Skip to main content

Posts

Pertemuan Pertama

Malam ni aku tergerak hati nak update blog pasal abah, entah kenapa malam ni tiba2 rasa syahdu semacam, rasa rindu yang membuak-buak dekat arwah abah. Seolah-olah aku ternampak abah dekat dalam rumah ni. Tambah2 lagi area rumah aku memang tengah hujan lebat gila, seolah-olah tengah faham yang aku betul2 rindukan abah. Rindu yang paling sakit adalah rindu orang yang dah tak ada. Lagi teruk aku rasa perasaan rindu ni daripada masa putus cinta dengan ex-boyfriend aku dulu. Masa putus dulu, aku fikir lantak kau lah nak ada perempuan lain ke apa, nak kahwin ke apa, kau punya pasal. Tapi rindu dekat arwah abah ni perasaan dia lain sangat, tak tau aku nak gambarkan macam mana, end up kalau aku rasa sakit sangat rasa rindu tu, aku akan menangis. Sebab aku rasa dengan menangis tu dapat melegakan rasa sakit dekat hati aku. Masa mula2 aku sampai ipoh 13/1/2017 lepas, aku dengan bersemangat waja nak pergi pusara abah bila sampainya aku kat ipoh, tapi siapa kita nak menghalang perancangan Tuhan. ...

Masa Untuk Pulang- Part 2

Ok sambung part 2 pulak, bangun je tidur sabtu tu, harapan aku adalah aku akan nampak abah tengah duduk makan kurma kat ruang tamu rumah. Tempat favourite abah dekat sofa shape L tu. Tu kira memang port lepak abah lah. Sambil update bisnes dia, abah akan mengunyah kurma lah, muruku lah, kacang, gajus segala mak nenek tu lah. Lepas tu dia akan letak semua makanan tu atas sofa.. Hahah mak lah yang akan kutip semua makanan tu then letak kat dapur. Homaiiii rindu nya moment2 tu. Tapi aku hampa bila bangun tidur memang tak jumpa dan tak nampak pun kelibat abah kat ruang tamu tu. Sunyi sepi je rumah, kosong!!...sekosong rasa hati aku. Then mak panggil breakfast sama2 dengan dia. Actually tak breakfast sangat pun sebab dah pukul 12 masa tu. Tapi entah kenapa aku tak lapar. Memang selera makan hilang entah mana2 dia pergi. So aku skip breakfast. Memang aku banyak diam je kat rumah. Hilang terus keceriaan aku yang suka jerit2 bila dekat rumah. Adik2 aku pun tak berani sangat nak tegur. Ala je l...

Masa Untuk Pulang - Part 1

Hari jumaat 13/1/2017, jumaat kedua dalam tahun 2017, selepas seminggu abah pergi tinggalkan aku. Jumaat pagi lagi aku dah rasa serba tak kena. Tak tau kenapa, yang pasti aku rasa takut sangat nak balik ipoh. Takut nak jejakkan kaki kat rumah. Kau bayangkan flight aku jam 6.40 petang, pukul 3 petang baru aku kemas luggage aku. Aku pakai masuk je apa yang aku rasa nak masukkan dalam beg tu. Dah macam lembap dah otak aku nak fikir apa, blur jangan cakap lah. Ahbear banyak kali cakap apasal kau blur sangat ni ainaa..huhu ntah lah, aku pun tak ada jawapan untuk soalan kau tu bear. Sampai airport kuching jam 5.30 petang aku terus check in luggage semua then aku whatssap mak aku cakap ''mak ena takut lah nak balik, tak tau kenapa''..Lepas tu mak aku macam faham lah perasaan aku then dia bagi semangat. Aku tau walaupun dia bagi semangat, tapi jauh dekat sudut hati dia, dia pun sebenarnya tak kuat lagi, still lemah semangat tu. Sementara tunggu flight, aku perhatikan kawasan ...

Abah dan Hari Jumaat

6/1/2017 hari yang tak pernah aku jangka, hari yang tak pernah untuk aku bersedia menerima erti sebuah kehilangan. Ya, kehilangan orang yang tersayang, kehilangan tonggak keluarga, ketua keluarga, Dia lah Abah. Jumaat pertama tahun 2017, kesedihan yang pertama dalam tahun 2017 buat aku dan seluruh ahli keluarga. Aku baru pasang azam tak nak sedih-sedih if ada ujian yang menimpa, tapi siapalah aku untuk melawan takdir dan kuasa Allah. Segalanya bermula jam 7.00 pagi bila tiba-tiba kakak aku call, aku dengan tengah sedap tidur jawab lah call macam biasa, tapi kenapa suara kakak aku lain?, kenapa suara dia  macam tengah nangis?, kenapa kakak nangis?...Hish pelik sangat rasa time tu... Aku pun tanya lah kenapa call, ya lah faham lah kan bila tidur kena ganggu of course tanya kenapa kan... soalan pertama kakak aku, baca tak whatssap mak kat group?..Aku pun terus tengok hp, then cakap dekat kakak, ''mana ada whatssap mak kat group''. Aku pun tanya lah awat ni dok gheyau?......

Selamat Pengantin Baru Tepppp

Finally bff zaman kolej since 2010 nak kahwin dah. Sumpah rasa sedih gila, dah lah jarang dah jumpa budak pendek ni.. Tup tup nak kahwin, wuuuu tacing mak..haha.. Tanggal 20 Ogos 2016 selamat dah tepp ni jadi isteri dekat Putra. To be honest, aku tak kenal dan tak pernah jumpa langsung si Putra ni, tapi aku yakin dia lelaki yang baik, yang mampu jaga kawan kesayangan aku ni... Tapi aku yakin jauh di sudut hati tepp ni mesti sedih sebab mak ayah tak ada di hari bahagia dia. Bayangkan mak dia meninggal seminggu sebelum nikah, kalau tak silap aku lah. Ingat lagi menangis2 aku dengar cerita dia bila tepp cakap ''aku tak tau rasa apa, tak tau nak nikah ke tak''.. Allahurabbi berat betul dugaan kau sayang. Tapi aku tau kau memang kuat kan. Semoga pakcik dan makcik di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Dulu masa zaman kolej, kalau tepp balik lenggong dia selalu bawak makanan yang mak dia masak. Ada satu makanan tu yang aku suka mak dia masak, ikan masak lemak cili ap...

Selamat Pengantin Baru Dear BFF Khalish

23 Julai 2016 bersamaa 18 Syawal adalah hari yang mungkin biasa bagi sesetengah orang tapi hari tu merupakan hari yang bersejarah untuk bff aku si lish ..hahaha..aku terus terang rasa sedih gila bila dia dah jadi bini orang..rasa macam arrr apsal kau cepat sangat kahwin, tapi dah mungkin jodoh kau kan, so kena redha. Tahun ni dua orang bff aku kahwin, lepas ni watip pulak yang menyusul.. tu lagi sedih, bff aku sejak zaman kolej kot, kawan dari tahun 2010 sampai sekarang. Satu-satunya kawan yang paling penyabar dengan karenah aku sebab dulu masa muda belia aku sangat lah terkenal dengan sifat panas baran...hahaha sikit-sikit melenting, ntah apa-apa je perangai. Banyak bela setan kot. Hishh Astagfirullah. Dengan si lish ni aku rasa lawak sebab moment dengan dia banyak moment sengal, masuk air plus perangai yang ntah apa-apa. Kau bayangkan dia punya nak sembunyi status dia, ahahah aku ingat lagi dia nak beli cincin tunang. Choiii beria macam beruk nak ajak aku pergi India Street dekat K...

Happy Birthday dan Selamat Bersara Mak

14.3.2016 hari yang sangat istimewa untuk aku dan seluruh family aku..haha..happy birthday mak, my wish for mak adalah: 1. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. 2. Dikurniakan kesihatan yang baik. 3. Dapat pergi umrah lagi tahun ni. 4. Abah cakap nak jalan2 dengan mak pergi travel 1 dunia..woohoooo betul ke tuh..haha 5. Semoga bertambah amal ibadah 6. Jangan asyik naik angin je..haha 7. Boleh lah datang sarawak selalu pasni 8. Nak rasa masakan mak selalu.. tak nak asyik masak nasi je, pastu beli lauk dekat kedai..waaaaa Dannnnnnn tahun 2016 ni jugak tahun yang terakhir mak berkhidmat dalam kementerian pelajaran sebagai cikgu.. yuhuuuu merdeka lah mak tak payah pergi sekolah dah, tak payah nak rempit pergi sekolah sebab lambat, tak payah balik malam2 macam selalu, tak payah buat soalan exam, tak payah buat minit mesyuarat n bla bla bla lagi lah kerja cikgu yang sepatutnya kena buat.. Dannnnnnnnn aku pun merdekaaaaaa.... tak payah mak kejut 2-3 pagi semata2 nak kena buat...

David's Diner Truly American Food

Since aku memang suka makan dan memang suka cuba kedai-kedai makan yang baru, ada jugak yang tanya, eh ainaa, kau kan suka makan??...so dengan muka blur aku jawab ''memang la, suka sesangat-sangat, dah tu kenapanya???...kawan aku cakap ''apsal kau tak update entry pasal kedai-kedai makan yang pernah kau pergi, mesti belambak-lambak kan kedai makan yang penuh dalam entry kau..aku pun terfikir, ''haah la kan, kot-kot boleh buat review ke''.. so kawan aku pun cakap lagi '' ko kan belajar dekat sarawak, boleh la review kedai-kedai makan yang best dekat sarawak, senang la kalau-kalau aku or sapa-sapa nak pergi melancong''..ok la sahabat, demi kau, aku pun mula gigih update blog pasal makanan..hihi..dah macam jalan-jalan cari makan kan.. jadi last week aku memang tiba-tiba teringin nak makan makanan western siang-siang 'rengak' macam ni, kat ipoh susah nak cari kedai makan western siang-siang, selalu ada malam je... jadi aku terfikir ...

Milo Breakfast Days 2015

Assalamualaikum semua....dah bosan buat assignment yang belambak macam bukit, jadi rest kejap dan bukak blog untuk update entri terbaru... Ini adalah hobi aku sebenarnya, menulis walaupun bukan lah pro sangat, dan kadang-kadang bahasa yang aku gunakan memang kelaut... ''laut china selatan''!! Ok so hari ini nak update pasal Milo Breakfast days 2015 yang aku dengan adik beradik aku join... Program Milo Breakfast Days anjuran Milo lah kan, dah nama pun Milo...haha...Actually program ini berlangsung dekat 3 buah negeri iaitu Ipoh (tanah tempat tinggal aku, bukan tanah tumpah darah), lepas tu di Kuching (tempat aku belajar) dan last sekali di Putrajaya. Jadi program yang berlangsung di Kuching ini adalah 26 April 2015. Aku dengan adik beradik aku ambil larian keluarga iaitu sejauh 3 km sahaja. Kalau 'single running' adalah 7km...semput jugak tu kalau nak lari 7 km... Bayaran yang dikenakan adalah serendah RM50 untuk satu keluarga..murah kan??..Milo akan bagi T-shi...

Hello Mr Chappie!!

Assalamualaikum to all my readers, last 2 weeks selepas buat sambutan birthday madam salmah, aku dengan rakan sekelas pergi summer Mall dekat Kota Samarahan.. niat di hati memang lama dah nak tengok filem chappie.. aku memang suka gila tengok filem yang ada kaitan dengan robot ni sebab best..tak tau nak cakap best macam mana...tapi memang best la..kadang-kadang memang berangan nak jadi robot, nak selamatkan orang....hahah..poyos je ayat..nyampah pulak aku dengar... aku pergi dengan jahh, gendut, lili, dira...kawan-kawan aku suka hati je panggil nama apa...selalu yang ada nama pelik2 ni selalunya orang yang aku sayang...haha....kalau kawan masa aku kat kolej lagi lah, bersepah2 nama pelik2 yang aku panggil nenek la, moyang la, orang tua, orang gila..suka hati aja..choiii betul....tapi jangan terasa pulak, sebab tu memang cara aku express my feeling to siapa-siapa yang aku sayang...muahhh...:-) ok so kita tengok sinopsis filem chappie ni...aku malas nak taip panjang-panjang , so kora...

Happy Birthday Madam Salmah!!

Assalamualaikum dan selamat petang, Alhamdulillah ada masa sikit nak update blog yang dah lama terbengkalai... This is the 1st entry for 2015..wahaha bangga sekejap..nampak tak bertapa busy nya aku..ngeee...Since ada yang comment and hantar email ''eh ainaa, bila nak update blog lagi??''..hahaha.. buat readers yang bertanya, yeahaaa ini dia buah tangan yang pertama tahun 2015.... so for this entry, i would like to share story about celebration birthday madam salmah last week.. Actually madam punya birthday jatuh hari isnin, tetapi memandangkan hari isnin tidak ada kelas dengan madam salmah, makanya birthday di buat pada hari selasa.. Yang merancang birtday party ini adalah shee.. she is my classmates aka gendut or mokmok...hahaha.. So yang tukang beli kek adalah aku.. last minit beli kek memang lawak.. Aku siap boleh bertapa, pusing-pusing dalam kedai kek TAKA macam duduk dalam shopping complex... padahal kedai TAKA tu sekangkang kera je..dok pusing-pusing carik kek y...

Our Precious Moment With Classmates

Rabu lepas seperti yang dijanjikan aku dengan beberapa orang lagi classmates batch KSL2010 Kuisas dengan rasminya berjumpa selepas setahun rasanya tak jumpa..Walaupun tak semua ada tapi suasana memang superbb gila..meriah lagi2 ada lia yang potpet potpet bercerita itu ini..Walaupun pada mula perbincangan minggu lepas macam ramai yang akan join tapi akhirnya beberapa aja yang datang...but its ok, tak kisah sebenarnya mungkin yang lain tak dapat join sebab ada hal or ada benda lain yang perlu di settlekan..Husnuzon..hehe..:-) Aku gerak dari rumah pun pukul 1.00 petang..itu pun sebab berebut kereta dengan abah..kalau ikutkan tak sanggup nak bawak kereta besaqq gedabaq tuh tapi disebabkan abah awal2 pagi dah bawak lari kereta mama pergi penang, maka dengan rasminya terpaksa bawa 'Lori Kontena' pergi Kuala Kangsar...rasa-rasa boleh hangkut satu kelas..ekeke...Aku pergi Kuala kangsar dengan my neneks yang sengal...rindu gila kat beliau...dah setahun tak jumpa neneks, sebelum nenek ...

Rindu Wani

Last post entry bulan januari hari tu..dah hampir 2 bulan blog i terbengkalai...sejak masuk belajar ni ,makin tak ada masa pula...tak tahu kenapa..Mungkin sebab busy??tapi tak jugak..alasan paling selamat sebab malas kot..haha..So sebelum itu, hello march, walaupun dah nak hujung bulan tetap nak wish jugak. before that, happy birthday sweet 56th years old mama.. rindu mama sangat2..semoga panjang umur dan Allah pelihara mama dari sebarang melapetaka dan kejahatan manusia.. Tak sabar nak balik jumpa mama..yeahhh counting day..hello ipoh dan semenanjung...:-) Post entry ni saja-saja nak buat sebab tadi i menulis guna pen yang wani bagi..so secara tiba2 tertoucing la pulak,...ambik handphone then belek2 gambar kitorang pergi tengok wayang, shopping...ohhhh you know how much i miss u??..nak gosip2..Actually pen yang wani bagi itu dia bagi bulan 12 haritu before balik sarawak..i balik ipoh pun sebab konvokesyen..so wani datang rumah bagi ini hadiah, dan ini hadiah diterbangkan dari ipoh k...

Kek untuk Final Exam

Huyooooo nak exam pun ade kek???hahah..tuh ayat jeles abang sulung aku masa hantaq gambaq dekat whatssap dia..ini bikin jeles..hahah...well abang, mama yang suruh order..haha...actually balik haritu aku sebenarnya teringin nak makan cheese tart je...memang superb la cheese tart  EA CAKE House ....aku ni sejak azali lagi jadi regular customer kak eefa..memang kek dia super duper marvelous..sedap yang amat..tak boleh diungkap dengan kata2...hahaha...so cakap dekat mama nak makan cheese tart..mama cakap order lah..lagi satu order sekali kek carrot cake...tulis atas kek 'selamat menduduki exam'..haha...dengan rasa rendah diri, aku pun ikut la cakap mama..thank you mama...i love so much... Hopefully final ini, aku dapat buat yang terbaik..sebenarnya aku tak dak mood sangat nak study..yang ada adalah mood nak balik ipoh 12 jan 2014 nih..tapi bila ingatkan muka mama dengan abah, terus paksa diri untuk struggle..walaupun aku tak tau result nanti macam mana..yela duduk sini memang ken...