Skip to main content

10 Perkara Tentang Hati Anda..

Haluuu dan Assalamualaikum..Malam ini rasanya mood sangat-sangat 'fresh' untuk update blog...Sekarang ini suka pula baca info-info atau pun artikel mengenai kesihatan,mungkin dapat kesedaran kot mengenai penjagaan kesihatan,InsyaAllah harap sentiasa sihat..:-)

Pada Entry kali ini,saya nak kongsi serba sedikit mengenai hati kita.adakah kita mengenali hati kita dengan sebaiknya,fungsinya dan sebagainya..jom kita baca 10 fakta yang menarik mengenai hati kita..:-)



1. Hati adalah organ terbesar kedua di dalam tubuh (setelah kulit) dan beratnya sekitar 3 paun atau 1.25 kg.

2. Ukuran Hati cukup besar,kira-kira sebesar bola ragbi.

3. Hati terletak di bawah rusuk, dibahagian kanan atas perut. Kita tidak akan dapat hidup tanpa hati.

4. Hati merupakan salah satu organ tubuh terpenting, iaitu memiliki lebih daripada 500 fungsi.

5. Hati memiliki kemasukan darah yang unik dari dua sumber. Kemasukan darah dari arteri hepatika dan dari vena porta yang berasal dari usus. Semua darah yang berasal dari usus akan melewati jantung dan paru-paru setelah melewati hati.

6. Hati memiliki kapasiti yang besar untuk tumbuh kembali. Walaupun 1/2 bahagian hati telah diambil,sisanya akan tumbuh kembali hingga ke ukuran dan bentuk normal dalam tempoh tertentu.

7. Kerosakan hati menghalang kemampuannya untuk melawan infeksi serta menjalankan fungsi-fungsi penting yang lainnya.

8. Hepatitis C adalah virus yang disebarkan melalui darah yang dijangkiti,menyerang hati dan menyebabkan kerosakan hati. Kerosakan fungsi hati akibat hepatitis C kronik merupakan penyebab utama pemindahan hati dilakukan.

9. Ada banyak jenis penyakit hati, tetapi beberapa yang terpenting adalah virus hepatitis,sirosis (pengerasan hati),batu hempedu,gangguan hati yang disebabkan oleh alkohol,kanser hati dan gangguan hati pada kanak-kanak.

10. Antara fungsi hati adalah melawan infeksi,memperoses makanan yang telah diserap dari usus,menghasilkan unsur yang berfungsi penting dalam sistem pencernaan makanan,menyimpan zat besi,vitamin dan bahan-bahan kimia lain yang penting mengawal tahap lemak,glukosa/gula dan asam amino dalam darah,detoksifikasi atau membuang bahan beracun dalam tubuh.

Sumber dari majalah mingguan wanita...Jadi peliharalah sebaiknya hati yang telah dianugerahkan,jaga pemakan dan jauhi rokok dan alkohol untuk kesihatan hati..:-)

Comments

  1. emm, good2... your blog right now is more interesting because so many information that i can learn. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat Pengantin Baru Tepppp

Finally bff zaman kolej since 2010 nak kahwin dah. Sumpah rasa sedih gila, dah lah jarang dah jumpa budak pendek ni.. Tup tup nak kahwin, wuuuu tacing mak..haha.. Tanggal 20 Ogos 2016 selamat dah tepp ni jadi isteri dekat Putra. To be honest, aku tak kenal dan tak pernah jumpa langsung si Putra ni, tapi aku yakin dia lelaki yang baik, yang mampu jaga kawan kesayangan aku ni... Tapi aku yakin jauh di sudut hati tepp ni mesti sedih sebab mak ayah tak ada di hari bahagia dia. Bayangkan mak dia meninggal seminggu sebelum nikah, kalau tak silap aku lah. Ingat lagi menangis2 aku dengar cerita dia bila tepp cakap ''aku tak tau rasa apa, tak tau nak nikah ke tak''.. Allahurabbi berat betul dugaan kau sayang. Tapi aku tau kau memang kuat kan. Semoga pakcik dan makcik di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Dulu masa zaman kolej, kalau tepp balik lenggong dia selalu bawak makanan yang mak dia masak. Ada satu makanan tu yang aku suka mak dia masak, ikan masak lemak cili ap...

Hang Out with my baby demok...

apabila kebosanan ini laaaa hasilnya..haha..tak ingat laa bila tarikh keluar tapi rasanya lama dah..keluar dengan jiah pergi tesco dengan cttrend..apa lagi kalau pergi sana untuk shopping...hehe Ok semua inilah model terbaru dari butik kami yaa...butik ct trend..hehe Tudung fesyen baru kat cttrend n demostrasi pakai tudung..ngeh3...pinjam jap model from tambun..ngeh3..ngeeee..haha Ipoh parade..ngeh3... haluuuuuu semuaaa....ngeh3... Makcik tomeiii sempat lagi ambil gambar time tengah nak makan...hehehe Thailand food...our menu is: -me with laksa lemak and soft drink-revive -baby with bihun tomyam and same soft drink with me...hehe baby with bihun tomyam..sedapnye tengok ketam tu..hehe

Selamat Pengantin Baru Dear BFF Khalish

23 Julai 2016 bersamaa 18 Syawal adalah hari yang mungkin biasa bagi sesetengah orang tapi hari tu merupakan hari yang bersejarah untuk bff aku si lish ..hahaha..aku terus terang rasa sedih gila bila dia dah jadi bini orang..rasa macam arrr apsal kau cepat sangat kahwin, tapi dah mungkin jodoh kau kan, so kena redha. Tahun ni dua orang bff aku kahwin, lepas ni watip pulak yang menyusul.. tu lagi sedih, bff aku sejak zaman kolej kot, kawan dari tahun 2010 sampai sekarang. Satu-satunya kawan yang paling penyabar dengan karenah aku sebab dulu masa muda belia aku sangat lah terkenal dengan sifat panas baran...hahaha sikit-sikit melenting, ntah apa-apa je perangai. Banyak bela setan kot. Hishh Astagfirullah. Dengan si lish ni aku rasa lawak sebab moment dengan dia banyak moment sengal, masuk air plus perangai yang ntah apa-apa. Kau bayangkan dia punya nak sembunyi status dia, ahahah aku ingat lagi dia nak beli cincin tunang. Choiii beria macam beruk nak ajak aku pergi India Street dekat K...