Skip to main content

Posts

The Best Thing Cooking To My Family

Haluuuu dan Assalamualaikum...Alhamdulillah pada minggu ini,keluarga aku termasuk abang dan abah balik minggu ini sempena nak meraikan sedara sebelah mama yang kahwin ahad ini yang kebetulan jatuh tanggal pada hari lahir aku..besttt giler!!.. Tapi yang tak bestnya mama kena pergi sekolah hari ini walaupun hari sabtu sebab ada sukan..tak apa lah,tapi yang tak bestnya mama suruh pergi pasar beli ikan,hadoii dah lah aku ni jenis yang susah sikit nak kenal ikan,yang aku kenal ikan siakap,talapia,keli,kembung,patin,bawal dan ikan sardin tapi mama suruh beli ikan merah,mampuss aku tak kenal ikan itu..last2 mama suruh beli ikan siakap dan sotong sebab sotong tu favourite abang..:-) Nak dijadikan cerita lepas subuh pagi tadi terus lah tidur,banyak juga 'missed calls' dari mama,agaknya sebab nak kejut aku bangun pergi pasar...Dekat pukul 10 juga lah pergi pasar,nasib baik ramai lagi orang kat pasar,kalau tak ada orang malunyer maklum lah anak dara bangun lambat..hahaha Selepas beli sega...

10 Perkara Tentang Hati Anda..

Haluuu dan Assalamualaikum..Malam ini rasanya mood sangat-sangat 'fresh' untuk update blog...Sekarang ini suka pula baca info-info atau pun artikel mengenai kesihatan,mungkin dapat kesedaran kot mengenai penjagaan kesihatan,InsyaAllah harap sentiasa sihat..:-) Pada Entry kali ini,saya nak kongsi serba sedikit mengenai hati kita.adakah kita mengenali hati kita dengan sebaiknya,fungsinya dan sebagainya..jom kita baca 10 fakta yang menarik mengenai hati kita..:-) 1. Hati adalah organ terbesar kedua di dalam tubuh (setelah kulit) dan beratnya sekitar 3 paun atau 1.25 kg. 2. Ukuran Hati cukup besar,kira-kira sebesar bola ragbi. 3. Hati terletak di bawah rusuk, dibahagian kanan atas perut. Kita tidak akan dapat hidup tanpa hati. 4. Hati merupakan salah satu organ tubuh terpenting, iaitu memiliki lebih daripada 500 fungsi. 5. Hati memiliki kemasukan darah yang unik dari dua sumber. Kemasukan darah dari arteri hepatika dan dari vena porta yang berasal dari usus. Semua darah yang berasa...

Manfaat Betik Untuk Tubuh

Haluuu dan Assalamualaikum...Entry pada hari ini ada berkisar serba sedikit mengenai kesihatan...lepas makan buah betik tadi terjumpa lah artikel mengenai kebaikan betik..jom kita tengok apa kebaikan betik untuk tubuh badan..:-) Pokok betik mudah didapati di mana-mana khususnya di negara-negara tropika seperti di Malaysia. Pokok ini benar-benar mudah hidup,lemparkan sahaja bijinya ke tanah maka ia akan tumbuh. Tetapi, betik memiliki banyak manfaatnya untuk tubuh kita. Berikut ini adalah beberapa manfaat kesihatan yang boleh didapati dalam buah betik. Betik ini sangat sedap and bagus untuk kesihatan kita... Betik mengandungi dua enzim, 'papain' dan 'chymopapain'. Papain ini mirip dengan mencerna protein enzim yang menghasilkan pankreas. Ia mampu melarutkan protein yang terkumpul di sekitar sel kanser dan ini seterusnya membantu sistem kekebalan tubuh untuk menghancurkan sel kanser dengan lebih mudah lagi. 'Chymopapain' pula amat membantu bagi menghancurkan prote...

Dinner with 4 serangkai for last semester 3...

Haluuu dan Assalamualaikum...Alhamdulillah tiba-tiba hari ini ada pula mood nak 'update' blog setelah beberapa hari tak ada mood nak mengupdate blog,tak tahu lah kenapa sejak akhir-akhir ni teramat lah malas nak update blog,nak kata busy,tak ada pun tapi apa-apa pun puncanya sebab malas kot..hahaha.... Jadi Entry kali ini berkisar kan kami budak 4 serangkai,bak kata ustaz ikhwan adik beradik tak boleh bergaduh..haha,masa kena dengan ustaz ikhwan tak silap kelas ganti untuk subjek tafsir tematik kot,kan Watip..???ustaz cakap ishh bergaduh pula adik beradik ni..heheh..so kita ber-4 dah macam adik beradik right..??susah senang and kalau ada problem selalu share kan...wink2...:-) Jadi dah tengok tajuk kan..??entry ni dibuat untuk appreciate persahabatan kita and appreciate untuk last paper esoknya tafsir tematik,aishhh esok ada paper boleh lagi melepak..hahah...ni namanya release tension kot...sepatutnya kitorang dinner pukul 6.30,last-last pukul 8 baru gerak dari kolej,sebabnya se...

Nikon Coolpix S4150,Its my choice!!..

Haluuu and Assalamualaikum semua. Alhamdulillah sekarang ni saya baru habis final exam,dapat lah relaks2 dan lepak2 depan tv dah almaklum lah rasa macam dah 'free' sangat2 sebab final dah habis tapi takut lah nak tunggu result pulak nanti..Tak apa laaa apa2 tawakal aje lah sebab dah usaha dengan sedaya mampu,harap2 result maintain lah..InsyaAllah..:-) Ni nak cerita pasal gajet terbaru from nikon,baru tu tak lah tapi dipasarkan bulan 9 yang lepas,so nak jadi cerita Nikon Coolpix S4150 pun menjadi pilihan aku setelah camera canon dah rosak dek angkara adik-adikku..hahah..ganas sangat kot ambil gambar...bayangkan charger die sampai pecah sebab jatuh and camera tak tau nak kata lah,kalau ambil gambar dah tak nampak rupa gambar..hahah...jadi terpaksa lah beli yang baru..hehe..jadi mama sponsor sikit lah 'ongkosnya'..haha..jadi save sikit lah duit aku tak payah nak keluarkan 100% my money...Nikon ni didatangkan dengan 5 warna kalau tak silap iaitu hitam,silver,merah,emas deng...

Alhamdulillah Diana Amir dah berhijab...:-)

Kehadiran gambar pelakon cantik manis, Diana Amir bertudung hitam yang tersebar di Internet baru-baru ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Diana Amir sering menjayakan watak gadis bertudung di layar perak. Kalau tidak silap diana amir berhijrah dari tidak berhijab kepada berhijab adalah kerana beliau sering bermimpi tentang kiamat.Apa pun Allah telah memberi petunjuk dan hidayah kepada diana untuk berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik sebelumnya. Pelakon Wardina Saffiyah mengucapkan tahniah kepada Diana dalam laman web rasminya kerana akhirnya pintu hatinya terbuka untuk memakai hijab. Malah Wardina sangat gembira dengan perubahan itu dan sentiasa sedia untuk menyokong Diana. Kan bagus kalau ada orang menyokong macam wardina ni, satu contoh yang amat baik untuk diikuti oleh artis lain iaitu sentiasa menyokong sesuatu perubahan yang baik. Sebelum ini, beberapa artis muda seperti Farah Diana Anuar, Raja Farah dan Irma Hasmie turut membuat keputusan untuk menutup kepala memenuh...

Iftar With 5 serangkai....Part 1

Alhamdulillah walaupun entry ini ditulis pada bulan syawal tapi still boleh masukkan entry iftar ni kan..ngeh2...sebenarnya tak rancang pun nak bukak puasa ngn wan n amin, tapi tak tau lah pulak macam mane leh terbukak puasa dengan diorang..hahah tempat biasa yang best dekat kuala kangsar ni pun maybe dekat restoran benteng..powww die punya tomyam memang meletup lah..hahaha.. Tapi agak mengecewakan jugak lah sebab order punya lah lame,last2 kitorang bukak puasa pukul 8.30 and siap boleh tapau kfc untuk dijadikan alas perut masa berbuka....hadoii...failed lah diorang ni buat kerja...kalau k.k ni ada Mcd dah lame dah aku sebat quarter pounder ke,double cheese burger..hahaha...apsal lah k.k ni tak ada mcd..hahaha....kalau nak makan mcd pun kena balik ipoh lah..haha ni lah pasangan hot couple dalam kelas kaunseling..haha.... Amin cakap peaceeeeee..:-) My dearest best friend.....kukipppp....i love her so much..wink2 Sabar menanti nak tunggu azan..hehe....tapi mkanan smpai lambat giler.....