Skip to main content

The Best Thing Cooking To My Family

Haluuuu dan Assalamualaikum...Alhamdulillah pada minggu ini,keluarga aku termasuk abang dan abah balik minggu ini sempena nak meraikan sedara sebelah mama yang kahwin ahad ini yang kebetulan jatuh tanggal pada hari lahir aku..besttt giler!!..

Tapi yang tak bestnya mama kena pergi sekolah hari ini walaupun hari sabtu sebab ada sukan..tak apa lah,tapi yang tak bestnya mama suruh pergi pasar beli ikan,hadoii dah lah aku ni jenis yang susah sikit nak kenal ikan,yang aku kenal ikan siakap,talapia,keli,kembung,patin,bawal dan ikan sardin tapi mama suruh beli ikan merah,mampuss aku tak kenal ikan itu..last2 mama suruh beli ikan siakap dan sotong sebab sotong tu favourite abang..:-)

Nak dijadikan cerita lepas subuh pagi tadi terus lah tidur,banyak juga 'missed calls' dari mama,agaknya sebab nak kejut aku bangun pergi pasar...Dekat pukul 10 juga lah pergi pasar,nasib baik ramai lagi orang kat pasar,kalau tak ada orang malunyer maklum lah anak dara bangun lambat..hahaha

Selepas beli segala sotong dan ikan siakap 2 ekor terus balik rumah dan konon-kononya terus nak masak lah tapi lepak-lepak baca surat khabar dulu,tengok tv segala mak nenek last2 masak dalam pukul 11.30..tapi tu bukan masak apa pun baru nak siang sotong dan cuci ikan..haha...

Yang bestnya ikan siakap yang aku masak ini sangat2 sedappp..:-)..tapi bukan nak bangga,aku pun tak tau aku boleh masak sedap macam ni sampai mama kata boleh lah bukak restoran..hehehe...nak tengok hasil masakan saya..???jeng....jengggg...


Agak-agak terliur tak..???haha..senang sahaja buat sweet sour ni...

Nak share sikit resipi ikan siakap sweet sour Ala Thai ini..:-)
Bahan-Bahan dia pulak:
1. Apa-apa jenis ikan..nak sedap ambil ikan siakap,bawal,talapia
2. Bawang Putih + Bawang Merah..Dalam masakan saya suka lebih kan bawang sebab dia wangi and sedapp..
3. Cili Boh...Ikut kesesuian kalau nak pedas letak lah banyak...saya letak dalam 3 sudu besar sahaja
4. Garam dan Madu...Dalam masakan saya gunakan madu sebagai menggantikan gula..ini lebih baik untuk healthy food...
5. 3 Biji tomato yang dipotong halus
6. 3 Sudu sos tomato
7. Bawang besar dipotong 'ring' atau pun dopotong bulat2 untuk hiasan...

Cara-cara nak masak pula:
1. Ikan perlu digorang terlebih dahulu
2. Dengan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
3. Masukkan cili boh dan kacau sehingga pecah minyak.
4. Masukkan Tomato,garam dan madu.
5. Kacau sehingga tomato empuk dan masukkan pula sos tomato.
6. Akhir sekali masukkan bawang yang telah dipotong ring.
7. Jadi siap untuk dihidang dan tuangkan atas ikan yang telah digoreng tadi..hehe

Selamat mencuba resipi yang tak seberapa ni..:-)

Comments

  1. wah3.... ade resepi ni yang best ni...hehhe nanti letak la resepi pasta plak tau....

    ReplyDelete
  2. orait no prob...kalo nk resepi pasta,kne tnggu msk pasta lah..hahah..bleh arr cube siakap sweet sour..kot2 rasa same ke..haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hang Out with my baby demok...

apabila kebosanan ini laaaa hasilnya..haha..tak ingat laa bila tarikh keluar tapi rasanya lama dah..keluar dengan jiah pergi tesco dengan cttrend..apa lagi kalau pergi sana untuk shopping...hehe Ok semua inilah model terbaru dari butik kami yaa...butik ct trend..hehe Tudung fesyen baru kat cttrend n demostrasi pakai tudung..ngeh3...pinjam jap model from tambun..ngeh3..ngeeee..haha Ipoh parade..ngeh3... haluuuuuu semuaaa....ngeh3... Makcik tomeiii sempat lagi ambil gambar time tengah nak makan...hehehe Thailand food...our menu is: -me with laksa lemak and soft drink-revive -baby with bihun tomyam and same soft drink with me...hehe baby with bihun tomyam..sedapnye tengok ketam tu..hehe

Selamat Pengantin Baru Dear BFF Khalish

23 Julai 2016 bersamaa 18 Syawal adalah hari yang mungkin biasa bagi sesetengah orang tapi hari tu merupakan hari yang bersejarah untuk bff aku si lish ..hahaha..aku terus terang rasa sedih gila bila dia dah jadi bini orang..rasa macam arrr apsal kau cepat sangat kahwin, tapi dah mungkin jodoh kau kan, so kena redha. Tahun ni dua orang bff aku kahwin, lepas ni watip pulak yang menyusul.. tu lagi sedih, bff aku sejak zaman kolej kot, kawan dari tahun 2010 sampai sekarang. Satu-satunya kawan yang paling penyabar dengan karenah aku sebab dulu masa muda belia aku sangat lah terkenal dengan sifat panas baran...hahaha sikit-sikit melenting, ntah apa-apa je perangai. Banyak bela setan kot. Hishh Astagfirullah. Dengan si lish ni aku rasa lawak sebab moment dengan dia banyak moment sengal, masuk air plus perangai yang ntah apa-apa. Kau bayangkan dia punya nak sembunyi status dia, ahahah aku ingat lagi dia nak beli cincin tunang. Choiii beria macam beruk nak ajak aku pergi India Street dekat K...

Happy Birthday dan Selamat Bersara Mak

14.3.2016 hari yang sangat istimewa untuk aku dan seluruh family aku..haha..happy birthday mak, my wish for mak adalah: 1. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. 2. Dikurniakan kesihatan yang baik. 3. Dapat pergi umrah lagi tahun ni. 4. Abah cakap nak jalan2 dengan mak pergi travel 1 dunia..woohoooo betul ke tuh..haha 5. Semoga bertambah amal ibadah 6. Jangan asyik naik angin je..haha 7. Boleh lah datang sarawak selalu pasni 8. Nak rasa masakan mak selalu.. tak nak asyik masak nasi je, pastu beli lauk dekat kedai..waaaaa Dannnnnnn tahun 2016 ni jugak tahun yang terakhir mak berkhidmat dalam kementerian pelajaran sebagai cikgu.. yuhuuuu merdeka lah mak tak payah pergi sekolah dah, tak payah nak rempit pergi sekolah sebab lambat, tak payah balik malam2 macam selalu, tak payah buat soalan exam, tak payah buat minit mesyuarat n bla bla bla lagi lah kerja cikgu yang sepatutnya kena buat.. Dannnnnnnnn aku pun merdekaaaaaa.... tak payah mak kejut 2-3 pagi semata2 nak kena buat...