubuh. Oleh itu, kurangi makanan yang menjadi penyebab kolesterol tinggi seperti daging merah, mentega, keju dan kuih muih yang manis.

2. Kurangi Berat Badan

Obesiti menyebabkan peningkatan kolesterol yang tinggi. Berat badan berlebihan akan meningkatkan trigliserida yang akhirnya akan menyebabkan penyumbatan salur darah. Jadi, kurangi berat badan dengan berolahraga sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Olahraga ringan sudah mencukupi seperti berjalan kaki atau berbasikal mahupun berjoging.

3. Ringan Tulang

Orang yang rajin tentunya dapat membakar kalori dengan lebih banyak. Biasanya orang yang rajin tidak betah duduk diam menonton TV sambil berbaring atau makan semata-mata sepanjang hari. Mereka ini berisiko tinggi untuk meningkatkan kadar kolesterol dalam badan berbanding orang yang rajin. Hidup aktif dapat menurunkan trigliserida dan juga membantu anda menjaga berat badan.

4. Hindari Rokok

Tabiat merokok berisiko tinggi dalam meningkatkan jumlah kolesterol kerana merokok merupakan salah satu cara yang boleh mengakibatkan menurunkan kadar kolesterol baik dalam badan. Jadi, mulakanlah dari sekarang untuk menjauhi rokok.

5. Awasi Waktu Risiko Tinggi

Waktu risiko tinggi bagi wanita adalah setelah menopaus. Biasanya wanita menopaus memiliki kadar kolesterol yang tinggi berbanding lelaki. Oleh itu, sekiranya anda kalangan yang menopaus, jaga pola makan yang sihat serta amalkan gaya hidup sihat dengan lebih baik. Jangan lupa untuk tetap berolahraga.

6. Hati-hati dalam Penggunaan Ubat

Beberapa ubat-ubatan dapat meningkatkan kadar trigliserida. Jadi demikian, sebelum mengambil ubat-ubatan yang anda tidak pasti kesannya terhadap kesihatan tubuh badan, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

7. Jauhi Alkohol

Kekerapan mengambil alkohol boleh merosakkan hati dan jantung yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan menyebabkan kadar kolesterol dalam tuubuh semakin meningkat.

8. Elak Stres

Jika anda stres, pastikan anda cuba mengawalnya dengan cara yang baik. Sesetengah orang mencari keselesaan atau mengubat tekanan dengan cara menghiburkan diri sendiri dengan makan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Oleh sebab itu, pastikan apa yang anda makan setiap hari dan elakkan stres berpanjangan kerana ia boleh menyebabkan kolesterol darah meningkat.

9. Peka Kesihatan Badan

Penyakit tertentu seperti diabetes dan hipotiroidisme akan menambah kadar kolesterol dalam tubuh. Untuk itu, lakukan pemeriksaan kesihatan secara teratur untuk menjaga kadar kolesterol yang rendah dalam tubuh.

Kredit-Minggu Wanita (23-29 November 2012)

Comments

Popular posts from this blog

Yana Big Day's

Haluuu and Assalamualaikum semua..anyway belum terlambat nak wish congrats Yana for ur big days..hehe..Alhamdulillah setelah lama couple dengan 'si Dia' akhirnya hubungan diorang berakhir dijinjang pelamin..Ohh sweet sangat..kan best kalau semua couple macam tuh..hehe..Anyway kami sebenarnya berkonvoi ke kenduri yana..Dalam 4 kereta tak silap konvoi pergi selama...memang mencabar jugak laa jalan pergi selama dengan keadaan yang banjir and hujan tak menentu and jalan pun bersimpang siur..hehe..Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami..Dalam kereta aku ada ainun,jiah,yana,and my dearest aten..:-)..Yana solemnization day's hari jumaat 9.3.2012 dan majlis sebelah perempuan 10.3.2012..:-)..Masa otw datang selama perut kitorang dah berkeroncong gilers..lapar sangat2..sampai2 je tempat kenduri apa lagi mata melilau cari makanan lah.yang si ainun siap cakap:''kak ainaa,kite laparrr laaaa''...hahah...alalala adik manis lapar..jom makansss....and makanan dia s...

Happy New Year,Welcoming 2012 and check out your Azam...

Phewww tak sangka sekarang dah masuk tahun 2012..cepat betul masa berlalu kan,tup tup dah habis tahun 2011 dan bermula episod baru untuk tahun 2012..eh lupaa pulak nak bagi salam...haluuuu dan Assalamualaikum semua..hehehe..walaupun hari ini 4.1.2012,kira belum terlambat lagi lah kan untuk update and wish happy new year...sorry sangat2 sebab lambat update blog,ni pun curi sikit masa sebab tadi baru sahaja settlekan my assigment..fuhhhhh lega gilerss assgment dah siap..boleh dah buat prepare untuk present esok..wahcaaaa..:-) So untuk tahun baru ni orang mesti kaitkan dengan azam baru kan..???hahaha..begitu jugak dengan aku...masa penghujung 2011 tu dah 'berjaya' list kan segala azam and segala mak nenek lagi lah..hahaha..sebenarnya pendapat aku sendiri lah kan,bagus sebenarnya pasang azam tahun baru,supaya dengan azam tu dapat memotivasikan kita and lebih kepada memberi semangat kan...heheh... Dan menjadi kemestian apabila nak masuk tahun baru aje akan ada bunga api..cantik kan...

Ipoh-Terengganu Trip-Part 1

Haluuu dan Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Theourstorylove..hope semua sihat Alhamdulillah...Orait dimalam selasa yang borink ni sempat lah aku mengupdate next entry..haha..agak aktif lah for this month untuk aktiviti mengupdate blog..ye lah bulan ni lah paling banyak public holiday..pheww kalau tiap-tiap bulan macam ni kan best gilerss....konferm bahagia hidup!!...Orait for the next entry ni pasal special moment to my family...''Its Abang Engagement caremony'' lah..Congratulations abang to your big day..i'm happy for u..so jom check sikit apa persiapan kami satu family ke Terengganu..kira macam family travel lah kan..hehe.. Jadi pada 9.12.2011 (entry berkurun) sekarang dah bulan satu dah..haha..tak pelah janji ada moment dalam Theourstorylove..at least kalau dah tua nanti,abang nak tengok balik engagement caremony boleh tengok kat sini tunjuk kat anak cucu dia..phewww InsyaAllah mudah-mudahan panjang umur..Ameeen..:-)...so 3.12 (jumaat),abah and mama,and ...