Skip to main content

Pertemuan Pertama

Malam ni aku tergerak hati nak update blog pasal abah, entah kenapa malam ni tiba2 rasa syahdu semacam, rasa rindu yang membuak-buak dekat arwah abah. Seolah-olah aku ternampak abah dekat dalam rumah ni. Tambah2 lagi area rumah aku memang tengah hujan lebat gila, seolah-olah tengah faham yang aku betul2 rindukan abah. Rindu yang paling sakit adalah rindu orang yang dah tak ada. Lagi teruk aku rasa perasaan rindu ni daripada masa putus cinta dengan ex-boyfriend aku dulu. Masa putus dulu, aku fikir lantak kau lah nak ada perempuan lain ke apa, nak kahwin ke apa, kau punya pasal. Tapi rindu dekat arwah abah ni perasaan dia lain sangat, tak tau aku nak gambarkan macam mana, end up kalau aku rasa sakit sangat rasa rindu tu, aku akan menangis. Sebab aku rasa dengan menangis tu dapat melegakan rasa sakit dekat hati aku.

Masa mula2 aku sampai ipoh 13/1/2017 lepas, aku dengan bersemangat waja nak pergi pusara abah bila sampainya aku kat ipoh, tapi siapa kita nak menghalang perancangan Tuhan. Aku ingat hati aku dah cukup kuat untuk melawat abah dekat pusara abah. Tapi aku silap, aku tak kuat mana pun. Jejak kaki dalam rumah pun dah menangis, apatah lagi kalau pergi pusara abah. Mahu nya aku meraung. Mak aku pun tak izinkan aku pergi pusara abah sebab dia sendiri tengok aku belum kuat lagi, seolah-olah masih belum boleh terima kenyataan. Masa ini lah aku betul-betul strugglekan hati aku, aku cekal kan hati, aku tabahkan hati aku untuk bina kekuatan dalaman supaya aku lebih kuat. Akhirnya hari kelima aku dekat Ipoh, baru aku berani nak jejakkan kaki pergi ke pusara abah. Aku berani untuk melawat pusara abah lepas aku mimpi abah malam tu. Dalam mimpi tu aku nampak abah datang dalam mimpi aku, muka abah sangat bersih dan abah tengah senyum kat aku, lepas tu abah cakap ''kalau nak abah bahagia dekat sana, banyakkan sedekah dan niatkan sedekah tu untuk abah'', Allah mimpi itu sekejap sangat, aku tak nampak abah pakai baju apa, aku hanya nampak muka abah. Masa aku sampai depan pintu pagar tanah perkuburan, aku bercakap dengan diri sendiri seolah-olah seperti sedang bermonolog, aku cakap dengan diri aku ''abah ena datang, ena datang lawat abah, haritu masa kat hospital ena jumpa jasad abah tapi kali ini ena lawat pusara abah''. Masa ni aku pergi dengan adik aku. Atin pun macam faham2 je so dia tunjukkan pusara abah dekat aku then dia tinggalkan aku sorang-sorang dekat kubur tu. Dia tunggu aku dalam kereta.

Masa aku betul-betul sampai  depan pusara abah, aku perhati betul-betul pusara abah, Ya, inilah pertemuan pertama aku dengan abah, pertemuan pertama yang meranapkan seluruh semangat dan kekuatan aku. Aku pegang kayu yang diorang pacak dekat tanah tu sebab batu nisan abah belum siap lagi masa ni. Kayu yang aku pegang tu  dapat aku bayangkan seolah-olah aku tengah mengusap wajah abah. Aku pegang tanah-tanah yang ada dekat pusara abah seolah-olah aku sedang pegang tangan abah. Aku bagi salam dekat abah, aku bercakap dengan pusara abah seolah-olah aku tengah bercakap dengan abah. Aku sedekah kan bacaan Al Fatihah dan Yassin untuk abah. Masa ni sebak dia Tuhan je  yang tau rasanya sampai bergetar suara aku masa baca Yassin tu. Aku seolah-olah nampak abah tengah senyum dekat aku. Bermula dari saat tu lah aku jadi pengunjung tegar dekat tanah perkuburan Rapat Setia tu, setiap pagi aku datang lawat abah, cabut daun-daun yang dah layu, siram pokok dekat kubur abah. Doa aku setiap hari adalah semoga Allah pelihara abah dan semoga abah sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Ameen Ya Rabb.



Comments

  1. Dear Ena,
    semoga terus kuat dan dikelilingi dengan orang tersayang!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hang Out with my baby demok...

apabila kebosanan ini laaaa hasilnya..haha..tak ingat laa bila tarikh keluar tapi rasanya lama dah..keluar dengan jiah pergi tesco dengan cttrend..apa lagi kalau pergi sana untuk shopping...hehe Ok semua inilah model terbaru dari butik kami yaa...butik ct trend..hehe Tudung fesyen baru kat cttrend n demostrasi pakai tudung..ngeh3...pinjam jap model from tambun..ngeh3..ngeeee..haha Ipoh parade..ngeh3... haluuuuuu semuaaa....ngeh3... Makcik tomeiii sempat lagi ambil gambar time tengah nak makan...hehehe Thailand food...our menu is: -me with laksa lemak and soft drink-revive -baby with bihun tomyam and same soft drink with me...hehe baby with bihun tomyam..sedapnye tengok ketam tu..hehe

Selamat Pengantin Baru Dear BFF Khalish

23 Julai 2016 bersamaa 18 Syawal adalah hari yang mungkin biasa bagi sesetengah orang tapi hari tu merupakan hari yang bersejarah untuk bff aku si lish ..hahaha..aku terus terang rasa sedih gila bila dia dah jadi bini orang..rasa macam arrr apsal kau cepat sangat kahwin, tapi dah mungkin jodoh kau kan, so kena redha. Tahun ni dua orang bff aku kahwin, lepas ni watip pulak yang menyusul.. tu lagi sedih, bff aku sejak zaman kolej kot, kawan dari tahun 2010 sampai sekarang. Satu-satunya kawan yang paling penyabar dengan karenah aku sebab dulu masa muda belia aku sangat lah terkenal dengan sifat panas baran...hahaha sikit-sikit melenting, ntah apa-apa je perangai. Banyak bela setan kot. Hishh Astagfirullah. Dengan si lish ni aku rasa lawak sebab moment dengan dia banyak moment sengal, masuk air plus perangai yang ntah apa-apa. Kau bayangkan dia punya nak sembunyi status dia, ahahah aku ingat lagi dia nak beli cincin tunang. Choiii beria macam beruk nak ajak aku pergi India Street dekat K...

Happy Birthday dan Selamat Bersara Mak

14.3.2016 hari yang sangat istimewa untuk aku dan seluruh family aku..haha..happy birthday mak, my wish for mak adalah: 1. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. 2. Dikurniakan kesihatan yang baik. 3. Dapat pergi umrah lagi tahun ni. 4. Abah cakap nak jalan2 dengan mak pergi travel 1 dunia..woohoooo betul ke tuh..haha 5. Semoga bertambah amal ibadah 6. Jangan asyik naik angin je..haha 7. Boleh lah datang sarawak selalu pasni 8. Nak rasa masakan mak selalu.. tak nak asyik masak nasi je, pastu beli lauk dekat kedai..waaaaa Dannnnnnn tahun 2016 ni jugak tahun yang terakhir mak berkhidmat dalam kementerian pelajaran sebagai cikgu.. yuhuuuu merdeka lah mak tak payah pergi sekolah dah, tak payah nak rempit pergi sekolah sebab lambat, tak payah balik malam2 macam selalu, tak payah buat soalan exam, tak payah buat minit mesyuarat n bla bla bla lagi lah kerja cikgu yang sepatutnya kena buat.. Dannnnnnnnn aku pun merdekaaaaaa.... tak payah mak kejut 2-3 pagi semata2 nak kena buat...