Skip to main content

Masa Untuk Pulang - Part 1

Hari jumaat 13/1/2017, jumaat kedua dalam tahun 2017, selepas seminggu abah pergi tinggalkan aku. Jumaat pagi lagi aku dah rasa serba tak kena. Tak tau kenapa, yang pasti aku rasa takut sangat nak balik ipoh. Takut nak jejakkan kaki kat rumah. Kau bayangkan flight aku jam 6.40 petang, pukul 3 petang baru aku kemas luggage aku. Aku pakai masuk je apa yang aku rasa nak masukkan dalam beg tu. Dah macam lembap dah otak aku nak fikir apa, blur jangan cakap lah. Ahbear banyak kali cakap apasal kau blur sangat ni ainaa..huhu ntah lah, aku pun tak ada jawapan untuk soalan kau tu bear.

Sampai airport kuching jam 5.30 petang aku terus check in luggage semua then aku whatssap mak aku cakap ''mak ena takut lah nak balik, tak tau kenapa''..Lepas tu mak aku macam faham lah perasaan aku then dia bagi semangat. Aku tau walaupun dia bagi semangat, tapi jauh dekat sudut hati dia, dia pun sebenarnya tak kuat lagi, still lemah semangat tu. Sementara tunggu flight, aku perhatikan kawasan sekeliling airport ni, dulu masa 1st time aku datang sini, dengan abah lah. Dia yang bawak aku datang sini, dia yang mintak aku sambung degree kat sarawak sebab adik aku ada kat sini, at least ada orang tengokkan adik aku. Dan sekarang, dia tak merasa tengok aku konvo. Sedihnya rasa. Semua adik beradik aku abah dapat tengok diorang konvo walaupun masa atin konvo dia sakit, tapi still dapat tengok gambar sebab kitorang ada hantar gambar. Tapi aku, huhu abah tak sempat.

Aku sampai KLIA jam 8.30 malam macam tu, jumpa abang aku dulu sebab nak bagi luggage besar ni kat dia. Aku suruh abang aku simpan sebab nanti aku internship kat KL. Aku malas nak usung merata beg tu, dah lah berat. Sampai je aku terus on hp, then nampak mak punya whatssap, mak cakap ''get ready untuk balik ipoh, bersedia untuk segalanya, belajar terima hakikat, belajar terima kenyataan, belajar untuk redha, sebab mak aku perasan yang aku macam tak boleh terima kenyataan, hari2 mak whatssap aku benda yang sama. Masa jumpa abang aku tu, meleleh dah air mata ni..huhu, senang betul kau menangis ainaa..hahaha.. Dasar murah betul air mata, tapi sumpah memang sedih, lagi-lagi bila jumpa abang aku. Dia lah orang yang paling aku rapat sejak kecil. Semua benda kitorang share, dengan sapa aku kawan, sapa musuh aku..haha semua kitorang share, sampai pernah kitorang tidur sebantal masa kat kampung dulu. Masa tu abah marah betul, abah cakap bangunnnn, jangan buat ,macam ni lagi. Masa tu aku tak faham kenapa abah marah. Tapi bila dah besar baru aku faham abah tak nak berlaku apa2..Ya lah walaupun adik beradik, takut benda yang tak elok berlaku kan. Sebab tu nabi suruh pisah tempat tidur anak lelaki dan perempuan bila diorang umur 10 tahun kot kalau tak silap aku. Lepas dah salam abang, tanya khabar semua, aku perasaan abang aku macam nak tanya aku ok ke tak tapi dia macam tak berani nak tanya. Kesudahnya aku main dengan Yash dan Adibah. Arghh sombong betul dua orang budak ni...hahah, dah lama tak jumpa, boleh buat tak kenal. Siap korang nanti!!.. Masa tu jugak aku bagi mee kolok kat abang aku, dia teringin sebenarnya, aku tau dia tu hantu mee kolok, kalau datang sarawak wajib makan, dia ada pesan beli sebelum aku balik kl. Masa dia pesan tu abah masih ada tapi bila abah dah meninggal dia cakap tak payah beli lah walaupun sebenarnya dia teringin. So aku beli je..Bukan main happy lagi masa aku whatssap dia pasal mee kolok ni..then masa abang aku dah nak balik, dia sempat pesan, jangan nangis depan mak, mak tak kuat lagi, mak sedih lagi tu, huhuhu aku cakap ye, InshaAllah.. Oh Tuhan moga kau kuatkan hati ini. Aku terus masuk KLIA then pergi dekat terminal bas, bas aku nak ke ipoh jam 11.30 malam. So sampai Ipoh dalam pukul 3.00 Pagi. Naik je bas aku rasa berdebar, takut semu ada. Secara spontan, aku cakap pada diri sendiri ''Abah ena dah nak balik, tapi ena tak dapat jumpa abah, kenapa abah tak tunggu ena''. Then aku whatssap mak aku terus aku tidur. Aku cakap dekat mak tak payah tunggu, mak tidur je..Nanti mak bangun subuh baru ambik ena. Kalau dulu, bab ambik aku kat amanjaya ni, abah yang selalu ambik sebab ye lah selalu sampai jam 2-3 pagi. Mak aku tak berani nak keluar pagi2 buta.

Sampai ipoh, mak aku suruh tunggu kejap diorang dah otw nak ambik aku. Mak datang dengan ala. So aku pun tunggu macam biasa lah. Tengah tunggu tu, lebih kurang 25 minit macam tu, aku perasaan kereta Honda Oddyssey abah. Zuppppp macam nak luruh jantung aku tengok kereta tu. Aku rasa macam abah yang tengah ambil aku sebab tu kereta favourite abah, memang dia suka naik kereta tu berbanding kereta lain. Aku rasa macam harapan aku tinggi yang memang abah ambil aku. Seriusss tahap denial aku tinggi gila masa ni. Aku perhatikan no plat kereta tu, no plat favourite abah. Sanggup dia cari no plat yang dia suka. Tapi bila masuk kereta, aku rasa hampa. Aku rasa bukan, tu bukan abah. Aku rasa sebak. Aku pujuk hati, ainaa tolong lah terima kenyataan, tolong lah terima hakikat abah dah tak ada, tapi entah, hati aku tetap menafikan. Aku masuk kereta salam mak then sepanjang jalan balik rumah aku diam. Langsung tak cakap dengan sapa2.

Sampai je rumah, lama aku tunggu kat luar rumah sampai mak kata tak nak masuk rumah ke. Aku tercegat kat luar rumah perhatikan rumah, aku takut nak masuk rumah. Bila aku masuk rumah, aku rasa rumah ni kosong. Selalu abah suka tidur kat ruang tamu, bentang tilam tidur kat bawah. Reason dia suka tidur bawah sebab senang dengar azan subuh, senang nak bangun. Tapi dah tak ada kelibat dia tidur kat bawah..huhuhu sekali lagi tahap denial aku tinggi melangit. Terus aku masuk bilik bawah, bilik yang abah duduk sepanjang dia sakit dan masa dia meninggal. Aku perhatikan semua, aku tengok ubat-ubat abah, losyen yang aku selalu sapu dekat badan abah masa kat hospital, minyak muscare aroma, tanah tayamum abah. Semua aku pegang, semua aku tengok sampai aku rasa sedih gila, Menangis tak payah cakap lah, tinggal tak meraung je..huhu..Aku keluar bilik, aku carik mak. Aku tanya mak mana baju, kain pelikat abah yang abah pakai last masa meninggal. Memang aku suruh mak simpan untuk aku, jangan basuh pun. Mak kata semua ada atas katil tu, mak simpan untuk ena. Aku cakap dekat mak, ena nak tidur bilik bawah ni tau, tak nak tidur bilik ena. Masuk bilik terus aku cium baju, sarung bantal abah yang gambar ikan tu dengan kain pelikat abah. Ya Allah rasa rindu gilaa, ada bau abah..rinduuu yang aku tak dapat nak ungkapkan, sakit rasanya hati bila kena belajar untuk terima benda yang aku tak mampu nak hadapi.

Lepas solat subuh, aku terus tidur dengan peluk baju, sarung bantal dengan kain pelikat. Aku doa moga tidur ni aku dapat jumpa abah dalam mimpi. Sesungguhnya ena rindukan abah yang teramat sangat. Banyak kali mak cerita sebelum abah meninggal, abah tanya ena balik bila, kenapa lambat sangat ena balik..Allahurabbi sayunya dengar abah cakap macam tu..


Sarung bantal, baju dengan kain pelikat abah. Ni je kenangan yang aku ada.

ok lah cukup sampai sini, nanti sambung part 2.. Panjang sangat dah aku rasa, aku nak cari remote aircond ni, mana aku campak pun, aku tak tau. Selalu lupa letak kat mana, dasar spesies orang tua, hilang ingatan agaknya.

Comments

Popular posts from this blog

Kerat14

hari tu, 1st time i tengah movie dengan my young sis atin..dia ni peghak sikit tak pernah pergi cinema..haha..masa datang tgv kat jj ni tersangat lah excited..and 1st time dapat tengok wayang malam..haha..tuh pun semua atas permission mama..kalau abah,jangan harap lah..haha..movie yang i tengok it's kerat14.. I tersangat lah minat dekat si Aaron aziz dengan siti saleha..Ya ampun mereka sangat awesome untuk digandingan bersama..cerita kerat14 ni suspen laa...cerita pasal bunuh2..haaaaa..Aaron sangat hensemm..i likeeee!! Cerita  kerat14 mengisahkan haziq yang bercinta dengan zara. Percintaan pada mulanya indah, akhirnya memakan diri apabila haziq bergaduh dengan Aril..Lelaki yang cuba mengorat zara dekat kelab malam..dalam pergaduhan itu, haziq secara tak sengaja telah menikam Aril..Untuk menutup kesalahan dari diketahui orang, haziq telah kerat badan aril kepada 14 bahagian sebelum dibuang di tong sampah. So kepada yang tak tengok lagi kerat14,sila lah tengok..:-) Kerat14 menemu...

The Best Thing Cooking To My Family

Haluuuu dan Assalamualaikum...Alhamdulillah pada minggu ini,keluarga aku termasuk abang dan abah balik minggu ini sempena nak meraikan sedara sebelah mama yang kahwin ahad ini yang kebetulan jatuh tanggal pada hari lahir aku..besttt giler!!.. Tapi yang tak bestnya mama kena pergi sekolah hari ini walaupun hari sabtu sebab ada sukan..tak apa lah,tapi yang tak bestnya mama suruh pergi pasar beli ikan,hadoii dah lah aku ni jenis yang susah sikit nak kenal ikan,yang aku kenal ikan siakap,talapia,keli,kembung,patin,bawal dan ikan sardin tapi mama suruh beli ikan merah,mampuss aku tak kenal ikan itu..last2 mama suruh beli ikan siakap dan sotong sebab sotong tu favourite abang..:-) Nak dijadikan cerita lepas subuh pagi tadi terus lah tidur,banyak juga 'missed calls' dari mama,agaknya sebab nak kejut aku bangun pergi pasar...Dekat pukul 10 juga lah pergi pasar,nasib baik ramai lagi orang kat pasar,kalau tak ada orang malunyer maklum lah anak dara bangun lambat..hahaha Selepas beli sega...

Sahabat Kerana Allah

Haluuuu dan Assalamualaikum..Alhamdulillah baru aje lepas makan,tiba2 ada mood dan terlebih rajin untuk update blog lah kan..hahah....so entry kali ini berkisar mengenai persahabatan..sure 100% korang semua mesti ada sahabat,kawan and seangkatan dengannya lah kan..hehehe...so jom baca entry kali ni yang penuh dengan pengajaran and macam2 lah kan..:-) Banyak kata-kata yang dicipta bagi melambangkan kesetiaan seorang sahabat.Antaranya ''bersahabat dengan penjual minyak wangi,kita juga akan menjadi wangi,''sahabat yang baik membawa ke syurga,''dan sebagainya. Jelas menunjukkan bahawa persahabatan adalah penting dalam sesuatu perhubungan yang diterapkan dengan kejujuran,kasih sayang,hormat menghormati dan juga bersahabat kerana Allah...so jom check adakah kita bersahabat kerana Allah..?? 1. Memberitahu teman kita bahawa anda kasih dan sayang kepadanya. Nabi Muhammad SAW bersabda : ''Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temann...