Skip to main content

10 Perkara Tentang Hati Anda..

Haluuu dan Assalamualaikum..Malam ini rasanya mood sangat-sangat 'fresh' untuk update blog...Sekarang ini suka pula baca info-info atau pun artikel mengenai kesihatan,mungkin dapat kesedaran kot mengenai penjagaan kesihatan,InsyaAllah harap sentiasa sihat..:-)

Pada Entry kali ini,saya nak kongsi serba sedikit mengenai hati kita.adakah kita mengenali hati kita dengan sebaiknya,fungsinya dan sebagainya..jom kita baca 10 fakta yang menarik mengenai hati kita..:-)



1. Hati adalah organ terbesar kedua di dalam tubuh (setelah kulit) dan beratnya sekitar 3 paun atau 1.25 kg.

2. Ukuran Hati cukup besar,kira-kira sebesar bola ragbi.

3. Hati terletak di bawah rusuk, dibahagian kanan atas perut. Kita tidak akan dapat hidup tanpa hati.

4. Hati merupakan salah satu organ tubuh terpenting, iaitu memiliki lebih daripada 500 fungsi.

5. Hati memiliki kemasukan darah yang unik dari dua sumber. Kemasukan darah dari arteri hepatika dan dari vena porta yang berasal dari usus. Semua darah yang berasal dari usus akan melewati jantung dan paru-paru setelah melewati hati.

6. Hati memiliki kapasiti yang besar untuk tumbuh kembali. Walaupun 1/2 bahagian hati telah diambil,sisanya akan tumbuh kembali hingga ke ukuran dan bentuk normal dalam tempoh tertentu.

7. Kerosakan hati menghalang kemampuannya untuk melawan infeksi serta menjalankan fungsi-fungsi penting yang lainnya.

8. Hepatitis C adalah virus yang disebarkan melalui darah yang dijangkiti,menyerang hati dan menyebabkan kerosakan hati. Kerosakan fungsi hati akibat hepatitis C kronik merupakan penyebab utama pemindahan hati dilakukan.

9. Ada banyak jenis penyakit hati, tetapi beberapa yang terpenting adalah virus hepatitis,sirosis (pengerasan hati),batu hempedu,gangguan hati yang disebabkan oleh alkohol,kanser hati dan gangguan hati pada kanak-kanak.

10. Antara fungsi hati adalah melawan infeksi,memperoses makanan yang telah diserap dari usus,menghasilkan unsur yang berfungsi penting dalam sistem pencernaan makanan,menyimpan zat besi,vitamin dan bahan-bahan kimia lain yang penting mengawal tahap lemak,glukosa/gula dan asam amino dalam darah,detoksifikasi atau membuang bahan beracun dalam tubuh.

Sumber dari majalah mingguan wanita...Jadi peliharalah sebaiknya hati yang telah dianugerahkan,jaga pemakan dan jauhi rokok dan alkohol untuk kesihatan hati..:-)

Comments

  1. emm, good2... your blog right now is more interesting because so many information that i can learn. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerat14

hari tu, 1st time i tengah movie dengan my young sis atin..dia ni peghak sikit tak pernah pergi cinema..haha..masa datang tgv kat jj ni tersangat lah excited..and 1st time dapat tengok wayang malam..haha..tuh pun semua atas permission mama..kalau abah,jangan harap lah..haha..movie yang i tengok it's kerat14.. I tersangat lah minat dekat si Aaron aziz dengan siti saleha..Ya ampun mereka sangat awesome untuk digandingan bersama..cerita kerat14 ni suspen laa...cerita pasal bunuh2..haaaaa..Aaron sangat hensemm..i likeeee!! Cerita  kerat14 mengisahkan haziq yang bercinta dengan zara. Percintaan pada mulanya indah, akhirnya memakan diri apabila haziq bergaduh dengan Aril..Lelaki yang cuba mengorat zara dekat kelab malam..dalam pergaduhan itu, haziq secara tak sengaja telah menikam Aril..Untuk menutup kesalahan dari diketahui orang, haziq telah kerat badan aril kepada 14 bahagian sebelum dibuang di tong sampah. So kepada yang tak tengok lagi kerat14,sila lah tengok..:-) Kerat14 menemu...

Apabila suara Azan Memanggil

kepada keluarga yang tersayang,Mr Aifa,kawan2 yang dikasihi dan seluruh muslimin dan muslimat...Apabila suara azan memanggil,bersegeralah menunaikan tanggungjawab kita kepada yang Maha Esa...Renung2kan dan bermuhasabah dan hayati bait2 lirik suara azan from Fitri Haris ex UNIC... bagi sesiapa nak dengar lagu ni,kene tutup music blog ni yang kat bahagian bawah tu..haha..karang pening pale pulok dengar 2 version lagu...huuuu...

Hang Out with my baby demok...

apabila kebosanan ini laaaa hasilnya..haha..tak ingat laa bila tarikh keluar tapi rasanya lama dah..keluar dengan jiah pergi tesco dengan cttrend..apa lagi kalau pergi sana untuk shopping...hehe Ok semua inilah model terbaru dari butik kami yaa...butik ct trend..hehe Tudung fesyen baru kat cttrend n demostrasi pakai tudung..ngeh3...pinjam jap model from tambun..ngeh3..ngeeee..haha Ipoh parade..ngeh3... haluuuuuu semuaaa....ngeh3... Makcik tomeiii sempat lagi ambil gambar time tengah nak makan...hehehe Thailand food...our menu is: -me with laksa lemak and soft drink-revive -baby with bihun tomyam and same soft drink with me...hehe baby with bihun tomyam..sedapnye tengok ketam tu..hehe